Pages

Monday 18 March 2013

SABAH TERKINI : 'SULTAN SULU' ARAH PENGIKUT LANCAR PERANG GERILA

“Mereka sudah berada di tanah air mereka sendiri (Sabah), jadi mengapa mesti mahu kembali?" kata Jamalul ditemui pemberita di kediamannya semalam.
eroboh Sabah: Pengikut Sultan Sulu enggan serah diri
'Sultan Sulu' arah pengikut lancar perang gerila



Pengikut Jamalul Kiram tidak mahu berundur


MANILA - Pengikut Jamalul Kiram III, yang mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu, tidak mahu berundur dari Sabah, sebaliknya mengarahkan mereka melancarkan perang gerila terhadap pasukan keselamatan Malaysia.
Jamalul berkata pengunduran pengikutnya yang diketuai oleh Agbimuddin Kiram bukanlah pilihan mereka.

“Mereka sudah berada di tanah air mereka sendiri (Sabah), jadi mengapa mesti mahu kembali?" kata Jamalul ditemui pemberita di kediamannya semalam.

Jurucakap Jamalul, Abraham Idjirani berkata, perjuangan mereka di Sabah akan diteruskan.

Laman web www.abs-cbnnews.com menyebut perintah gencatan senjata yang dikeluarkan Jamlul telah ditarik balik dan pengikutnya diarahkan untuk meneruskan operasi mereka di Malaysia.

Ini bertentangan dengan laporan media Malaysia yang mengatakan Agbimuddin dan para pengikutkan sudah melarikan diri ke Filipina.

Sebaliknya, seorang pegawai keselamatan yang tidak mahu identinya dikenali berkata yang Agbimuddin sudah tiba di Sulu bersama pengiring beliau dengan beberapa daripada mereka terdiri daripada Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF).

Pihak Jamalul  turut mengesahkan yang pengikutnya berjaya melarikan diri daripada ditahan pihak berkuasa Malaysia dan kini selamat di hutan di Sabah.

Beliau berkata yang pihaknya kini hanya berserah nasib pengikutnya kepada ALLAH S.W.T dan cukup yakin yang matlamat utama mereka akan tercapai.

“Saya yakin akan mencapai matlamat kita,” katanya.

Jamalul turut menegaskan yang pihaknya lebih rela mati daripada menyerahkan kehormatan mereka.


Sinar Harian

No comments:

Post a Comment