Pages

Sunday 3 March 2013

KINI TONTON YOUTUBE DI TELEVISYEN

Emagine yang berfungsi dengan menggunakan Internet jalur lebar berkelajuan tinggi menawarkan cara mudah untuk menonton rancangan dan hiburan dalam talian di televisyen rumah dengan hanya satu klik pada alat kawalan jauh televisyen.

Tonton YouTube di TV
(Dari kiri) Goh, Pengarah Music Tone Datuk Andrew Tan, Pengarah dan Pengerusi Select-TV Kim Tham, Pengarah Urusan Lazada Malaysia Mahmoud Fouz, dan Ketua Emagineer James Chong.

- Tonton YouTube di TV -

Penyedia penyelesaian Televisyen Protokol Internet (IPTV) Select-TV Solutions Sdn Bhd melancarkan Emagine, perkhidmatan TV Sambungan tempatan pertama Malaysia yang membawa hiburan dalam talian terus ke televisyen.

Emagine yang berfungsi dengan menggunakan Internet jalur lebar berkelajuan tinggi menawarkan cara mudah untuk menonton rancangan dan hiburan dalam talian di televisyen rumah dengan hanya satu klik pada alat kawalan jauh televisyen.

"Internet telah mengubah kehidupan kita, dengan empat bilion jam video ditonton setiap bulan di saluran laman YouTube sahaja, dan lebih 72 jam video dimuat naik setiap minit.

"Menonton pelbagai hiburan dan pembelajaran dalam talian hanya di komputer, tablet atau telefon bukan lagi sesuatu yang memuaskan," menurut CEO Select-TV CS Goh semasa majlis pelancarannya, Khamis lalu.

Menurutnya, pengguna mahukan cara lebih mudah dan menyeronokkan semasa menonton video dalam talian dengan menyambungkan Internet kepada televisyen di rumah mereka, menyebabkan alat seperti Apple TV, Google TV dan Rokuin mula diperkenalkan di Amerika Syarikat bagi memenuhi permintaan ini.

Emagine tidak hanya menyambung televisyen kepada Internet tetapi mempersembahkan video menepati kehendak penonton televisyen dengan menyediakan reka letak lebih baik.

Selain itu, Emagine juga akan memilih video paling popular dalam talian melalui aplikasi Emagine Picks dan dipancar terus di kaca televisyen.

Emagine kini dijual dalam talian di laman membeli-belah www.lazada.com.my pada harga RM399 tanpa kontrak atau yuran tambahan dan didatangkan dengan jaminan 12 bulan.

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment