Pages

Wednesday 28 December 2011

ADAM AF MENTOR MUSIM ke-6!

Selain pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia musim kedua itu, tugas sebagai Mentor turut diterajui Ramlah Ram, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Ferhad, Ella dan Faizal Tahir. Melihat nama-nama hebat ini, status pemilihan Adam bagaimanapun menjadi tanda tanya ekoran profilnya dalam industri seni tidaklah sehebat mana.


adam


AdamAF Jadi Mentor Musim ke-6! 

Sidang media program realiti nyanyian, Mentor yang berlangsung di Sri Pentas, TV3, sebentar tadi, Adam AF diumumkan antara Mentor musim keenam yang bakal bermula awal tahun depan.

Selain pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia musim kedua itu, tugas sebagai Mentor turut diterajui Ramlah Ram, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Ferhad, Ella dan Faizal Tahir. Melihat nama-nama hebat ini, status pemilihan Adam bagaimanapun menjadi tanda tanya ekoran profilnya dalam industri seni tidaklah sehebat mana.

Apakah penyanyi 'Tak Tahu' ini mampu menggalas tanggungjawabnya sebagai 'sifu' program realiti itu dengan sebaik mungkin? ikuti penjelasannya dalam ruangan hiburan Sinar Harian (zass), esok.

Sumber : Sinar Harian

Tuesday 27 December 2011

MIERA LIYANA AKUI MASIH MILIK AKTOR KACAK, SHAHZ JASZLE

Ketika ditemu bual, Miera berkata, dia kini semakin bahagia bersama buah hatinya itu. Walaupun masing-masing sibuk dengan agenda seni, namun ia tidak menjadi penghalang untuk mereka terus menyulam kasih. Malah kata Miera, dia sangat bersyukur kerana Shah Jaszle sangat memahaminya.



Miera Masih Milik Shah Jaszle

Hubungan cinta antara pelakon Miera Liyana dan aktor kacak, Shahz Jaszle, bukanlah rahsia lagi. Bahkan mereka inginkan percintaan itu sampai ke jinjang pelamin. Namun Ahad lalu, sebuah akhbar melaporkan pasangan ini sudah berpisah. Sedangkan Zass baru saja menemu bual Miera, beberapa hari sebelum berita perpisahan itu tersebar.

Ketika ditemu bual, Miera berkata, dia kini semakin bahagia bersama buah hatinya itu. Walaupun masing-masing sibuk dengan agenda seni, namun ia tidak menjadi penghalang untuk mereka terus menyulam kasih. Malah kata Miera, dia sangat bersyukur kerana Shah Jaszle sangat memahaminya.


Shahz Jaszle


“Saya juga memahaminya kerana kami adalah dari bidang yang sama. Sesibuk mana sekalipun, kami masih mempunyai masa untuk diluangkan bersama walaupun menerusi telefon.

“Bagi perancangan masa hadapan, setakat ini kami belum membuat sebarang keputusan, kerana masing-masing sibuk dengan karier. Kalau ada jodoh dan rezeki, kami akan kahwin," katanya.

Mendengar pada jawapan gadis manis ini, mana mungkin mereka sudah berpisah. Malah menerusi sebuah portal hiburan, Miera menafikan sekeras-kerasnya berita perpisahan itu. Menurut Miera, hubungan mereka masih baik dan berita itu adalah fitnah.


Punya bakat menyanyi

Lupakan seketika kisah cintanya, siapa sangka, pelakon bertubuh kecil ini, bukan sahaja memiliki bakat dalam bidang lakonan malah dia juga mempunyai bakat terpendam dalam bidang nyanyian.

Bermula dengan suka-suka, aktres muda yang selesa dipanggil Miera kini telah menceburi bidang nyanyian lebih serius, setelah menerima tawaran daripada komposer untuk menyanyikan soundtrack berjudul Miliknya bagi drama siri lakonannya yang bakal disiarkan di RTM.

Menurutnya, drama 13 episod yang bertajuk ‘Psikik’ bakal disiarkan di stesen televisyen itu pada awal tahun hadapan.

“Saya langsung tidak ada asas dan pengalaman dalam bidang nyanyian cuma kadang kala pada masa lapang saya akan menghabiskan masa bersama kawan-kawan untuk berkaraoke.

“Setelah diberi kepercayaan oleh komposer lagu, Khai, saya cuba untuk mengambil tawaran nyanyian ini sebagai cabaran memandangkan saya juga seseorang yang suka mencuba sesuatu yang baru,” katanya.

Miera berkata, pengalaman dalam bidang lakonan adalah berbeza daripada bidang nyanyian, dan baginya cabaran untuk menyanyi adalah lebih hebat memandangkan dia tidak mempunyai pengalaman dalam bidang itu.

“Walaupun masih baru dalam bidang nyanyian, saya bersyukur kerana tidak mengambil masa lama untuk menyiapkan lagu tersebut dan Alhamdulillah hanya empat hari digunakan untuk sempurnakan lagu tersebut,” katanya kepada Zass.


Utamakan lakonan

Tidak ada istilah 'duduk diam', aktres utama drama, Kamelia Katrina, ini tidak putus-putus menerima tawaran berlakon dalam pelbagai drama siri.

Terbaru, Miera sedang menjalani penggambaran drama siri berjudul ‘Mulanya Di sini’ yang akan tamat penggambaran dalam masa dua minggu lagi.

Menurutnya, dia memegang watak sebagai Alya, seorang remaja perempuan daripada keluarga kaya yang hidup dengan mewah dan segala kehendaknya pasti akan ditunaikan.

Menerusi drama itu, Alya juga seorang remaja yang terlalu dimanjakan ke dua ibu bapanya sehingga tidak pernah melakukan kerja-kerja yang berat.

Konflik timbul setelah Alya tamat peperiksaan SPM dan ditawarkan kursus PLKN. Oleh sebab takut dipenjarakan, Alya terpaksa menjalani kursus itu walaupun dia tidak langsung berminat untuk menyertainya.

Sepanjang Alya berada di PLKN, pelbagai masalah terpaksa diharunginya dan dia banyak mempelajari erti kehidupan yang sebenar dan perubahan ketara dilihat oleh ibu bapanya setelah Alyah pulang daripada menyertai PLKN itu.

Menyentuh peranannya menerusi drama tersebut, Miera mengatakan agak sukar memegang watak yang berlainan karakter dengan dirinya yang sebenar. Bagaimanapun dia mengambil kesukaran itu sebagai satu cabaran memantapkan lagi lakonannya.

“Memegang watak sebagai Alya sebelum menyertai PLKN tidaklah sesukar mana kerana watak seperti itu pernah saya lakonkan menerusi drama-drama sebelum ini.

“Tetapi, cabaran hebat memainkan watak tersebut adalah pada situasi semasa Alya menjadi remaja yang telah berubah daripada seorang remaja sosial kepada remaja baik. Apa pun, saya akan cuba yang terbaik bagi menjayakan drama ini,” katanya.

Selain tawaran lakonan drama bersiri, Miera juga telah membintangi tiga buah filem yang bakal ditayangkan pada tahun 2012.

Antara filem lakonannya adalah ‘Apokalips X’ arahan Mamat Khalid yang turut dibarisi pelakon Farid Kamil, Jehan Miskin dan Iqram Dizly serta filem ‘Jangan Pandang-pandang’ arahan Ahmad Idham yang turut dibintangi Zizan Raja Lawak.


Sumber : Sinar

PERKAHWINAN ARTIS SEPANJANG TAHUN 2011

SOROTAN 2011: Perkahwinan artis

Tahun 2011 yang akan melabuhkan tirainya dalam masa beberapa hari lagi akan memberi kenangan yang terindah buat artis dan selebriti tempatan apabila mereka melangkah ke alam perkahwinan.

Tentunya kehadiran 2012 akan memberi sinar baru buat mereka agar apa yang diazamkan dalam hidup akan terlaksana. Kenangan indah sepanjang tahun ini bermula seperti berikut:

1) Ayu Raudhah-Zaquan Adha


Ayu Raudhah,26, sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, pada majlis pernikahan mereka di Masjid Sultanah Bahiyah, di Alor Setar pada 21 Januari tahun ini.

Pada majlis yang serba ringkas itu, Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan yang kelihatan anggun dengan busana rekaan Man Kajang berwarna krim menerima mas kahwin RM1,888 serta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan berbalas sembilan dulang.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Difahamkan, wang hantaran itu mempunyai kaitan dengan angka lapan, iaitu nombor jersi Zaquan.

2) Sabrina Ali-Syed Amirul Syed Ahmad


Tiada angin tiada ribut, pelakon Sabrina Ali, 31, mengesahkan sudah berumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya pada awal tahun ini.

Bagaimanapun Sabrina yang dikhabarkan bernikah dengan Syed Amirul Syed Ahmad berusia 29 tahun itu enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu dan tidak diketahui mengapa dia enggan menghebahkan pernikahan berkenaan.

3) Siti Sarah-Shuib (Sepahtu)


Penyanyi Sarah Raisuddin, 27, kini sah bergelar isteri kepada salah seorang ahli kumpulan Sepahtu, Shahmira Muhahamad (Shuib), pada majlis pernikahan mereka yang diadakan di Jeumpa D'Ramo, Bangsar, pada 26 Februari lalu.

Pasangan ini menerima kelahiran anak sulung lelaki, Uwais Alqarni pada 4 Disember lalu.

4) Farish Aziz-Zahrah


Pelakon drama Kau dan Aku, Farish Aziz, 27, yang bernikah dengan isterinya, Zahrah Fowzi, 27, pada 18 Februari lalu di Hotel Shang Ri La Tanjung Aru Beach, Kota Kinabalu, Sabah memulakan alam perkahwinannya tidak seperti pasangan lain apabila terpaksa berpisah buat sementara waktu.

Ini kerana isterinya masih baru berkerja sebagai peguam di sebuah syarikat guaman di Sabah manakala Farish terikat dengan kariernya sebagai pelakon dan pengacara di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Farish dan isteri yang sama-sama berasal dari Kota Kinabalu berkemungkinan akan berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu atau sebaliknya untuk menghabiskan masa bersama-sama.

5) Noh (Hujan)-Mizz Nina


Selepas bertunang selama lapan bulan, penyanyi dari kumpulan Hujan iaitu Noh atau nama sebenarnya Mohammed Noh Salleh, 26, sah bergelar suami kepada penyanyi Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 31, pada 1 Julai lalu.

Majlis pernikahan mereka dilakukan di kediaman keluarga Nina di Ukay Heights, Ampang, Kuala Lumpur.

6) Tomok-Ayu


Penyanyi yang pernah popular dengan kumpulan Newboyz, Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 27, turut berkongsi tarikh pernikahannya dengan Noh dan Nina apabila sah menjadi suami kepada pramugari Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) Rahayu Abbas, 32, di Dewan Serbaguna AU2 Taman Keramat, Kuala Lumpur, pada 1 Julai lalu.

Menurut Tomok, dia gembira selama lapan tahun bercinta, akhirnya dia menjadi suami kepada Rahayu atau nama panggilannya, Ayu, dan berharap agar cinta mereka akan mekar sehingga akhir hayat.

Pasangan ini sedang menunggu kelahiran cahaya mata sulung.

7) Nabil (Raja Lawak)-Nazirah


Selepas dilanda pelbagai kontroversi termasuk perpisahannya dengan pelakon Irma Hasmie, pelawak dan pelakon, Ahmad Nabil Ahmad, 28, sah bergelar suami kepada bekas pramugari AirAsia, Nazirah Ayub, 23, pada 30 September lalu.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya, di mana Nabil menyerahkan mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin bernilai RM5,000 manakala wang hantaran sebanyak RM15,000 kepada pengantin perempuan.

8) Zed Zaidi-Natalia Mustafa Kamal


Bermula daripada perkenalan di laman social Facebook, pelakon Zed Zaidi, 31, atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil menamatkan zaman bujangnya dengan Natalia Mustafa Kamal, 28, pada 29 April lalu di Restoran Felda Villa, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Pasangan ini juga sedang menunggu kelahiran anak pertama selepas isteri Zed disahkan hamil.

9) Fazren Rafi-Syarifah Marlina


Melangsungkan pernikahan pada 1 Mei di kediaman isterinya di Perak, pelakon Spa Q, Mohd Fazren Rafi atau Fazren begitu teruja mengimamkan isteri, Sharifah Marlina Ashikin Syed Hasan selepas bernikah.

10) Faezah Elai-Heykal Hanafiah


Pelakon Faezah Elai, 29 ,sah bergelar isteri kepada pengarah drama, Heykal Hanafiah, 38, yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Gelugor, Pulau Pinang, pada 9 September lalu.

Pasangan ini berharap pernikahan tersebut menutup segala kontroversi tentang hubungan mereka.

11) Fedtri Yahya-Nurul Anati Ismail


Pengacara Malaysia Hari Ini, Fedtri Yahya, 30, bernikah dengan Nurul Anati Ismail, 26, pada 28 Mei lalu di rumah pengantin perempuan di Pengkalan Machang, Pasir Mas, Kelantan.

Bagaimanapun Fedtri dan isteri dikejutkan dengan berita sedih apabila isterinya mengalami keguguran bayi pertama pada 26 Julai lalu.

12) Eira Syazira-Azad Jasmin


Pelakon Syazira Shuhaimi atau Eira Syazira, 27, sah bergelar isteri kepada pelakon Azad Jazmin John Louis Jeffri yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Putrajaya pada 16 September lalu. 13) Nurul Syuhada-Raja Amir Raja Azwa

Pengacara Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin,27, selamat diijabkabulkan dengan pegawai bank, Raja Amir Shah Raja Azwa,29, di Binjai On The Park, Kuala Lumpur City Centre (KLCC), pada 16 Julai lalu.

13) Ana Dahlia-Chef Riz


Pelakon Ana Dahlia, 28, sah bergelar isteri kepada chef selebriti, Mohd. Nadzri Redzuawan atau Riz, 29 , di rumah pengantin perempuan di Taiping, Perak pada 11 Disember lalu.

14) Memey Suhaiza-Norman Hakim



Pelakon Norman Hakim, 35, telah selamat dinikahkan dengan pasangannya, pelakon Memey Suhaiza, 23, pada 24 September lalu di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.

Sebelum berkahwin, pasangan ini dilanda dengan pelbagai kontroversi termasuk Memey dikatakan merampas Norman daripada bekas isteri Norman, pelakon Abby Abadi dan kes khalwat mereka.

15) Dira Abu Zahar-Helmi Yusof


Pelakon Khaidhirah Abu Zahar atau Dira, 27, sah bergelar isteri kepada pengarah fotografi Mohd. Helmi Mohd. Yusof atau Helmi di kampung halaman pengantin perempuan di Merlimau, Melaka, pada 11 November lalu.

16) Zahiril Adzim-Shera Aiyob



Pelakon Zahiril Adzim, 27, sah bergelar suami kepada pengacara Shera Aiyob, 25, di rumah pengantin perempuan di Ipoh, Perak pada 20 November lalu.

17) Ashraf Muslim-Noor Dayana


Pelakon Ashraf Muslim, 30, bernikah dengan Noor Dayana, 24, pada 30 Ogos lalu di Mekah.

18) Nurul (AF2)- Mohd Munzil Muhamad


Pernikahan Nurul (AF2) menjadi kontroversi apabila dia dan suami, Mohd Munzil Muhamad bernikah di Thailand pada 23 April lalu.

Bagaimanapun pasangan itu tidak pernah membelakangi keluarga sehingga mengambil keputusan bernikah di Narathiwat.

via: mStar

Sumber Jz : bulanpurnama89

PERKAHWINAN GAY MELAYU DI GREECE?

Dalam erti kata lain, kalau perkara ini benar, bukan satu, tetapi sudah dua pemuda Melayu yang dikesan terlibat dalam perkahwinan homoseksual ini.



Lagi Gay Melayu Berkahwin…Kali Ini Di Greece?


Laaaa, Ada Lagi Gay Melayu Yang Pernah Berkahwin Dengan Pasangan Sejenisnya?


Dalam pada masyarakat kecoh memperkatakan mengenai tindakan seorang pelajar Melayu yang berkahwin dengan pasangan sejenisnya di Dublin, kini ramai pula yang sedang memperkatakan kononnya ada seorang lagi pemuda Melayu yang pernah berbuat demikian di luar negara.

Bahkan dia dikatakan terlebih dahulu melakukan ‘perkahwinan’ sebegitu, dan ianya dilangsungkan di Greece.

Dalam erti kata lain, kalau perkara ini benar, bukan satu, tetapi sudah dua pemuda Melayu yang dikesan terlibat dalam perkahwinan homoseksual ini.

Antara blog awal yang menyiarkan artikel dan gambar yang didakwa membabitkan pelajar Malaysia di Greece itu ialah sozcyili.blogspot.com dan ar-rifke.com.

Bagaimanapun tiada maklumat lengkap yang dapat mengesahkan perkara itu. Kedua-dua blog berkenaan menyatakan gambar terbabit diperolehi dari sebuah blog lain.

Menurut sozcyili.blogspot.com, ia memperolehi maklumat mengenai perkahwinan gay Melayu di Greece itu dari sebuah blog yang diberikan sahabatnya ketika melayari Facebook.

Bagaimanapun blog itu tidak menyebut dan memberikan link kepada blog yang dimaksudkannya itu.

“Dan ketika melayari satu blog yang diberikan sahabat fb (Facebook) tadi, rupanya baru tahu bahawa arif alfian bukanlah lelaki Melayu Islam yang pertama kahwin dengan lelaki Mat Saleh di luar negara. Lihat bawah neh (ini),” catat sozcyili.blogspot.com merujuk kepada gambar seorang lelaki berpakaian lengkap bersongkok dan bersamping berpimpingan tangan dengan seorang lelaki Inggeris.

Jauh di sudut hati, penulis harap berita ini tidak benar tetapi jika ia sungguh bagai dikata, penulis hanya mampu beristighfar dan beristighfar.

Harap ia tidak terjadi pada anak cucu dan keturunan kita, Nauzubillah – Oleh SYAHRIL A. KADIR


Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari Sah Berkahwin Tahun Hadapan

Dalam kenyataannya kepada media baru-baru ini, Scha memberitahu bahawa perkahwinannya dengan Awal yang berkonsepkan Melayu kontemporari akan dilangsungkan seawal-awalnya pada Mac dan selewat-lewatnya Jun tahun depan.


Sah! Scha Akui Kahwin Awal Ashaari Mac-Jun Tahun Depan


Sah! Scha Akui Kahwin Awal Ashaari Mac-Jun Tahun Depan


KUALA LUMPUR – Selepas pasangan Yusri KRU – Lisa Surihani mengumumkan tarikh pernikahan mereka di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Februari tahun depan, satu lagi pasangan selebriti terkenal, Scha Al-Yahya – Awal Ashaari, mengumumkan akan menamatkan zaman solo mereka.

Dalam kenyataannya kepada media baru-baru ini, Scha memberitahu bahawa perkahwinannya dengan Awal yang berkonsepkan Melayu kontemporari akan dilangsungkan seawal-awalnya pada Mac dan selewat-lewatnya Jun tahun depan.

“Time frame yang kami berikan kepada PICC adalah sepanjang Mac hingga Jun depan.

“Justeru, saya tak berani mengesahkan tarikh sebenar bila kami nak kahwin, kena tunggu tarikh yang betul-betul sesuai, terutama musim cuti persekolahan atau cuti umum sepanjang Mac hingga Jun ini,” katanya yang dipetik dari akhbar sisipan Berita Minggu, Bpop, di sini hari ini.

Menurut Scha lagi, pada mulanya pasangan itu memang merancang untuk memilih Februari tahun depan untuk melangsungkan perkahwinan.

Namun ia terpaksa ditunda akibat jadual dan komitmen penggambaran dua filem, Darah Daging dan KL Meroyan, ditambah pula dengan drama bersiri Mimi Mencari Cinta 2, mereka terpaksa menunda hasrat mendirikan ‘masjid’ pada Februari ini.

Selain itu, Scha juga dimaklumkan oleh PICC bahawa mereka tidak dapat menyediakan tempat sepanjang Februari memandangkan dewan penuh dengan tempahan lebih awal.

Scha juga menjelaskan bahawa pihak Astro ada ‘melamar’ untuk hak penyiaran eksklusif majlis Raja Sehari mereka, namun beliau belum lagi membuat keputusan mengenai tawaran tersebut.

“Saya tak pernah tanda tangan sebarang kontrak akan beri hak penyiaran eksklusif perkahwinan kami kepada Astro. Memang mereka (Astro) ada beri idea, tapi perancangan itu tidak dapat direalisasikan sebab belum ada hitam dan putih

“Desas-desus yang mengatakan Astro akan mendapat hak penyiaran eksklusif perkahwinan kami menjelang Februari depan, itu tidak benar.

“Mungkin akan ada pasangan artis lain yang berkahwin Februari depan dan Astro bakal menyiarkan majlis persandingan mereka, itu saya tidak tahu. Tapi saya dan Awal tak mungkin, PICC belum beri tarikh, katering tak ada lagi, kursus kahwin pun tak pergi dan baju kahwin pin tak tempah lagi,” ujarnya panjang lebar.

Scha turut menafikan gosip sebelum ini yang mengatakan seorang pereka fesyen telah ‘pecah lubang’ kononnya pasangan itu benar-benar akan melansungkan perkahwinan mereka pada Februari depan dan menegaskan mereka belum menempas sebarang busana untuk majlis gemilang mereka itu.

“Kononnya ada sumber daripada pereka fesyen pakaian pengantin dah pecah lubang memaklumkan saya dan Awal memang bercadang memilih Februari untuk bernikah, tolonglah panggil pereka fesyen itu, siapa yang beritahu!

“Saya hanya akan buat baju sekiranya dah dapat tarikh yang sesuai dari PICC,” jelasnya.

Scha Al-Yahya pernah dikaitkan bercinta dengan rakan pengacaranya dalam rancangan Sehati Berdansa, Fahrin Ahmad, manakala Awal Ashaari mengaku pernah hidup solo selama tiga tahun selepas putus cinta pada tahun 2006.


Sunday 25 December 2011

JAIP SIASAT BOB LOKMAN

KUANTAN – Bok Lokman, bekas pelakon, kini terkenal sebagai penceramah bebas dalam kalangan pembangkang, semalam diberi notis oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kerana disyaki menyampaikan ceramah tanpa tauliah.

Beliau disyaki menyampaikan ceramah di hadapan jemaah Masjid Taman Sri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang dekat sini, selepas solat Maghrib. Ceramah itu bermula jam 8 malam dan tamat lebih sejam kemudian.



Bob Lokman


Sebaik sahaja selesai, Bob Lokman, atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, didekati seorang kakitangan Jaip dan mereka dilihat berbincang di beranda masjid.

Mereka mengambil maklumat daripada Bob Lokman, sementara jemaah menunaikan solat Isyak.

Bob Lokman dan beberapa rakannya meninggalkan masjid beberapa minit kemudian.

Sumber Jaip mengesahkan Bob Lokman diberi notis kerana disyaki menyampaikan kuliah Maghrib tanpa tauliah dan kebenaran Jaip.

Sumber itu juga memberitahu, Jaip akan menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang menetapkan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-dua sekali.

“Kita akan siasat perkara ini di bawah Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bob Lokman pernah menerima waran tangkap Jabatan Agama Islam Selangor kerana tidak hadir beri keterangan berkaitan ceramah agama tanpa tauliah dua bulan lalu.

Sumber : Sinar

AROMA SEKSI MARSHA & JULIE WOON

Menyatukan kedua-duanya untuk sesi muka depan B*POP kali ini juga atas alasan mereka mempunyai persamaan yang nyata kerana kecenderungan memilih lelaki Melayu sebagai arjuna hati. Selain kedua-duanya juga mempunyai ‘aroma’ seksi dalam bergaya dan personaliti.


- Aroma seksi Marsha + Julie -


Marsha enggan kenang lagi siri kontroversi yang menimpa dirinya sepanjang 2011

SAMBUTAN Hari Natal yang jatuh pada hari ini tetap disambut dengan cara tersendiri oleh dua selebriti tempatan, Marsha, 26, dan Julie Woon, 27. Malah, tiada apa bezanya dengan penganut Kristian yang lain kerana saban tahun setiap kali perayaan Krismas ini menjelma, meluangkan masa bersama keluarga antara satu kemestian.



Foto


Menyatukan kedua-duanya untuk sesi muka depan B*POP kali ini juga atas alasan mereka mempunyai persamaan yang nyata kerana kecenderungan memilih lelaki Melayu sebagai arjuna hati. Selain kedua-duanya juga mempunyai ‘aroma’ seksi dalam bergaya dan personaliti.

Demi meraikan keghairahan kedua-duanya, tema color blocking dipersembahkan dengan ilham idea pereka fesyen, Hazree Wahid. Warna rona merah menjerit memang cukup sinonim dengan sambutan Krismas, malah turut menjadi pilihan Santa Claus yang sinonim dengan perayaan ini.

Gandingan ini menjadi pertemuan kali kedua untuk bintang Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) dan personaliti 8TV menerusi program Quickie itu. Kali pertama mereka bersua ketika Marsha menjadi artis undangan program 8TV Whack It yang dihoskan Julie dan Prem Shankar.

Mengimbas kembali sisi peribadi, Marsha pernah diingati dengan cinta bersama rakan seperjuangannya di AF3, Kefli dan jejaka dengan huruf pangkal Z di mana kedua-duanya sudah pun berakhir. Kini, Marsha sedang bahagia dengan kerabat Pahang, Tengku Burn sejak cinta mereka mula bersemi beberapa bulan lalu.

Julie pernah diingati dengan hikayat cintanya bersama Qushairi atau Qi. Namun, cinta itu yang berputik sejak sama-sama berlakon dalam drama Blogger Boy sudah lama berakhir. Kini, Qi diketahui umum sedang meniti bahagia bersama penyanyi popular, Yuna.

Bagi Marsha yang sedang sibuk melunaskan baki penggambaran drama Bicara Hati arahan Osman Ali bagi siaran Astro Prima (Selasa, jam 9 malam bermula 3 Januari depan), saat ditanya mengenai kamar hatinya, dia memilih untuk tidak terus menyembunyikan status hubungannya dengan Tengku Burn.

“Lebih baik saya berterus-terang dan mengaku. Kalau tak cakap perkara betul selagi itu pasti ada yang akan cuba mencari kesahihan. Tak kisahlah kalau ada yang tak suka jika saya memilih untuk tidak berselindung. Apa yang boleh saya katakan, saya gembira bersamanya selepas tiga bulan kenal rapat,” katanya yang merancang lebih-lebih mengenai fasa hubungannya dengan Tengku Burn kerana bimbang apa dirancang tak menjadi.

Dalam sisi lain, 2011 turut dicemari kontroversi buat wanita kelahiran Michigan, Amerika Syarikat ini. Gimik kononnya berkahwin secara rahsia di di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan dituduh cuba melakukan cubaan membunuh diri dengan mengambil pil secara berlebihan antara contoh.

“Ada yang positif dapat saya raikan tahun ini terutama memiliki album dan tidak kurang juga kontroversi yang cukup menyesakkan jiwa. Tahun 2011 tahun cukup mencabar diri. Kontroversi yang terjadi bukan dibuat-buat atau disengajakan terutama berkaitan gimik kahwin itu.

“Tiada niat pun untuk saya mencipta publisiti murahan sebegitu. Cuma apabila disalah tafsir dan jatuh hukum, ia jadi lain. Tapi saya tidak mahu lagi mengenang kisah lalu. Saya nak buka buku baru sempena kedatangan 2012 beberapa hari lagi.

“Musim 2012 juga menjadi tahun untuk saya terus memberi tumpuan terhadap kerjaya. Banyak lagi saya ingin capai sejak tahun lalu, namun belum menjadi kenyataan. Perniagaan jeans saya pun belum terbukti dan lagu dihasilkan pun tidak memberi impak. Harap-harap saya tidak terus dibayangi dan dihantui kontroversi lalu,” katanya yang bergandingan dengan Sharnaaz Basir Ahmad dam Cris Cempaka dalam drama Bicara Hati.

Ditanya mengenai sambutan Krismas tahun ini, Marsha yang berada di bawah pengurusan syarikat Laugh Out Loud (LOL) Entertainment Sdn Bhd diberi pelepasan bercuti daripada berlakon sejak 23 hingga 27 Disember ini. Bagaimanapun tahun ini, Marsha hanya menyambutnya di Kuala Lumpur saja.

“Selalunya saya sambut Krismas di Sabah dan kadang-kadang keluarga saya pun turun Kuala Lumpur. Cuma tahun ini kami tak beraya sakan sangat sebab masih dalam proses berkabung sejak kematian datuk, Basanda Ponguk, dua bulan lalu. Kehilangannya masih dirasai apatah lagi saya cukup rapat dengannya.

“Saya hanya beraya dengan abang dan mungkin lepak dengan kawan-kawan. Rutin biasa bertukar-tukar hadiah tak dilupakan. Mujur saya sempat belikan hadiah sejak dua minggu lalu kerana ada undangan persembahan di Sabah. Jadi alang-alang sudah tahu tak balik beraya, saya sudah belikan hadiah untuk keluarga.

“Sekarang kalau beli hadiah untuk perayaan ini, saya sudah mula merancang bajet. Tidak seperti awal kemunculan AF3, saya memang boros dan beli hadiah sesuka hati. Kenangan bersama mendiang datuk juga masih terasa hingga kini,” katanya yang turut diundang berlakon dalam telefilem Penjara arahan Michael Ang bersama pelakon seperti Erra Fazira, Elliza Razak, Zarina Zainoordin, Sharifah Shakinah dan Azza.


Julie tak kisah dapat jodoh lelaki Melayu

BAGI Julie Woon, seperti biasa dia akan menyambut Krismas di Kuala Lumpur. Kali ini, dia meraikannya bersama ibu tersayang kerana bapanya berada di Sabah, abangnya di Manchester, England. Tiada persiapan khusus dilakukan kerana apa yang penting baginya ialah mensyukuri nikmat kehidupan yang dilalui ini.

Kata Julie, makan besar antara yang dinanti-nantikan setiap kali tiba Krismas. Rutin bertukar hadiah sesama sendiri tak sesekali dilupakan. Krismas ini juga masa terbaik untuknya memberi hadiah kepada mereka yang kurang bernasib baik.

“Makan besar selalunya bukan hanya pada malam Krismas bersama keluarga dan sanak saudara. Empat hari sebelumnya pun sudah ada sesi makan besar dengan kawan-kawan. Saya juga bercadang untuk menurut jejak kawan untuk membuat amal menjelang Krismas.

“Kawan saya setiap tahun akan membeli apa saja makanan atau barangan untuk dikongsi dengan mereka yang memerlukan atau tidak mempunyai tempat tinggal. Tahun lalu, kawan saya membeli 200 burger untuk diagihkan kepada masyarakat miskin di sekitar tempat tinggalnya. Jadi, saya pun nak buat benda yang sama tahun ini.

“Selain itu, kenangan bertukar hadiah yang dipanggil Secret Santa juga masih diingati. Dulu saya sesama kawan akan melakukan cabutan bertuah dengan bertukar hadiah secara rahsia dengan bajet paling maksimum sebanyak RM50. Bererti, kami menerima hadiah tanpa mengetahui siapa pemberinya,” kata pengacara Take Me Out versi Malaysia itu.

Musim 2012 juga menjadi tahun ketiga Julie bersama 8TV Quickie. Julie juga menjadi antara pengacara perintis program berkenaan bersama Prem dan Zher. Kini bilangan hos program terbabit turut bertambah, selain hubungannya dengan kru dan hos 8TV Quickie semakin erat.

Julie mula membabitkan diri dalam bidang pengacaraan sejak enam tahun lalu dan mengakui peluang dibuka 8TV kepadanya menjadi landasan terbaik memasarkan diri dalam liga seni. Selain mengacara, berlakon iklan dan drama, Julie juga aktif menjadi pengacara majlis.

“Kerjaya ini juga membuka ruang mengembara ke negara orang. Tahun ini saja saya dapat ke Sepanyol dan Itali kerana terbabit dalam kerja mengacara. Tahun depan, saya mahu mengembara lagi untuk menimba pengalaman,” katanya yang meletakkan soal cinta di tangga kedua selepas kerjaya.

Sambil berseloroh, Julie memberitahu, dia merancang bertunang pada 2013 dan berkahwin sekitar 2014.

Difahamkan selepas putus cinta dengan Qi, dia sempat bertemu pengganti dengan lelaki Cina yang juga kawan kepada pengurusnya. Mereka saling mengenali ketika Julie terbabit dalam penggambaran telefilem Qalbu di Ipoh, Perak. Lelaki itu bukan orang seni dan tinggal di Australia dan sesekali pulang ke Malaysia.

“Tapi hubungan itu sudah putus sejak dua bulan lalu. Kini saya ada berdating dan terbuka dalam soal berkawan. Saya pun tak kisah berkawan dengan lelaki Melayu atau Cina. Kalau ada jodoh dengan lelaki Melayu atau disyorkan sesiapa, saya OK saja,” katanya yang cuba berselindung mengenai status sebenar dirinya kini sama ada sudah bertemu pengganti atau tidak.

PROFIL Marsha
Nama: MARSHA MILAN LONDOH
Tarikh lahir: 6 DISEMBER 1985
Tempat lahir: MICHIGAN, AMERIKA SYARIKAT
Filem: CUN, 4 MADU, MAGIKA, SENARIO EPISODE 2: BEACH BOYS, SAUS KACANG, MISI 1511
Drama: MIMI MENCARI CINTA, KUM KUM, AWAN DANIA 3, SERIBU KALI CINTA, DOTTIE, K.I.T.A, HOTEL MANIA, MEGA SEKEPING HATI, KORBAN 44, KERANA KARINA

PROFIL Julie Woon
NAMA KOMERSIAL: Julie Woon
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
TARIKH LAHIR: 21 Julai 1984
PENDIDIKAN: Diploma Pemasaran & Perakaunan Kolej Metropolitan
KARIER: Pengacara, pelakon dan model
IKLAN: HSBC, Sony Handycam, Maxis, Volkswagen, 1Utama, Canon, Myeg

ANTARA DRAMA & TELEMOVIE: Tin Kei Bin, Like Sunshine After Rain (drama Mandarin), Perfect Match (drama Taiwan), Blogger Boy musim pertama dan kedua, Rembak, Qalbu

PENGACARA PROGRAM: Absolute Football menerusi saluran Astro SuperSport (2006), Championship Gaming Series (Astro Star World/ 2007), Motorsports@Petronas (ESPNStarSports/ 2008), Motorsports@ Petronas (ntv7/ 2009), 8TV Quickie, Looking Good With Watson.

Penghargaan
Solekan: Marsha (Jijie Zainal, gg_dayantee@yahoo.com, www.facebook.com/jijie.zainal) dan Julie Woon (Chomel Redza, chomel.redza@gmail.com)
Busana: Hazree Wahid (hazreewahid@yahoo.com, www.twitter.com/hazreewahid


Sumber : Berita Harian

PEGAWAI KASTAM YANG DITEMBAK JALANI PEMBEDAHAN

Beliau cedera di bahu kiri serta kedua-dua belah tapak tangan selepas terkena empat daripada lima tembakan yang dilepaskan oleh sekumpulan lelaki kira-kira pukul 7.20 pagi.




- Pegawai yang ditembak jalani pembedahan -


KUALA LUMPUR - Pegawai penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKRM) negeri Melaka yang ditembak di hadapan rumahnya di Jalan Sungai Air Hitam, Taman Tanjung Minyak di Melaka kelmarin telah menjalani dua pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Rosli Aziz, 53, yang dibawa ke HKL kira-kira 7.30 malam kelmarin menjalani pembedahan di bahu kiri dan tapak tangan.

Beliau cedera di bahu kiri serta kedua-dua belah tapak tangan selepas terkena empat daripada lima tembakan yang dilepaskan oleh sekumpulan lelaki kira-kira pukul 7.20 pagi.

Difahamkan Rosli tidak sempat mempertahankan dirinya ekoran tindakan kumpulan tersebut yang menembak kedua-dua belah tangannya apabila mangsa cuba melepaskan tembakan.

Timbalan Ketua Pengarah JKRM, (Penguatkuasaan & Pematuhan), Datuk Matrang Suhaili yang ditemui pemberita ketika melawat mangsa di HKL hari ini, berkata, kes tembakan tersebut merupakan yang pertama bagi agensi berkenaan tahun ini yang biasanya para anggotanya menerima ancaman berbentuk ugutan.

"Ini antara halangan serta cabaran anggota JKRM terutama di bahagian penguatkuasaan,” katanya. - BERNAMA

BERITA DAN GAMBAR MAKHLUK BERKEPALA DUA

Makhluk Berkepala Dua


RUZIANAH Mohd. Ibrahim, 41, tidak pernah menyangka dia akan memiliki anak kucing istimewa yang mempunyai dua muka tetapi berkongsi satu kepala.

Anak kucing tempatan itu lahir pada tahun 2008 dan diberi nama Tuah.

Ruzianah, penjawat awam yang menetap di Simpang Kuala, Alor Setar, Kedah memberitahu, dia terpaksa membawa ibu Tuah ke Jabatan Perkhidmatan Haiwan berdekatan memandangkan ibu kucing itu sukar untuk melahirkan Tuah.


Anak kucing bernama Tuah ini mati beberapa hari selepas dilahirkan di Alor Setar, Kedah.


“Mungkin saiz kepala Tuah besar daripada biasa, jadi dia sukar dilahirkan. Selepas ibunya diberikan suntikan, barulah Tuah dapat dikeluarkan.

“Tuah lemah sikit dan tidak dapat menyusu dengan ibunya, jadi saya beli susu dan memberinya minum menggunakan picagari,” ujar Ruzianah.

Malangnya, Tuah mati beberapa hari selepas itu.

Kejadian haiwan berwajah atau berkepala dua berlaku di banyak negara di dunia.

Tahun lalu, seekor kucing di Virginia, Amerika Syarikat (AS) turut mempunyai ciri fizikal seperti Tuah.

Kucing di Virginia itu dinamakan Two Face sempena watak jahat dalam komik adi wira Batman. Two Face mempunyai dua hidung, dua mulut dan empat biji mata.

Menurut doktor haiwan yang merawatnya, Erica Drake, Two Face menghidap sindrom Diprosopus.

Penyakit itu menyebabkan penghidap mempunyai satu kepala tetapi ada dua wajah. Bagaimanapun, Two Face mati tidak lama kemudian.

Sebenarnya, kejadian haiwan berkepala dua juga berlaku pada ular, lembu dan kambing.

Sebagai contoh, seekor anak ular susu berkepala dua menetas di sebuah pusat penetasan haiwan di Ridge Minor, Miami, AS baru-baru ini.



Ular albino milik rakyat Switzerland ini bernilai lebih RM200,000.


Pakar biologi Universiti Florida, Daniel Parker berkata, ular berkepala dua mampu hidup selama 20 tahun jika ditempatkan di dalam kurungan.

“Tetapi dengan dua otak yang mengawal badannya, haiwan itu sukar untuk hidup di hutan,” katanya.

Ular susu dikategorikan sebagai ular albino. Menurut mitos Yunani, ular susu dikatakan menghisap susu daripada kantung susu lembu.

Ia juga gemar hidup di dalam bangsal selain menyukai persekitaran yang gelap dan sejuk.

Seekor ular susu berkepala dua mampu dijual pada harga yang tinggi.

Seorang pengumpul haiwan pelik di Switzerland, Tom Beser, berjaya menjual ular seperti itu semahal RM200,000, Februari lalu.

Beser memberitahu, ular peliharaannya itu yang diberi nama Mince merupakan ular albino pertama di dunia yang diketahui memiliki dua kepala manakala badannya berwarna putih.

Sementara itu di Lumajang, Indonesia, seekor anak kambing berkepala dua milik seorang penduduk, Muhammad Hasyim, 25, menjadi tumpuan orang ramai dua tahun lalu.

Kambing betina berwarna putih yang dipanggil Melati itu dilahirkan oleh ibunya dengan mempunyai empat mata selain dua telinga.

Muhammad berkata, semasa dilahirkan, ibu kambing itu mengembek dan meronta tanpa henti.

“Syukurlah kambing saya masih hidup,” kata Muhammad yang memberitahu dia memberi haiwan itu minuman susu segar.

Melati juga akan mengamuk jika diletakkan berjauhan dari ibunya.

Negara yang terkenal dengan kisah Firaun iaitu Mesir, turut menyimpan cerita haiwan yang pelik.

Seorang petani di Alexandria, Mesir, Sobhy El-Ganzoury menyifatkan kelahiran seekor anak lembu peliharaannya yang mempunyai dua kepala sebagai satu keajaiban.

“Saya mengambil masa selama dua jam untuk membantu lembu itu beranak,” ujar Sobhy sambil menambah, anak lembu itu tidak dapat mengangkat kepalanya yang berat dan terpaksa diberikan susu botol.

Pemilik sebuah ladang di Rivera, Colombia, Marino Cabrera, pula terkejut apabila lembunya melahirkan anak berkepala dua pada Ogos 2009. Anak lembu itu dinamakan Jenifer.

Cabrera memberitahu, dia tidak pernah melihat keganjilan seperti itu sepanjang lebih 30 tahun menjadi pembiak baka lembu.

Kejadian pelik makhluk berkepala dua turut berlaku kepada manusia.

Di Brazil minggu lalu, seorang ibu melahirkan bayi lelaki yang mempunyai dua kepala.

Maria Nazare, 25, melahirkan anaknya itu di sebuah hospital di Anajas, Brazil dengan berat 4.49 kilogram.


Emanoel dan Jesus yang lahir di Brazil minggu lalu berkongsi satu tubuh.


Anak itu dinamakan Emanoel dan Jesus. Doktor memberitahu Maria bahawa bayi itu mempunyai dua otak tetapi berkongsi jantung, limpa, buah pinggang dan kaki.

Menurut pengarah hospital itu, Claudionor Assis de Vasconcelos, kelahiran bayi itu amat mengejutkan

Setakat ini, keadaan bayi itu adalah baik dan akan diuji sama ada ia boleh dipisahkan atau sekurang-kurangnya dapat hidup lebih lama. Apa yang menarik ini merupakan kali kedua kelahiran bayi berkepala dua di Brazil tahun ini.

Sebelum ini, seorang ibu, Sueli Ferreira, 27, melahirkan bayi yang mempunyai dua kepala di daerah Paraiba tetapi bayi itu meninggal dunia beberapa jam kemudian disebabkan kekurangan oksigen.

Sumber : Kosmo

Saturday 24 December 2011

Tarikh Nikah Yusry KRU & Lisa Surihani : 23 Februari 2012

- Yusri KRU dan Lisa Surihani Bernikah Pada 23 Februari 2012 -


Yusry KRU & Lisa Surihani akan bernikah pada 23 Februari 2012 dan akan menjalankan resepsi perkahwinan pada 26 Februari 2012. Mereka ditemui ketika sidang media khas sebentar tadi di Marriot Putrajaya Resort & Spa.

Turut hadir pada sidang media khas tersebut adalah ahli keluarga Yusry KRU dan juga ibu Lisa Surihani. Yusry KRY akui yang keluarga beliau sudah mengunjungi keluarga Lisa Surihani untuk menghantar tanda. Dan, majlis sidang media pengumuman khas ini memang untuk mengumumkan tarikh pernikahan mereka.



Lisa Surihani bersama Yusry KRU



Majlis pernikahan Yusry KRU & Lisa Surihani akan berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dan resepsi perkahwinan akan di’adakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Yusry KRU berkata mereka mengenal hati budi menerusi BBM (Blackberry Messenger) dan mereka sebenarnya serius dalam hubungan ini sejak berkenalan.

Lisa Surihani memberitahu yang Yusry KRU pada awal perkenalan tidak flirting (mengorat, dalam Bahasa Rempit) dan hubungan mereka bermula dengan perbualan berkisar tentang kerja — dan matang.

Menjawab soalan tentang hak penyiaran majlis perkahwinan yang di’khabarkan berada di tangan Astro, Yusry KRU berkata beliau tidak boleh menjawab soalan ini secara langsung.

Berkenaan penaja, Yusry KRU berkata mereka masih belum berbincang dengan mana mana pihak tetapi tidak menolak sebarang tawaran tetapi masih mahukan majlis perkahwinan yang simple but elegant.

Seorang wartawan melontarkan soalan tentang apa sebenarnya yang Lisa Surihani lakukan sehingga boleh membuatkan Yusry KRU menjadi seorang lelaki yang sangat gembira.

Yusry KRU memberitahu yang mereka sebenarnya saling mencintai sepenuh jiwa antara satu sama lain dan sikap Lisa Surihani yang sentiasa menyokong kerjaya beliau.


Rotikaya