Pages

Wednesday 6 March 2013

PENYANYI POPULAR 90-AN BELASAH SUAMI HINGGA MATI


Penyanyi itu pernah popular dengan lagu berentak latin dan pernah memenangi Anugerah Penyanyi Wanita Baru Terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM) - Harian Metro

Foto
KONDOMINIUM tempat mangsa ditemui tidak sedarkan diri dipercayai akibat serangan jantung.


Suami penyanyi mati terikat


Ampang: “Saya rindukan anak-anak.” Itulah kata-kata terakhir Mohd Khairul Azmi Jaafar, 39, kepada rakan baiknya sebelum dia ditemui mati disyaki selepas bergelut dengan isterinya yang juga seorang penyanyi popular lewat 1990-an di sebuah kondominium di Ampang Utama, di sini, kelmarin.

Hasil bedah siasat, mangsa mati akibat serangan jantung berikutan pergelutan dan kekasaran.
Mangsa sebelum itu mengajak rakan berkenaan ke rumah penyanyi terbabit untuk berjumpa anak perempuan mereka berusia setahun.


Difahamkan, sebaik tiba di rumah itu jam 5 petang, berlaku pertengkaran dan pergelutan antara mangsa dan isterinya sebelum dia pengsan dalam sebuah bilik dengan keadaan kedua-dua tangan dan kaki terikat dan disahkan mati.


Isteri mangsa berusia 39 tahun dipercayai sengaja mengikat tangan dan kaki suaminya itu dengan bantuan dua anak saudara angkara tidak puas hati pertengkaran bermotifkan perebutan anak.

Harian Metro

Manakala mengikut laporan berita Sinar Harian pula..

Amiruddin Jamaluddin
Amiruddin Jamaluddin

Penyanyi belasah suami hingga mati

AMPANG - Seorang penyanyi wanita sanggup membelasah suaminya dalam keadaan kaki dan tangan terikat hingga mati gara-gara tidak mahu mangsa bertemu dengan anak perempuan mereka berusia setahun.


Dalam kejadian jam 5 petang kelmarin, suspek bersama dua anak saudaranya bertindak sedemikian selepas berang apabila mangsa mendesak meminta bertemu dengan anaknya meskipun tidak dibenarkan berbuat demikian.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata,  pihaknya yang menerima maklumat tentang kejadian, bergegas ke rumah itu sebelum menemui mangsa  tidak sedarkan diri di dalam sebuah bilik dengan keadaan terikat.

Menurutnya,  mangsa cuba diberi bantuan kecemasan oleh anggota paramedik namun disahkan sudah meninggal dunia.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa maut kerana serangan jantung akibat pergelutan dan kekasaran. Suspek dan dua anak saudaranya ditahan reman untuk membantu siasatan," katanya.

Menurutnya, polis merakamkan percakapan suspek dan kes dijangka dibawa ke pendakwaan pada masa terdekat

Difahamkan, pasangan berusia 39 tahun itu tidak tinggal bersama sejak setahun lalu dan dalam proses penceraian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Sinar Harian


No comments:

Post a Comment