Pages

Wednesday 6 March 2013

BUNUH SUAMI : PENYANYI NOURI DITAHAN POLIS


Dalam kejadian tersebut, Nouri, 39, dipercayai sengaja mengikat tangan dan kaki suaminya dengan bantuan dua anak saudaranya sebelum mangsa pengsan dalam sebuah bilik dan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung kerana pergelutan dan kekasaran.

Bunuh Suami, Polis Sahkan Tahan Penyanyi Nouri
Nouri Rahim.- Gambar Mstar Online

Polis hari ini mengesahkan menahan seorang penyanyi wanita yang terlibat dalam kes pembunuhan suaminya sendiri. Penyanyi yang dimaksudkan tersebut ialah Nouri Ramli yang pernah memenangi anugerah Artis Baru Wanita Terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM) 1999.
Berita yang Jz kongsi ini adalah dari  blog Belalang. Menurut petikan dari Mstar Online ini, Nouri ditahan bersama dua lagi anak saudaranya yang dipercayai turut terlibat. Penahanan ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin.
Kami menahan wanita itu di rumahnya pagi tadi (Rabu) dan tidak dapat dipastikan berapa lama dia akan di reman.
“Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,”

Bunuh Suami, Polis Sahkan Tahan Penyanyi Nouri
Gambar kenangan Nouri bersama suaminya.- Gambar Mstar Online

Di bawah ini adalah peristiwa penuh mengenai kes ini yang ditulis dalam akhbar tempatan-
Akhbar pada Rabu melaporkan seorang penyanyi wanita telah memukul suaminya sehingga mati kerana tidak mahu suaminya itu bertemu dengan anak perempuan mereka yang berusia setahun.
Mangsa, Khairul Azmi Jaafar, 39, mati dipercayai selepas dibelasah dalam keadaan kaki dan tangan terikat.

Kejadian ini dipercayai terjadi sekitar pukul 5 petang Selasa apabila berlaku pertengkaran melibatkan mangsa dan isterinya berhubung perebutan anak.


Dalam kejadian, Nouri, 39, dipercayai sengaja mengikat tangan dan kaki suaminya dengan bantuan dua anak saudaranya sebelum mangsa pengsan dalam sebuah bilik dan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung kerana pergelutan dan kekasaran.
Penyanyi wanita itu juga dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung dengan mangsa sejak setahun lalu dan mereka juga dalam proses perceraian.



2 comments: