Pages

Sunday 21 April 2013

PERTEMBUNGAN PEMBANGKANG DI 7 KERUSI TUNJUK KELEMAHAN MEREKA

Beliau khuatir sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandat pada PRU13 ini, hal yang sama akan berlaku dalam pemilihan jawatan menteri kabinet mahupun Perdana Menteri.

Hasan Ali
Dr Hasan Mohamed Ali

Jati: Pertembungan pembangkang di 7 kerusi tunjuk kelemahan mereka


KUALA LUMPUR - Pertembungan calon Pas dan PKR di satu kerusi Parlimen dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menunjukkan kelemahan mereka dalam menyelesaikan masalah, kata Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali.
Menurutnya jika dibandingkan dengan pemilihan Perdana Menteri dan Menteri Kabinet, pemilihan calon adalah isu kecil dan patut diselesaikan lebih mudah.
"Bagi saya ini gambaran crack, 'eminent crack' (retak nyata)... dan saya nampak bukan sahaja crack, saya nampak kalau pimpinan pun tak dapat resolve (selesai), maknanya dalam pakatan siapa lagi yang dapat resolve hal-hal begini," katanya.
Beliau khuatir sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandat pada PRU13 ini, hal yang sama akan berlaku dalam pemilihan jawatan menteri kabinet mahupun Perdana Menteri.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan jentera Jati bagi membantu kempen Barisan Nasional pada PRU13 di sini, hari ini.
Penamaan calon semalam menyaksikan Pas dan PKR bertembung di kerusi Parlimen Labuan dan enam kerusi Dun iaitu Sungai Acheh (Pulau Pinang), Kota Damansara (Selangor), Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir (Terengganu) dan Panti (Johor).
Mengenai jentera Jati, Hasan berkata pihaknya akan membantu kempen BN dengan mengadakan siri ceramah di 49 kawasan Parlimen yang telah dikenalpasti sepanjang

15 hari tempoh berkempen.

"Ini termasuk 27 kawasan yang ditandingi pimpinan tertinggi pakatan pembangkang dan 22 yang ditandingi pimpinan Umno dan BN, melibatkan dua sesi, petang dan malam," katanya.
Setakat ini, beliau berkata jentera Jati yang bertujuan menyuntik keyakinan pengundi terhadap BN, telah membariskan kira-kira 20 penceramah, terdiri daripada pimpinan Jati, badan-badan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik dan golongan artis.
Tambah beliau, Jati juga mempelawa pimpinan daripada NGO yang ingin turut serta berkempen di bawah platform Jati untuk menghubungi pihaknya dengan mengakses laman webwww.JatiMalaysia.org. - Bernama


Sinar Harian

No comments:

Post a Comment