"Semua pihak kena siasat. Filipina, Presiden Aquino pun nak tahu apa sebenarnya. Perkara ini satu embarrassment (penghinaan) yang besar kepada kerajaan Filipina.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menurunkan tandatangan sejurus tiba di gerai E-Perolehan, Kementerian Kewangan Negara. |
Baca ini juga : Kronologi Pencerobohan Askar Diraja Kesultanan Sulu dan ini Sultan Sulu Tidak Diiktiraf
Ceroboh Sabah: Najib arah siasat dakwaan pemimpin pembangkang terlibat
KANGAR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pihak berkuasa terutama pihak risikan menyiasat dakwaan bahawa ada pemimpin pembangkang terlibat dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.
Katanya dakwaan itu suatu perkara yang serius tetapi dakwaan itu memerlukan bukti kukuh bagi mengenal pasti dalang di sebalik kejadian itu.
Beliau juga hairan kenapa kumpulan itu datang ke Sabah ketika ini semasa negara sedang hampir untuk mengadakan pilihan raya umum sedangkan tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah sudah lama dibuat.
"Semua pihak kena siasat. Filipina, Presiden Aquino pun nak tahu apa sebenarnya. Perkara ini satu embarrassment (penghinaan) yang besar kepada kerajaan Filipina.
"Mereka tak reda warga mereka terlibat dengan pencerobohan, mengganas, guna senjata dan bunuh orang kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kampus Induk Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Pauh, dekat sini hari ini. - Bernama
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment