Pages

Tuesday 30 April 2013

REPLIKA WANITA DENGAN LEMBU TIDAK MUNASABAH

Tinjauan mendapati, replika yang didakwa itu terletak di tepi Jalan Hutan Kampung dengan tertera perkataan RM250 juta, dipercayai merujuk kepada seseorang dan seolah-olah cuba menjatuhkan imej pihak tertentu.

Replika yang didakwa tidak sepatutnya dibina.
Replika yang didakwa tidak sepatutnya dibina.

Binaan replika wanita dengan seekor lembu tidak sesuai


ALOR SETAR - Pemasangan replika berbentuk seorang wanita dengan seekor lembu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penduduk setempat sekitar Hutan Kampung, dekat sini, kerana ia disifatkan tidak munasabah.

Tinjauan mendapati, replika yang didakwa itu terletak di tepi Jalan Hutan Kampung dengan tertera perkataan RM250 juta, dipercayai merujuk kepada seseorang dan seolah-olah cuba menjatuhkan imej pihak tertentu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Hutan Kampung, Muhammad Ismail, berkata, tindakan pihak terlibat mampu mencetuskan ketegangan dan kekecohan antara penduduk di sini.

“Nak pasang replika tidak salah, nak letak bendera dengan poster parti pun tak apa, sebab tak ada orang pun yang akan halang asalkan tidak ganggu lalu lintas. Tapi janganlah sampai cuba mengaibkan orang lain.

“Tindakan ini tidak relevan mahupun sesuai dilakukan mana-mana pihak, lagipun ia tidak ada kena mengena dengan pilihan raya yang akan berlangsung nanti,” katanya.

Muhammad berkata, ia bertentangan dengan nilai murni dan tatasusila yang patut diamalkan semua pihak kerana tidak seharusnya mencetuskan kontroversi dengan membuat pembinaan seakan-akan satu ejekan, lebih-lebih lagi apabila pengguna lalu lintas melihatnya.

Menurutnya, sebarang tindakan yang mendorong ke arah provokasi, sama ada berbentuk fizikal, perkataan mahupun ucapan seharusnya dielakkan dari awal lagi, demi kebaikan orang ramai khususnya masyarakat setempat.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa (AJK) JKKKP Hutan Kampung, Ismail Shafie, 61, berkata, dia turut kesal kerana pihak berkenaan menyalahgunakan idea kreatif yang dimiliki dengan membina replika sedemikian, sedangkan mereka boleh membina bentuk lain.

“Justeru, mana-mana pihak berkaitan digesa menghentikan kempen sedemikian kerana ia dipercayai  akan menimbulkan kemarahan penyokong parti berkaitan,” katanya.



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment