Pages

Sunday 31 March 2013

DAPUR GAS MELETUP | TAK SEDAR RUANG DAPUR DIPENUHI GAS

Kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi ketika mangsa berusia 60-an itu mahu menghidupkan api dapur tanpa menyedari ruang dapur tersebut dipenuhi gas.

Keadaan ruang dapur rumah mangsa yang terjejas akibat letupan yang berlaku.
Keadaan ruang dapur rumah mangsa yang terjejas akibat letupan yang berlaku.

Dapur gas meletup


KUALA LUMPUR - Hasrat seorang wanita warga emas untuk menyediakan sarapan untuk ahli keluarganya tidak kesampaian apabila ruang dapur kediamannya di Danau Kota, di sini meletup semalam dan mengakibatkan beberapa bahagian badannya melecur.


Kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi ketika mangsa berusia 60-an itu mahu menghidupkan api dapur tanpa menyedari ruang dapur tersebut dipenuhi gas.

Sebaik api dinyalakan, berlaku letupan yang turut menyebabkan pintu serta tingkap di ruang terbabit pecah.

Komander Operasi Kanan, Penguasa Bomba  Robert James berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian letupan dan bertindak atas maklumat itu, satu jentera dihantar ke lokasi kejadian.


Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati injap silinder gas tersebut tertanggal dan gas kemudiannya terkumpul di ruang  dapur itu disebabkan ketiadaan sistem pengudaraan yang baik.

“Mangsa melecur di bahagian kaki dan tangan akibat letupan itu. Tiga lagi ahli keluarganya yang turut berada di rumah berkenaan selamat kerana berada di ruang tamu.


“Kejadian tidak menyebabkan kebakaran tetapi bomba memantau dan memastikan tiada sisa gas,” katanya.

Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Lumpur oleh ahli keluarganya untuk mendapatkan rawatan.

Robert mengingatkan orang ramai supaya lebih peka sekiranya terhidu bau ganjil kerana gas memasak mempunyai bau agak kuat.


Sinar Harian

MISTERI PEMUDA KAYAK HILANG SETELAH BANTU MANGSA LEMAS

“Tidak cukup dengan itu, pemuda berusia lingkungan 20-an itu turut menyelamatkan saya dan adik-beradik lain dengan menghulurkan pendayung kayaknya serta membaling jaket keselamatan kepada salah seorang daripada kami dan selepas semuanya selamat, pemuda itu hilang,” demikian cerita Mohd Iqbal Mohd @ Harun, 45, kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kolam, Kuala Ibai, di sini, semalam.


Misteri pemuda kayak
Mayat Mohd Hafiedz dibawa ke bilik mayat HSNZ , malam kelmarin.

Misteri pemuda kayak


KUALA TERENGGANU - “Sehingga ke saat ini, saya masih lagi tertanya-tanya siapakah pemuda bersama kayaknya yang membantu menaikkan arwah abang, adik dan anak saudara saya ke persisir pantai.

“Tidak cukup dengan itu, pemuda berusia lingkungan 20-an itu turut menyelamatkan saya dan adik-beradik lain dengan menghulurkan pendayung kayaknya serta membaling jaket keselamatan kepada salah seorang daripada kami dan selepas semuanya selamat, pemuda itu hilang,” demikian cerita Mohd Iqbal Mohd @ Harun, 45, kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kolam, Kuala Ibai, di sini, semalam.

Mohd Iqbal adalah salah seorang mangsa tragedi lemas di Pantai Chendering (belakang Sekolah Kebangsaan Chendering), di sini, kelmarin, yang meragut nyawa abang sulungnya, Saifuddin, 49, adiknya, Mohd Hafiedz, 34, dan anak saudaranya, Mohd Adam Daniel Mohd Hafiedz, 7.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu juga, seorang lagi adik dan iparnya, Burhanuddin Helmi, 43, dan Ahmad Idzaham Tayyib, 41, yang turut lemas, berjaya diselamatkan dan kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.


Misteri pemuda kayak
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberikan kata-kata semangat kepada Mohd@ Harun.


Menurutnya, dia bersama enam adik-beradiknya dengan membawa keluarga masing-masing iaitu seramai lebih 25 orang datang ke pantai berkenaan untuk berkelah sempena cuti sekolah.

Jelasnya, sebelum kejadian, mereka sedang bermain bola pantai sebelum dikejutkan dengan berita daripada orang awam di situ yang memaklumkan ada ‘budak’ lemas.

“Ketika itu, saya langsung tidak tahu ‘budak’ yang dimaksudkan itu adalah anak saudara saya sendiri iaitu Mohd Adam Daniel, jadi kami beramai-ramai terus bergegas untuk membantu, namun dalam usaha membantu itulah baru kami tahu ‘budak’ itu adalah darah daging sendiri.

“Sejurus mengetahui ‘budak’ itu adalah anaknya, adik  Mohd Hafiedz nekad terjun menyelamatkan mangsa diikuti oleh abang, Saifuddin, bagaimanapun mereka gagal disebabkan keadaan ombak yang agak kuat,” katanya.

Menurutnya, dia bersama adik-beradik lain turut berusaha menyelamatkan ketiga-tiga mangsa, namun mereka turut sama-sama hampir lemas sebelum diselamatkan oleh ‘pemuda kayak’ tersebut.

Jelasnya lagi, semasa ketiga-tiga mangsa dinaikkan ke darat, mereka dalam keadaan ‘nyawa-nyawa ikan’ dan dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan.

Mohd Iqbal dan ketiga-tiga arwah adalah anak dan cucu kepada Ketua Keselamatan Pas Terengganu, Mohd@ Harun Jusoh, bekas wakil rakyat Pas, yang juga pernah menjadi Adun Bandar pada pilihan raya umum  1990.

Arwah Mohd Hafiedz, anak kelapannya adalah Setiausaha Kerja Majlis Tindakan Dun (MTD) Batu Burok yang baru bertugas sejak hampir dua bulan lalu dan bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda Pas kawasan Kuala Terengganu.


Sinar Harian

AWAS! KINI TERDAPAT VIRUS BARU LEBIH BAHAYA DARI SARS

Virus baru ini boleh menyerang banyak organ dan membunuh sel dengan cepat berbanding SARS," katanya menurut laporan MailOnline.

Virus baru lebih bahaya dari SARS
Pesakit yang dijangkiti koronovirus ini akan mengalami simptom seperti kesukaran bernafas, demam, batuk dan radang paru-paru dalam tempoh 48 jam

Virus baru lebih bahaya dari SARS


LONDON - Virus baru yang yang menyebabkan kematian kedua di Britain, minggu lalu didakwa lebih berbahaya dari SARS (Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk).

Koronovirus misteri yang menyerang sistem pernafasan dan dipercayai berasal dari Timur Tengah itu mula dikenal pasti awal tahun lalu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan angka kematian kini mencecah 11 orang dan dua daripadanya ialah warga Britain.

Ahli mikrobiologi, Yuen Kwok-yung berkata, jika virus tersebut mengalami mutasi ia mungkin akan menjadi wabak pembawa maut.

"Virus baru ini boleh menyerang banyak organ dan membunuh sel dengan cepat berbanding SARS," katanya menurut laporan MailOnline.

Sebanyak 17 kes dilaporkan sejak WHO mengeluarkan amaran berjaga-jaga pada September lalu.  
      
Pembawa koronovirus itu juga masih tidak dapat dikenal pasti, namun saintis Netherlands mendakwa hasil penyelidikan ke atas sampel darah pesakit menunjukkan ia mungkin disebarkan oleh spesies kelawar Asia. 



Sinar Harian

WANITA MAUT LEHER TERTUSUK BESI TERPELANTING DARI LORI

Bagaimanapun, secara tiba-tiba, saya lihat satu objek panjang berwarna hitam terpelanting ke arah kereta kami sebelum menembusi cermin bahagian hadapan.

Wanita maut leher tertusuk besi
Keadaan kereta mangsa yang remuk dan terdapat kesan lubang di cermin bahagian hadapan.


Wanita maut leher tertusuk besi


SEREMBAN – Seorang wanita menemui ajal dalam keadaan menyayat hati apabila lehernya tertusuk sebatang besi sepanjang setengah meter yang dipercayai terpelanting dari sebuah lori arah bertentangan ketika sedang memandu di Jalan Batu 8, Kampung Nyatoh, semalam.

Dalam kejadian  jam 10.45 pagi itu, mangsa, V Inthirani, 50, bersama adiknya, V Thilaga, 32, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Bunga Sejati kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

Thilaga  berkata, sebelum kejadian, dia menyedari kereta mereka berselisih dengan sebuah lori satu tan yang tidak membawa muatan.

"Bagaimanapun, secara tiba-tiba, saya lihat satu objek panjang berwarna hitam terpelanting ke arah kereta kami sebelum menembusi cermin bahagian hadapan.


 V Inthirani
V Inthirani



"Pada masa sama, kereta dipandu kakak hilang kawalan dan berpusing sebelum terhenti di tepi jalan," katanya.

Thilaga berkata, semuanya berlaku dalam sekelip mata dan apabila menoleh ke kanan, dia tergamam melihat baju Inthirani berlumuran darah sambil dia memegang sebatang besi yang terpacak di lehernya.

"Ketika itu kakak berada dalam keadaan separuh sedar. Saya menjerit sekuat hati meminta tolong sebelum beberapa pengguna jalan raya dan penduduk berhampiran datang menghulurkan bantuan," katanya.

Bagaimanapun, menurut Thilaga, dia hanya mampu menangis apabila orang ramai memberitahu kakaknya sudah tidak bernyawa.

“Peristiwa itu berlaku terlalu pantas dan saya sangat sedih kejadian yang tidak disangka-sangka itu meragut nyawa kakak saya.

“Malah paling menyedihkan, cuma beberapa minit saja lagi kami sepatutnya dah sampai ke rumah," katanya.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abdul Halil Hamzah mengesahkan menerima laporan kejadian dan punca sebenar masih dalam siasatan.

Katanya, pihaknya kini sedang mengesan lori yang terlibat dan sesiapa yang menyaksikan kejadian itu diharap dapat menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat sebelum diserah kepada keluarganya untuk urusan pengebumian,” katanya.



Sinar Harian

AJMAIN NYARIS DISEMBELIH JENERAL MUSA

"Dia ketika itu sudah mengacu barong (parang Sulu) ke leher saya untuk sembelih saya hidup-hidup," kata Ajmain, anak Ketua Kampung Tanjung Batu, Mahmud Mallang.

Nyaris disembelih Jeneral Musa
Ajmain

Nyaris disembelih Jeneral Musa


LAHAD DATU – Tiada apa yang diharapkan Ajmain Mahmud, 35, selain mahu terus hidup tatkala dia hampir-hampir disembelih ketua pengganas Kiram yang dikenali sebagai Jeneral Musa dalam kejadian di Kampung Tanjung Batu di sini, 6 Mac lalu.

Menurut Ajmain, ketika itu dia sendiri tidak yakin akan dapat terus bernyawa ketika peluang bagi dirinya untuk melepaskan diri dirasa sudah teramat tipis sementara Jeneral Musa pula begitu marahkannya hingga sudah bersiap sedia untuk menyembelihnya hidup-hidup.

"Dia ketika itu sudah mengacu barong (parang Sulu) ke leher saya untuk sembelih saya hidup-hidup," kata Ajmain, anak Ketua Kampung Tanjung Batu, Mahmud Mallang.


 Nyaris disembelih Jeneral Musa
Rumah penduduk yang digeledah pengganas Kiram.


 
Ditanya mengapa ketua pengganas Kiram itu begitu marahkannya, Ajmain berkata, puncanya kerana Jeneral Musa menyangka dia yang melaporkan kedudukan pengganas kepada pihak keselamatan.
 
"Kononnya kerana laporan sayalah, mereka (pengganas) dijejak dan diserang pada 1 Mac di Kampung Tanduo dan 2 Mac di Kampung Simunul, Semporna hingga menyebabkan beberapa pengikutnya mati dan ditangkap," katanya.

Menurut Ajmain, ketika itu Jeneral Musa diiringi kira-kira 50 pengikutnya yang mengarahkan dia dan penduduk lain berkumpul di satu tempat.

"Ketika itu kira-kira jam 9 pagi, saya berasa sangat takut," katanya.

Ajmain berkata, selain diacu parang, dia juga ditempeleng beberapa kali oleh Jeneral Musa.

“Saya hanya mampu berdoa, tiba-tiba ada seorang dari mereka menghalang Jeneral Musa dari membunuh saya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, pengganas Kiram turut membuat dua sekatan bagi menghalang penduduk Kampung Tanjung Batu keluar dari kawasan terbabit.

“Kami berjaya melepaskan diri apabila pengganas benarkan kami keluar. Ada juga berjaya keluar apabila pengganas beri wang untuk membeli barang-barang makanan,” katanya.



Sinar Harian

Saturday 30 March 2013

DOKTOR DIDAKWA BUNUH 7 PESAKIT UNTUK KOSONGKAN KATIL HOSPITAL

Dia didakwa memberi arahan memasukkan bahan-bahan sedatif dan ubat tahan sakit selain mengawal tahap oksigen dan penggunaan ubat-ubat lain, lapor CNN.

Doktor Brazil dituduh bunuh 7 pesakit, angka sebenar mungkin 300
Hospital Evangelico di mana Virginia Soares de Souza berkhidmat. - Foto ihsan Yahoo/Reuters

Doktor Brazil dituduh bunuh 7 pesakit, angka sebenar mungkin 300


CURITIBA, Brazil - Seorang doktor Brazil didakwa membunuh sekurang-kurangnya tujuh pesakit dalam usaha mengosongkan katil sebuah hospital di Curitiba, tenggara Brazil, semalam.


Virginia Helena Soares de Souza mengambil sekumpulan doktor untuk membantunya melakukan pembunuhan itu di Hospital Evangelico.

Dia didakwa memberi arahan memasukkan bahan-bahan sedatif dan ubat tahan sakit selain mengawal tahap oksigen dan penggunaan ubat-ubat lain, lapor CNN.

Tujuh pegawai penjagaan kesihatan turut didakwa bersama de Souza.

De Souza tidak mengaku salah.


Doktor Brazil dituduh bunuh 7 pesakit, angka sebenar mungkin 300
Virginia Helena Soares de Souza

Pendakwa raya mendakwa de Souza mencabut palam, tindakan yang bertentangan dengan hasrat seseorang pesakit dan keluarga mereka dan ia juga bercanggah dengan peruntukan undang-undang Brazil.

Polis pula berkata, doktor itu bertindak demikian bagi mengosongkan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan membebaskan 'suasana tidak menyenangkan', yang diakibatkan oleh pesakit.

De Souza yang ditahan bulan lalu dikatakan memberi arahan kepada kumpulan doktor terbabit antara 2006 dan 2013.

Dalam temu bual dengan rakan media CNN, TV Globo, doktor yang menyiasat kes itu, Mario Lobato berkata, jumlah kematian akibat tindakan de Souza kemungkinan lebih banyak.

Kata Lobato, pasukannya sedang menganalisis carta perubatan membabitkan lebih 1,700 pesakit dan menemu bual lebih ramai doktor.

Sepanjang tujuh tahun lalu, de Souza sendiri tidak menyenaraikan ubat-ubatan yang diberikan kepada pesakit terbabit tetapi ada mengarahkan doktor-doktor yang membantunya agar menukar peralatan pernafasan mekanikal.

Malah, de Souza juga membebarkan doktor terbabit melihat rekod-rekod perubatan untuk menyenaraikan ubat-ubat yang perlu atas namanya.

Peguam de Souza, Elias Mattar Assad berkata, beliau akan membuktikan arahan anak guamnya bersandarkan keperluan perubatan.


Sinar Harian

DATUK ABDUL RAHIM BAKAR | BEKAS IMAM BESAR MASJID KEPALA BATAS MENINGGAL DUNIA

"Arwah bapa menjadi imam masjid itu sejak dari muda lagi dan meletak jawatan sekitar tahun 2005 selepas keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan," katanya.


Bekas imam besar Masjid Kepala Batas meninggal dunia
Abdullah antara mereka mengambil bahagian dalam solat jenazah di Masjid Al-Jamiul Badawi.

Bekas imam besar Masjid Kepala Batas meninggal dunia


KEPALA BATAS - Bekas Imam Masjid Al-Jamiul Badawi Kepala Batas, Datuk Abdul Rahim Bakar meninggal dunia di rumahnya di sini, malam tadi


Anak sulungnya, Roslan Abdul Rahim berkata, bapanya menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11.50 malam dan selamat dikebumikan di tanah perkuburan masjid berkenaan jam 11.30 pagi tadi.

Beliau berkata, Allahyarham terlantar di rumah sejak tiga tahun lalu selepas terkena serangan angin ahmar.

"Arwah bapa menjadi imam masjid itu sejak dari muda lagi dan meletak jawatan sekitar tahun 2005 selepas keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan," katanya.

Allahyarham yang berusia 87 tahun menjadi imam masjid berkenaan lebih 50 tahun dan adalah kenalan bapa bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Abdul Rahim meninggalkan seorang balu, Datin Aishah Bakar dan lima anak.


Abdullah turut memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarham dan menyertai solat jenazah bersama jemaah lain di masjid berkenaan.


Sinar Harian

IRMA HASMIE & AYU RAUDHAH LAHIR BAYI LELAKI BEZA 6 JAM | GAMBAR ANAK IRMA HASMIE

“Alhamdulillah... Irma sudah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.93 kilogram pada 8.51 pagi tadi (semalam).

 anak Irma Hasmie
Foto putera sulung Irma dan suami, Redza

Irma Hasmie, Ayu Raudhah timang anak sulung


Tarikh 29 Mac 2013, pastinya memberi kenangan paling indah buat dua selebriti, Irma Hasmie dan Ayu Raudhah apabila kedua-duanya menimang putera sulung.

Lebih istimewa, kedua-dua aktres ini menimang cahaya mata dengan perbezaan masa kelahiran hanya enam jam.

Detik gembira ini dikongsi oleh suami mereka menerusi Twitter.  


Irma Hasmie
Irma dan suami, Redza


“Alhamdulillah... Irma sudah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.93 kilogram pada 8.51 pagi tadi (semalam).

“Saya sangat teruja bergelar ayah dan berharap bayi kami akan baik dan taat kepada suruhan ALLAH,” kata Redza, suami Irma Hasmie.

Sementara itu, pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha turut meluahkan rasa gembira dengan kelahiran cahaya mata pertamanya bersama Ayu Raudhah.  

“Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan putera sulung kami pada jam 2.17 petang tadi (Jumaat),” kata Zaquan.


Sinar Harian

TRAGEDI TIGA BERADIK MAIN 'MASAK-MASAK'

“Sebaik sahaja melihat perubahan kepada tiga beradik tersebut, ibu dan bapa mangsa membawa mereka ke Hospital Kelaboran untuk rawatan pada jam 7.30 malam. "Mereka kemudian dirujuk kepada Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) pada jam 9.30 malam untuk tindakan selanjutnya,” katanya.


Gambar Hiasan Carian Google

Keseronokan main ‘masak-masak’ tukar tragedi


KOTA BHARU - Keseronokan tiga beradik bermain ‘masak-masak’ bertukar tragedi apabila serbuk warna ungu kristal yang disangka pasir tidak berbahaya itu adalah sejenis racun rumput dan serangga.
 
Kejadian itu yang berlaku di Kampung Berangan, Tumpat menyebabkan Muhammad Aiman Mat Haluwi, 7, Muhammad Arsyad, 6, dan Nur Amanina,5, mengalami muntah-muntah dan lemah tubuh badan.
 
Pemangku Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superitendan Sharifuddin Yusof berkata, kejadian tersebut disedari oleh ibu mangsa, Siti Fatimah Yaacob, 36, kira-kira jam 6 petang semalam.


 
“Sebaik sahaja melihat perubahan kepada tiga beradik tersebut, ibu dan bapa mangsa membawa mereka ke Hospital Kelaboran untuk rawatan pada jam 7.30 malam. "Mereka kemudian dirujuk kepada Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) pada jam 9.30 malam untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
 
Menurutnya, ketika kejadian bapa mangsa, Mohd Mat Haluwi Yusof, 49, bekerja sebagai buruh binaan tidak berada di rumah manakala ibu, Siti Fatimah menjaga kedai runcit miliknya di hadapan rumah tersebut.
 
Beliau berkata, ketiga beradik tersebut yang dipercayai terhidu racun jenis ‘faradon’ itu kini berada dalam keadaan stabil, dan sudah boleh bercakap serta minum dengan baik.
 
Sharifuddin berkata, racun tersebut disimpan di stor belakang rumah dalam keadaan terdedah di mana bapa mangsa merupakan petani sambilan.
 
“Racun tersebut didakwa digunakan untuk membunuh rumput atau serangga dalam tanah dengan kegunaan ditanam ke dalam tanah.
 
“Semasa kejadian faradon disimpan dalam beg plastik lusuh dan berbentuk serbuk warna ungu kristal,” katanya.
 
Beliau berkata, menurut pegawai perubatan HRPZ II, kesan daripada menghidu racun tersebut boleh menyebabkan mangsa merasa pening dan muntah-muntah.
 
Sementara itu, abang mangsa Amirul Mat Haluwi, 19, berkata ketiga-tiga adiknya itu terhidu bahan berkenaan selepas dipercayai bermain "masak-masak" berhampiran rumah padi yang terletak di belakang rumah mereka.
 
“Racun berkenaan sudah lama dan plastiknya pecah. Ketiga-tiga adik saya ambil bahan tersebut yang dianggap sebagai pasir dan dijadikan sebagai permainan. Mereka kemudian mengalami pening dan muntah-muntah sebelum ibu dan ayah membawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui di HRPZ II di sini, hari ini.



Sinar Harian

Friday 29 March 2013

SAMSENG FACEBOOK | SISTEM TRAFIK PERCUMA FACEBOOK

TERBONGKAR!!!  Cara Gunakan Teknik 'SAMSENG' Untuk Merampas Trafik Percuma Dari FaceBook Sesuka Hati Tanpa Keluar Modal Satu Sen Pun Atau Merayu Kepada JV Partners Yang Sombong.

Nak buat duit dengan FaceBook tapi tak tahu caranya?


Berhenti dulu.. lihat video ini untuk membongkar rahsia mendapat trafik percuma dan tanpa had dari FaceBook:







Samseng FaceBook
Samseng FaceBook

Samseng di FaceBook?


Anda pasti pernah dengar mengenai teknik mendapat trafik percuma dari FaceBook menggunakan teknik "Samseng", betul tak?



Jangan ketinggalan, dapatkan maklumat lanjut DI SINI




Antara Testimoni-Testimoni Individu Yang Telah Berjaya Selepas Menggunakan Teknik Samseng FaceBook Ini Adalah Seperti Berikut :

"RM140 Jualan Dalam Satu Hari!"

"Trafik Naik Dalam Satu Jam"

"Sangat Berbaloi"

"Trafik Semakin Meningkat"

"Produk Yang Bagus Bagi Newbie"

Untuk membaca keseluruhan Testimoni mengenai keberkesanan penggunaan taktik Samseng FaceBook, sila klik Di Sini.


Jom Tempah Sekarang Sebelum Terlambat!!!

order
- Klik Banner Untuk Maklumat Lanjut Mengenai Samseng FaceBook -


Thursday 28 March 2013

AKSI LUCAH AHLI MAJLIS PBT | MB KEDAH DIGESA SIASAT

Klip video berdurasi satu minit 36 saat itu memaparkan seorang lelaki yang dipercayai anggota majlis tempatan membuka seluar dan menunjukkan kemaluannya, katanya pada sidang media di sini hari ini.


Siapa Ahli Majlis PBT Beraksi Lucah Menerusi Facebook?


MB Kedah Digesa Siasat Aksi Lucah 
Ahli Majlis PBT


KULIM - Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah hari ini mendesak kerajaan Kedah menyiasat dakwaan bahawa seorang anggota majlis tempatan di negeri itu terbabit dalam perlakuan lucah.
Pengerusinya Khairul Anuar Ramli berkata, rakaman perlakuan lucah itu dipapar menerusi blog 1cilipadi.blogspot.com awal hari ini.
Klip video berdurasi satu minit 36 saat itu memaparkan seorang lelaki yang dipercayai anggota majlis tempatan membuka seluar dan menunjukkan kemaluannya, katanya pada sidang media di sini hari ini.
Katanya, klip video itu dipercayai dirakam melalui satu perbualan antara pemimpin terbabit dengan seorang wanita menerusi aplikasi laman sosial Facebook.
Khairul Anuar yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Kedah berkata, lelaki berkenaan turut memegang jawatan dalam parti pakatan pembangkang di Kedah.
"Isu ini melibatkan moral. Sebelum ini, kita mendengar dakwaan perlakuan seks pemimpin pembangkang pusat. Sekarang pula melibatkan pemimpin peringkat cabang. Ini menunjukkan seks atau perlakuan lucah menjadi sebahagian daripada budaya pembangkang," katanya. - Bernama

Sinar Harian

Nota Jz :
Hmm.. Belum pun reda isu Raja Goyang 360 - Aksi Intim Mirip Anwar Ibrahim Sudah Dijangka.. keluar pulak aksi terlampau Ahli Majlis PBT ni.. Adoiii.. 

AKSI LELAKI PANJAT PAGAR CURI PAKAIAN DALAM DIRAKAM

Kejadian pada 24 Mac lalu itu dirakam kira-kira jam 4.30 pagi menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipasang seorang penduduk di jalan 2/4 taman tersebut.


Panjat pagar curi pakaian dalam
Aksi seorang lelaki mencuri pakaian dalam wanita di Taman Rimba berjaya dirakam CCTV pada 24 Mac lalu


Panjat pagar curi pakaian dalam


MENTAKAB – Misteri kehilangan pakaian dalam wanita di Taman Rimba, di sini, terjawab apabila seorang penduduk berjaya merakam aksi seorang lelaki melakukan kecurian ketika penghuni lain nyenyak tidur.

Kejadian pada 24 Mac lalu itu dirakam kira-kira jam 4.30 pagi menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipasang seorang penduduk di jalan 2/4 taman tersebut.

Penduduk dikenali sebagai Chin berkata, ketika kejadian, dia terdengar bunyi motosikal berlegar di halaman, namun tiada sebarang kegiatan mencurigakan apabila meninjau keadaan luar rumahnya.


Panjat pagar curi pakaian dalam
Aksi seorang lelaki mencuri pakaian dalam wanita di Taman Rimba berjaya dirakam CCTV pada 24 Mac lalu



“Saya kemudian periksa CCTV dan terkejut melihat aksi seorang lelaki sedang memanjat pagar rumah saya serta jiran,” katanya.

Chin berkata, keesokan harinya dia mendapat tahu jirannya seorang Melayu dan Cina kehilangan tudung serta seluar dalam, lalu memaklumkan perkara tersebut kepada mereka.

Menurutnya, penduduk pernah beberapa kali kehilangan pakaian dalam, namun tidak menyangka ia dilarikan pencuri.

Chin kemudiannya membuat laporan dan menyerahkan cakera padat berhubung kejadian tersebut kepada polis untuk membantu siasatan.

"Berdasarkan rakaman tersebut, suspek dipercayai lelaki tempatan memakai kain sarung memanjat tembok atau pagar setiap rumah untuk mengambil pakaian dalam dijemur di ampaian.

“Walaupun tiada barangan berharga yang hilang, tetapi kejadian tersebut sedikit mengganggu ketenteraman penduduk,” katanya.



Sinar Harian

FAM : BEBERAPA PEMAIN SELANGOR BAKAL DIHUKUM

Dalam insiden itu, penyerang Selangor, Mohd Afiq Azmi dikatakan melakukan provokasi melampau terhadap pemain ATM di bangku simpanan sehingga menimbulkan kekecohan antara kedua-dua pihak.



Beberapa pemain Selangor berdepan 
hukuman FAM


BEBERAPA pemain Selangor bakal berdepan dengan tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas terlibat dalam insiden pergaduhan dengan pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada aksi pusingan pertama Piala FA di Stadium Shah Alam, 25 Januari lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak, yang enggan menamakan pemain-pemain berkenaan, berkata kesemua mereka mungkin dijatuhkan hukuman sama sebagaimana yang diterima pemain ATM iaitu denda dan digantung permainan.
"Kita memutuskan untuk menutup kes selepas meneliti laporan daripada pengadil perlawanan serta memperoleh keterangan daripada kedua-dua pasukan," katanya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu hampir empat jam di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.
Dalam insiden itu, penyerang Selangor, Mohd Afiq Azmi dikatakan melakukan provokasi melampau terhadap pemain ATM di bangku simpanan sehingga menimbulkan kekecohan antara kedua-dua pihak.
Perlawanan itu dimenangi Selangor dengan keputusan 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada aksi 120 minit termasuk 30 minit masa tambahan.
Pada 21 Mac lepas, Jawatankuasa Tata Tertib memutuskan untuk menggantung empat pemain ATM antara dua hingga empat perlawanan selain mengenakan denda antara RM1,000 dan RM1,500 setiap seorang susulan pembabitan mereka dalam insiden pergaduhan berkenaan.
Empat pemain berkenaan iaitu penjaga gol, G Jeevananthan; pemain tengah, Mohd Shukor Adan; dan dua penyerang iaitu R Surendran dan Mohd Fitri Omar.
Kapten pasukan ATM, Hairuddin Omar pula diberi amaran keras oleh jawatankuasa itu.
Kesemua mereka bagaimanapun mendakwa tidak dipanggil untuk membela diri sebelum jawatankuasa berkenaan menjatuhkan hukuman terhadap mereka.
Sementara itu, jurulatih pasukan Selangor dan ATM yang dipanggil memberi keterangan pada mesyuarat berkenaan mempunyai pandangan berbeza mengenai isu pergaduhan tersebut.
Ketua jurulatih Selangor, Irfan Bakti tetap mempertahankan anak didiknya walaupun terdapat beberapa laporan akhbar yang menyatakan mereka bersalah dalam insiden itu.
"Ada yang menyatakan Mohd Afiq yang memulakan provokasi namun kita tidak harus menyalahkan beliau yang hanya meraikan kemenangan pasukan kita, namun apa yang saya beritahu kepada jawatankuasa adalah selesaikan cara baik," katanya.
Berbeza pula dengan ketua jurulatih ATM, S.Sathianathan yang enggan menyebelahi mana-mana pihak dan sebaliknya menyerahkan keputusan kepada jawatankuasa itu untuk tindakan lanjut.
"Saya memberi keterangan (kepada Jawatankuasa Tata Tertib) berdasarkan apa yang saya nampak semasa dan selepas perlawanan itu. Saya tidak akan membela mana-mana pemain termasuk pemain saya sekiranya mereka didapati bersalah kerana pemain berkenaan harus bertanggungjawab," tambahnya. - Bernama

Sinar Harian