Lain pula ceritanya isteri kepada trio adik-beradik KRU, Yusry Abdul Halim ini, dipaksa kahwin dengan lelaki lebih tua dan terpaksa hidup dengan lelaki yang tidak dicintainya merupakan perkara serius yang berlaku terhadap kehidupan Lynn iaitu watak yang dipegangnya.
Anzalna Nasir, Lisa Surihani, Adrea Abdullah dan Nasha Aziz. |
'Desperate Housewives'
Mungkin ramai yang menyamakan drama terbaru terbitan KRU Studios ini dengan drama bersiri popular Hollywood, Desperate Housewives yang diterajui empat aktres jelita Hollywood iaitu Teri Hatcher, Felicity Huffman, Marcia Cross dan Eva Longoria.
Sementelah lagi, ia turut memaparkan plot yang turut mengetengahkan perjalanan hidup empat wanita seakan drama itu.
Pun begitu, perkara ini dinafikan oleh pengarahnya, Nizam Zakaria yang mengatakan drama bersiri yang diberi judul, Maskara ini bukanlah diilhamkan daripada drama tersebut.
Sebaliknya, drama arahannya itu tampil dengan konsep yang berbeza.
"Mana-mana drama atau filem yang pernah dihasilkan secara kebetulannya akan mengangkat tema yang sama, namun plot, skrip dan watak yang dipaparkan biasanya akan menunjukkan perbezaan.
"Misalnya, selain Desperate Housewives, banyak lagi drama Hollywood lain yang turut memaparkan suka duka wanita di sana.
"Cuma, cara menyampaikan drama tersebut digarap dengan aspek yang berbeza," katanya di majlis sidang media drama itu, baru-baru ini.
Mengulas lanjut mengenai drama tersebut, ujar Nizam, drama ini turut dihasilkan dalam misi memberi fokus kepada kehidupan sekumpulan wanita yang berhadapan dengan masalah harian yang dihadapi mereka.
"Seperti yang saya katakan, drama ini sangat berbeza kerana kami menggunakan elemen 'mockumentary' yang pastinya lebih segar berbanding drama bersiri yang sedia ada di negara ini.
"Apa pun, empat wanita yang menjadi teraju utama ini juga tidak sama dengan pelakon Desperate Housewives yang lebih matang, kerana pelakon Maskara berusia dari awal 20-an sehingga lewat 30-an," katanya mengambil masa setahun untuk memikirkan konsep dan jalan cerita bagi memastikan drama ini tampil hebat di mata penonton.
Dalam pada itu, drama yang akan memulakan siarannya di Slot Tayangan Perdana jam 10 malam saluran RTM TV1 setiap Khamis bermula April ini turut diterajui pelakon jelita tanah air iaitu Nasha Aziz, Lisa Surihani, Anzalna Nasir dan Adrea Abdullah.
Mega Drama: Maskara |
Inspirasi wanita
Memegang peranan sebagai Liza menerusi drama ini, pastinya peminat aktres bertubuh langsing ini merindui kehadirannya di layar skrin selepas muncul kali terakhir dalam filem Sepi sekitar lima tahun lalu.
Bagaimanapun ujar wanita berusia 41 tahun ini, dia hanya akan berlakon jika merasakan watak yang dibawa mampu memberi inspirasi kepada penonton.
Bicara Nasha, satu kepuasan baginya jika dapat menyampaikan mesej kepada mereka yang melihat lakonannya.
"Seperti dalam filem ini, watak Liza iaitu seorang ibu tunggal yang berusia 30-an, adalah peranan yang sangat sinonim dengan masyarakat kita.
"Sebab itu saya menerima tawaran memegang watak ini sebab saya yakin ramai yang mengalami situasi ini di luar sana," katanya tertarik dengan tawaran tersebut kerana yakin Liza adalah karakter yang positif dan mampu memberi nilai murni kepada penonton.
Berkongsi pengalamannya berlakon dalam drama ini pula, akui Nasha, dapat bekerjasama dengan Lisa, Anzalna dan Adrea merupakan satu waktu yang hebat baginya.
"Mereka pelakon yang bagus dan menariknya, banyak ilmu dapat kami kongsi bersama," ujarnya berharap menerusi drama ini dia dapat membantu wanita yang mengalami nasib sama seperti Liza.
Lisa kahwin lelaki lebih tua
Lain pula ceritanya isteri kepada trio adik-beradik KRU, Yusry Abdul Halim ini, dipaksa kahwin dengan lelaki lebih tua dan terpaksa hidup dengan lelaki yang tidak dicintainya merupakan perkara serius yang berlaku terhadap kehidupan Lynn iaitu watak yang dipegangnya.
Meskipun kehidupan yang dilalui agak sukar, Lisa bagaimanapun memberitahu, dia begitu teruja kerana diberikan tawaran menjadi Lynn.
"Pada awalnya, saya mendapat tahu akan memegang peranan yang dilakonkan oleh Anzalna iaitu sebagai Hani, tetapi akhirnya saya mendapat pengesahan memainkan watak Lynn.
"Apa pun saya tidak kisah kerana watak ini mempunyai kekuatannya tersendiri," jelas Lisa yang kali kedua berlakon berkahwin dengan lelaki yang lebih tua.
Ditanya pengalamannya menjadi Lynn, bicara Lisa, ia adalah pengalaman hebat kerana perlu memberontak dalam diam akibat terpaksa berkahwin dengan lelaki tersebut.
"Ia agak mencabar kerana saya perlu bermain dengan banyak emosi dan protes terhadap suami.
"Saya yakin, bukan sahaja saya, sebaliknya jika wanita yang mengalami nasib sama, pasti melakukan perkara sedemikian.
"Jadi, di sini saya harap dapat mendidik mereka agar lebih kuat dan yakin pada diri," katanya teruja berdampingan bersama Nasha.
Dekat dengan penonton
Sementara itu, bintang filem Kahwin 5, Adrea berkata, berpeluang berlakon dalam drama ini adalah satu pengalaman berharga baginya.
Selain dapat bergandingan bersama pelakon popular tempatan iaitu Nasha dan Lisa, dia mengakui drama ini amat tepat dan dekat dengan penonton di Malaysia.
"Ia bukan sahaja memaparkan kehidupan kami sebagai wanita yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai konflik, tetapi mengajar kami agar turut peka dengan masalah yang dihadapi rakan-rakan.
"Misalnya, dalam Maskara, kami empat sekawan sentiasa melindungi antara satu sama lain dan saya sendiri sangat pelindung orangnya.
"Apa juga yang berlaku terhadap kawan saya, saya sentiasa di belakang untuk membantu," ujarnya memainkan peranan sebagai Sue.
Sue dalam drama ini seorang wanita yang mempunyai seorang adik lelaki lakonan Izzue Islam yang sangat mementingkan karier.
Bercakap mengenai wataknya itu, ujar Adrea, menjadi wanita yang sentiasa fokus terhadap karier namun sentiasa 'dipijak' sangat mencabar dirinya.
"Saya menjadi tertekan kerana usaha saya tidak diberi perhatian, sebaliknya, pihak atasan lebih mengutamakan 'lelaki' di pejabat," besar harapannya agar wanita di luar sana mendapat mesej yang hendak disampaikan.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment