Pages

Sunday 3 March 2013

FFM25 : SENARAI KEPUTUSAN PENUH / BUNOHAN MENANG BESAR


Acara karpet merah yang bermula jam 7.30 malam tadi menyaksikan barisan artis menggayakan busana berwarna-warni penuh anggun dan segak. Majlis diacarakan gandingan pengacara, Erra Fazira dan Fahrin Ahmad.


 filem Bunohan
Bunohan menang besar

- FFM25: Bunohan Menang Besar -

FILEM berlatarbelakangkan negeri Kelantan, Bunohan menang besar dalam Festival Filem Malaysia ke-25 yang majlis penyampaian berlangsung malam ini.
Bunohan, hasil arahan Dain Iskandar Said itu membolot lapan daripada 24 kategori yang dipertandingkan dalam FFM25.
Antaranya, Pengarah Filem Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik dan Penataan Bunyi Terbaik.
Ketika menerima anugerah Pengarah Filem Terbaik, Dain berkata, perjalanannya memang jauh sebelum diberi pengiktirafan.
"Perjalanan kita memang jauh untuk sampai sini. Walaupun filem ditayang di mana-mana tetapi di tanah air juga kita unggul," katanya.
Beliau juga menerima anugerah Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik dan Penataan Seni Terbaik bagi filem itu.
Pelakon utama filem itu, Faizal Hussien dinobatkan Pelakon Lelaki Terbaik menewaskan calon filem sama, Zahiril Adzim dan Pekin Ibrahim.
Malah Faizal menewaskan Shaheizy Sam yang menerima dua pencalonan menerusi filem Songlap dan SAM.





- FFM25: Filem Terbaik Bunohan -


Anugerah Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) sedang berlangsung di Putrajaya dengan pembukaan klip filem tahun-tahun lalu yang dialih suara.


Acara karpet merah yang bermula jam 7.30 malam tadi menyaksikan barisan artis menggayakan busana berwarna-warni penuh anggun dan segak. Majlis diacarakan gandingan pengacara, Erra Fazira dan Fahrin Ahmad.

Filem Ombak Rindu memenangi Anugerah Filem Box Office.


14 anugerah perdana dan lima anugerah khas bakal disampaikan, malam ini.

Senarai pemenang
Anugerah Penyunting Terbaik: Wong Hui Lynn (Songlap)


Anugerah Cerita Asal Terbaik: Dain Iskandar Said (Bunohan)



Anugerah Pelakon Harapan Wanita: Jojo Goh (29 Februari)



Anugerah Pelakon Harapan Lelaki: Izzue Islam (29 Februari)



Anugerah Lakon Layar Terbaik: Dain Iskandar Said (Bunohan)



Anugerah Sinematografi Terbaik: Haris Hue Abdullah (Songlap)



Anugerah Khas Sepanjang Hayat Wanita - Seniwati Mariani Ismail



Anugerah Khas Sepanjang Hayat Lelaki - Datuk Aziz Satar

Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Normah Damanhuri (Songlap)


Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Syafie Naswip (Songlap)

Anugerah Khas Juri: Filem Vajram
Anugerah Pelakon Wanita Terbaik: Maya Karin (Ombak Rindu)


Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik: Faizal Hussien (Bunohan)

Anugerah Filem Bukan Melayu Terbaik - Petaling Street Warriors (Juita Entertainment Sdn Bhd)


Anugerah Pengarah Terbaik - Dain Iskandar Said (Bunohan)

Filem Terbaik FFM25 : Bunohan
Anugerah Khas Juri: Rhythm and Muse Studio (Life of Pi)
Anugerah Pembela Seni dan Budaya Malaysia: Datuk Seri Dr Rais Yatim


Sinar Harian

No comments:

Post a Comment