Pages

Friday, 22 March 2013

ADI PUTRA DILARANG BERLAKON BERSAMA RITA RUDAINI?

Sejujurnya saya tidak tahu langsung mengenai perkara ini dan kalau boleh saya tidak mahu ada kena mengena dengan perkara tersebut kerana masalah ini adalah masalah mereka berdua. Lagi pun hal rumah tangga adalah sangat peribadi.


Adi Putra
Adi Putra


Dilarang berlakon bersama Rita Rudaini?


BARU-baru ini, menerusi sebuah portal hiburan, aktres Rita Rudaini mengakui suaminya, Aidil Zafuan Abdul Razak yang juga pemain bola sepak kebangsaan pernah melarangnya berlakon bersama dengan aktor yang berasal dari Singapura.

Justeru, ramai meneka aktor yang dimaksudkan berasal dari Singapura itu adalah Adi Putra.

Apatah lagi, mereka berdua digandingkan bersama dalam drama bersiri yang semakin popular, Sehangat Asmara.

Kesempatan berjumpa dengan jejaka yang menjadi idaman ramai ini semasa pelancaran filem Langgar, kelmarin, memberi peluang kepada media mendapatkan komen berkaitan 'larangan' tersebut.

"Sejujurnya saya tidak tahu langsung mengenai perkara ini dan kalau boleh saya tidak mahu ada kena mengena dengan perkara tersebut kerana masalah ini adalah masalah mereka berdua. Lagi pun hal rumah tangga adalah sangat peribadi.

"Sepanjang berlakon bersamanya dalam Sehangat Asmara, saya juga tidak pernah bertanya mengenai perihal rumah tangganya. Saya hanya berkarya dan tidak lebih daripada itu.

"Cuma satu perkara, sekiranya suami tidak suka anda melakukan sesuatu perkara yang dia tidak gemari, anda haruslah akur kerana suami ialah khalifah dan pembimbing dalam kehidupan berkeluarga,” katanya ringkas.


Bukan watak ulangan

Dalam pada itu, berbicara mengenai lakonan terbarunya, Adi berkata, dia menjayakan watak Nizam dalam Langgar, di mana mengisahkan tentang seorang suami yang sanggup membuat apa saja demi menuntut bela atas kematian isteri dan anaknya.

Bagaimanapun, Adi berkata, Nizam bukanlah watak ulangan yang dijayakan, biarpun dia pernah menggalas watak seorang gangster sebelum ini.

"Nizam adalah mangsa keadaan. Dia seorang cikgu sekolah, tetapi kerana terpaksa dan juga kerana dendam, dia sanggup melakukan apa saja.

"Kesemua aksi di dalam filem ini saya lakukan sendiri.

"Namun, cabaran paling besar adalah kami menjalani penggambaran filem tersebut ketika Ramadan pada 2011," ujarnya.


Filem arahan pertama

Dalam perkembangan lain, Adi berkata, dia akan memulakan penggambaran filem pertama arahannya, Suami Aku Ustaz, akhir April ini.

Katanya, filem yang diadaptasi daripada novel berjudul sama karya Hannah Dhaniyah adalah projek pertama syarikat produksinya, Nur ADP Sdn Bhd.

"Buat masa ini, kami masih dalam proses pra produksi melibatkan skrip dan sebagainya. Saya juga enggan mendedahkan lagi siapa hero filem ini.

"Ada sedikit rombakan bagi mengikut kesesuaian pada masa kini dan saya juga akan berjumpa penulisnya dalam masa terdekat," katanya yang menyukai jalan cerita novel tersebut.


Teruja sejak bergelar bapa

MENYENTUH pengalaman bergelar bapa kepada Zara Adelia Haadi, yang kini berusia lima bulan, memberi satu momen yang begitu berharga buat Adi.

Ditanya adakah dia akan mengambil lagi anak angkat sekiranya masih gagal mempunyai zuriat sendiri, Adi berkata: "Kami sentiasa berusaha untuk memiliki zuriat sendiri dan tidak pernah memberatkan kepala mengenai cahaya mata.

"Sekiranya kami masih tidak mempunyai rezeki dikurniakan anak, kami tidak keberatan untuk mengambil anak angkat lagi selepas ini," katanya.



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment