Mengulas dakwaan Bob Lokman mengenai program Jelajah Janji Ditepati oleh Barisan Nasional sebagai lebih teruk dari iblis ketika ceramahnya baru-baru ini, Mahhadee berkata, keadaan itu tidak sewajarnya berlaku bagi seorang artis yang mempunyai latar belakang agama yang baik termasuk memperolehi empat senawi dan kelulusan agama yang tinggi.
Sebahagian ahli Perkasa yang memberi sokongan penuh untuk membantu memenangkan BN |
- Golongan 'artis Pas' taktik raih undi -
IPOH – Perkasa Perak melihat kemunculan kalangan artis dalam setiap program Pas hanya untuk meraih undi menkelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Ketua Penerangannya, Mahhadee Ramli berkata, penampilan golongan itu tidak lebih sekadar usaha Pas mahu menonjolkan eleman popular semata-mata.
“Ini langkah mereka untuk meraih undi, mereka mengharapkan penglibatan artis ini kelak mampu menarik perhatian rakyat,” katanya pada sidang media, di sini.
Mengulas lanjut, Mahhadee berkata, kredibiliti golongan artis itu juga boleh dipertikai apabila terdapat fakta tidak tepat dikesan terutama ketika mereka berbicara mengenai isu agama.
“Lebih baik mereka diam, pada saya bab agamanya tidaklah terlalu hebat untuk diperkatakan,” katanya.
Mengulas dakwaan Bob Lokman mengenai program Jelajah Janji Ditepati oleh Barisan Nasional sebagai lebih teruk dari iblis ketika ceramahnya baru-baru ini, Mahhadee berkata, keadaan itu tidak sewajarnya berlaku bagi seorang artis yang mempunyai latar belakang agama yang baik termasuk memperolehi empat senawi dan kelulusan agama yang tinggi.
“Dia hanya penceramah Pas dan mengeluarkan fakta-fakta sesat lagi menyesatkan. Itu yang kita nampak sebenarnya,” katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua Perkasa Perak, Md Yusuf Alang Ahmad berkata, manifesto yang dilaksanakan PR hanya janji manis semata-mata, tidak mempunyai perundingan yang jelas serta tidak terancang.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment