Pages

Saturday, 30 March 2013

DATUK ABDUL RAHIM BAKAR | BEKAS IMAM BESAR MASJID KEPALA BATAS MENINGGAL DUNIA

"Arwah bapa menjadi imam masjid itu sejak dari muda lagi dan meletak jawatan sekitar tahun 2005 selepas keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan," katanya.


Bekas imam besar Masjid Kepala Batas meninggal dunia
Abdullah antara mereka mengambil bahagian dalam solat jenazah di Masjid Al-Jamiul Badawi.

Bekas imam besar Masjid Kepala Batas meninggal dunia


KEPALA BATAS - Bekas Imam Masjid Al-Jamiul Badawi Kepala Batas, Datuk Abdul Rahim Bakar meninggal dunia di rumahnya di sini, malam tadi


Anak sulungnya, Roslan Abdul Rahim berkata, bapanya menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11.50 malam dan selamat dikebumikan di tanah perkuburan masjid berkenaan jam 11.30 pagi tadi.

Beliau berkata, Allahyarham terlantar di rumah sejak tiga tahun lalu selepas terkena serangan angin ahmar.

"Arwah bapa menjadi imam masjid itu sejak dari muda lagi dan meletak jawatan sekitar tahun 2005 selepas keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan," katanya.

Allahyarham yang berusia 87 tahun menjadi imam masjid berkenaan lebih 50 tahun dan adalah kenalan bapa bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Abdul Rahim meninggalkan seorang balu, Datin Aishah Bakar dan lima anak.


Abdullah turut memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarham dan menyertai solat jenazah bersama jemaah lain di masjid berkenaan.


Sinar Harian

No comments:

Post a Comment