Pages

Showing posts with label Lisa Surihani. Show all posts
Showing posts with label Lisa Surihani. Show all posts

Thursday, 21 March 2013

LISA SURIHANI KONGSI RAHSIA UNTUK KEKAL REMAJA

Jom kita kongsi rahsia Lisa yang bakal meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-26 pada Sabtu ini, tentang amalan kecantikan dan kesihatan yang diamalkannya...


Lisa Surihani
Lisa Surihani

Lisa Surihani amalkan '6 to 1' untuk 
kekal remaja...


SIAPA yang tidak kenal dengan wanita cantik berdarah Melayu-Bugis ini.

Senyuman tidak pernah lekang di wajahnya, sebab itulah, dia sentiasa disenangi sesiapa sahaja, ke mana sahaja dia pergi.

Sedikit mengenai bintang filem Ombak Rindu ini, dia mula mencuri tumpuan pengarah drama dan fi lem apabila wajahnya sering muncul di kaca televisyen sebagai model iklan komersial sekitar 2000.

Kemudian, rezeki berpihak kepadanya, apabila dipilih membintangi filem pertamanya, iaitu Goodbye Boys arahan Bernard Chauly pada 2006.

Kini setelah hampir 10 tahun berada dalam bidang ini, kecantikan isteri anggota kumpulan trio adik-beradik, KRU, Yusry Abdul Halim ini semakin terserlah.

Agaknya, bagaimana empunya nama Lisa Surihani Mohamed ini mengekalkan keremajaannya?

Ini kerana, selain bertubuh langsing, duta produk kecantikan Garnier ini juga mempunyai kulit mulus dan cantik yang didambakan wanita di luar sana.

Jom kita kongsi rahsia Lisa yang bakal meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-26 pada Sabtu ini, tentang amalan kecantikan dan kesihatan yang diamalkannya...

Walau pun sudah mendirikan rumah tangga, namun Lisa masih mampu mengekalkan berat badan seperti sewaktu anak dara, apa petua Lisa ya?

Sebenarnya, tiada apa-apa petua yang saya amalkan, saya juga makan seperti biasa, saya tidak pernah meninggalkan nasi.  Lagi pun selepas kahwin, badan saya juga naik cuma apabila saya sedar, saya mula mengawal pemakanan.

Boleh kongsi, apa yang anda lakukan untuk mantain berat badan?

Saya tidaklah mengamalkan diet ketat, cuma saya tidak lagi makan nasi daripada beras biasa, sebaliknya hanya makan nasi menggunakan beras yang tidak berkanji. Alhamdulillah, selama enam bulan melakukannya, berat badan saya telah berkurangan.

Adakah anda seorang yang gemar bersenam? 

Jadual kerja saya sangat padat, memang saya tak punya masa untuk bersenam. Senaman bagi saya hanyalah ketika turun atau naik tangga dan berjalan untuk ke sesuatu acara yang saya pergi. Mungkin sudah nasib saya kerana tidak mempunyai masalah berat yang keterlaluan.

Beralih kepada produk penjagaan kulit wajah pula, apakah produk pilihan anda?

Sebagai duta produk Garnier, memang saya menggunakan produk ini setiap masa. Lagi pun, ia telah menjadi pilihan saya sejak remaja lagi. Setakat ini ia memang kena dengan kulit saya.

Adakah anda mengamalkan petua lain, mungkin yang berunsur tradisional?

Kalau nak kata pakai bedak sejuk ke, putih telur ke, memang tiadalah, saya memang menyerahkan tugasan ini kepada Garnier sahaja. Cuma, apa yang saya amalkan adalah '6 to 1', yang mana, setelah menggunakan satu produk itu selama enam hari, hari ketujuhnya gunakan produk (masih dalam jenama yang sama, cuma berbeza fungsi) yang lain pula.

Mengapa perlu melakukan rutin sebegitu?

Sebenarnya, jika terlalu lama menggunakan produk yang sama, kulit kita akan imun dengan kesannya, jadi untuk mengelakkan ia kurang berkesan, kaedah ini adalah yang terbaik. Ia memang sudah tertulis dalam mana-mana majalah kecantikan sama ada di Malaysia mahu pun luar negara.

Anda juga mempunyai rambut yang sihat, boleh kongsi produk penjagaan rambut yang digunakan...

Untuk rambut, saya juga menggunakan kaedah '6 to 1', cuma produk apa, tak perlulah saya dedahkan di sini...

Anda juga sentiasa tampil cantik dan bergaya apabila menghadiri sesuatu acara, adakah di luar anda juga begitu?

Saya seorang yang sangat simple, saya adalah wanita T-Shirt dan Jeans, malah apabila keluar, saya hanya mengenakan solekan ringkas sahaja bahkan saya seorang yang tidak suka menyikat rambut.

Selain sibuk dengan karier, apakah yang akan anda lakukan apabila mempunyai waktu terluang?

Sudah pastilah saya akan berehat dan menghabiskan masa di rumah. Paling jauh pun, saya dan suami hanya menonton wayang bersama.

Sedikit mengenai perkembangan terbaru anda...

Selain drama Maskara yang akan disiarkan bermula April ini di saluran TV1, Lisa juga baru sahaja selesai penggambaran filem Jawa Taiko.



Sinar Harian

Monday, 18 March 2013

ANZALNA, LISA SURIHANI, ADREA ABDULLAH & NASHA AZIZ 'DESPERATE HOUSEWIVES' MALAYSIA?

Lain pula ceritanya isteri kepada trio adik-beradik KRU, Yusry Abdul Halim ini, dipaksa kahwin dengan lelaki lebih tua dan terpaksa hidup dengan lelaki yang tidak dicintainya merupakan perkara serius yang berlaku terhadap kehidupan Lynn iaitu watak yang dipegangnya.

Anzalna Nasir, Lisa Surihani, Adrea Abdullah dan Nasha Aziz.
Anzalna Nasir, Lisa Surihani, Adrea Abdullah dan Nasha Aziz.

'Desperate Housewives'


Mungkin ramai yang menyamakan drama terbaru terbitan KRU Studios ini dengan drama bersiri popular Hollywood, Desperate Housewives yang diterajui empat aktres jelita Hollywood iaitu Teri Hatcher, Felicity Huffman, Marcia Cross dan Eva Longoria.


Sementelah lagi, ia turut memaparkan plot yang turut mengetengahkan perjalanan hidup empat wanita seakan drama itu.

Pun begitu, perkara ini dinafikan oleh pengarahnya, Nizam Zakaria yang mengatakan drama bersiri yang diberi judul, Maskara ini bukanlah diilhamkan daripada drama tersebut.

Sebaliknya, drama arahannya itu tampil dengan konsep yang berbeza.

"Mana-mana drama atau filem yang pernah dihasilkan secara kebetulannya akan mengangkat tema yang sama, namun plot, skrip dan watak yang dipaparkan biasanya akan menunjukkan perbezaan.

"Misalnya, selain Desperate Housewives, banyak lagi drama Hollywood lain yang turut memaparkan suka duka wanita di sana.

"Cuma, cara menyampaikan drama tersebut digarap dengan aspek yang berbeza," katanya di majlis sidang media drama itu, baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai drama tersebut, ujar Nizam, drama ini turut dihasilkan dalam misi memberi fokus kepada kehidupan sekumpulan wanita yang berhadapan dengan masalah harian yang dihadapi mereka.

"Seperti yang saya katakan, drama ini sangat berbeza kerana kami menggunakan elemen 'mockumentary' yang pastinya lebih segar berbanding drama bersiri yang sedia ada di negara ini.

"Apa pun, empat wanita yang menjadi teraju utama ini juga tidak sama dengan pelakon Desperate Housewives yang lebih matang, kerana pelakon Maskara berusia dari awal 20-an sehingga lewat 30-an," katanya mengambil masa setahun untuk memikirkan konsep dan jalan cerita bagi memastikan drama ini tampil hebat di mata penonton.


Dalam pada itu, drama yang akan memulakan siarannya di Slot Tayangan Perdana jam 10 malam saluran RTM TV1 setiap Khamis bermula April ini turut diterajui pelakon jelita tanah air iaitu Nasha Aziz, Lisa Surihani, Anzalna Nasir dan Adrea Abdullah.



Maskara
Mega Drama: Maskara




Inspirasi wanita

Memegang peranan sebagai Liza menerusi drama ini, pastinya peminat aktres bertubuh langsing ini merindui kehadirannya di layar skrin selepas muncul kali terakhir dalam filem Sepi sekitar lima tahun lalu.

Bagaimanapun ujar wanita berusia 41 tahun ini, dia hanya akan berlakon jika merasakan watak yang dibawa mampu memberi inspirasi kepada penonton.

Bicara Nasha, satu kepuasan baginya jika dapat menyampaikan mesej kepada mereka yang melihat lakonannya.

"Seperti dalam filem ini, watak Liza iaitu seorang ibu tunggal yang berusia 30-an, adalah peranan yang sangat sinonim dengan masyarakat kita.

"Sebab itu saya menerima tawaran memegang watak ini sebab saya yakin ramai yang mengalami situasi ini di luar sana," katanya tertarik dengan tawaran tersebut kerana yakin Liza adalah karakter yang positif dan mampu memberi nilai murni kepada penonton.

Berkongsi pengalamannya berlakon dalam drama ini pula, akui Nasha, dapat bekerjasama dengan Lisa, Anzalna dan Adrea merupakan satu waktu yang hebat baginya.

"Mereka pelakon yang bagus dan menariknya, banyak ilmu dapat kami kongsi bersama," ujarnya berharap menerusi drama ini dia dapat membantu wanita yang mengalami nasib sama seperti Liza.


Lisa kahwin lelaki lebih tua

Lain pula ceritanya isteri kepada trio adik-beradik KRU, Yusry Abdul Halim ini, dipaksa kahwin dengan lelaki lebih tua dan terpaksa hidup dengan lelaki yang tidak dicintainya merupakan perkara serius yang berlaku terhadap kehidupan Lynn iaitu watak yang dipegangnya.

Meskipun kehidupan yang dilalui agak sukar, Lisa bagaimanapun memberitahu, dia begitu teruja kerana diberikan tawaran menjadi Lynn.

"Pada awalnya, saya mendapat tahu akan memegang peranan yang dilakonkan oleh Anzalna iaitu sebagai Hani, tetapi akhirnya saya mendapat pengesahan memainkan watak Lynn.

"Apa pun saya tidak kisah kerana watak ini mempunyai kekuatannya tersendiri," jelas Lisa yang kali kedua berlakon berkahwin dengan lelaki yang lebih tua.

Ditanya pengalamannya menjadi Lynn, bicara Lisa, ia adalah pengalaman hebat kerana perlu memberontak dalam diam akibat terpaksa berkahwin dengan lelaki tersebut.

"Ia agak mencabar kerana saya perlu bermain dengan banyak emosi dan protes terhadap suami.

"Saya yakin, bukan sahaja saya, sebaliknya jika wanita yang mengalami nasib sama, pasti melakukan perkara sedemikian.

"Jadi, di sini saya harap dapat mendidik mereka agar lebih kuat dan yakin pada diri," katanya teruja berdampingan bersama Nasha.


Dekat dengan penonton

Sementara itu, bintang filem Kahwin 5, Adrea berkata, berpeluang berlakon dalam drama ini adalah satu pengalaman berharga baginya.

Selain dapat bergandingan bersama pelakon popular tempatan iaitu Nasha dan Lisa, dia mengakui drama ini amat tepat dan dekat dengan penonton di Malaysia.

"Ia bukan sahaja memaparkan kehidupan kami sebagai wanita yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai konflik, tetapi mengajar kami agar turut peka dengan masalah yang dihadapi rakan-rakan.

"Misalnya, dalam Maskara, kami empat sekawan sentiasa melindungi antara satu sama lain dan saya sendiri sangat pelindung orangnya.

"Apa juga yang berlaku terhadap kawan saya, saya sentiasa di belakang untuk membantu," ujarnya memainkan peranan sebagai Sue.

Sue dalam drama ini seorang wanita yang mempunyai seorang adik lelaki lakonan Izzue Islam yang sangat mementingkan karier.

Bercakap mengenai wataknya itu, ujar Adrea, menjadi wanita yang sentiasa fokus terhadap karier namun sentiasa 'dipijak' sangat mencabar dirinya.

"Saya menjadi tertekan kerana usaha saya tidak diberi perhatian, sebaliknya, pihak atasan lebih mengutamakan 'lelaki' di pejabat," besar harapannya agar wanita di luar sana mendapat mesej yang hendak disampaikan.


Sinar Harian

Saturday, 24 December 2011

Tarikh Nikah Yusry KRU & Lisa Surihani : 23 Februari 2012

- Yusri KRU dan Lisa Surihani Bernikah Pada 23 Februari 2012 -


Yusry KRU & Lisa Surihani akan bernikah pada 23 Februari 2012 dan akan menjalankan resepsi perkahwinan pada 26 Februari 2012. Mereka ditemui ketika sidang media khas sebentar tadi di Marriot Putrajaya Resort & Spa.

Turut hadir pada sidang media khas tersebut adalah ahli keluarga Yusry KRU dan juga ibu Lisa Surihani. Yusry KRY akui yang keluarga beliau sudah mengunjungi keluarga Lisa Surihani untuk menghantar tanda. Dan, majlis sidang media pengumuman khas ini memang untuk mengumumkan tarikh pernikahan mereka.



Lisa Surihani bersama Yusry KRU



Majlis pernikahan Yusry KRU & Lisa Surihani akan berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dan resepsi perkahwinan akan di’adakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Yusry KRU berkata mereka mengenal hati budi menerusi BBM (Blackberry Messenger) dan mereka sebenarnya serius dalam hubungan ini sejak berkenalan.

Lisa Surihani memberitahu yang Yusry KRU pada awal perkenalan tidak flirting (mengorat, dalam Bahasa Rempit) dan hubungan mereka bermula dengan perbualan berkisar tentang kerja — dan matang.

Menjawab soalan tentang hak penyiaran majlis perkahwinan yang di’khabarkan berada di tangan Astro, Yusry KRU berkata beliau tidak boleh menjawab soalan ini secara langsung.

Berkenaan penaja, Yusry KRU berkata mereka masih belum berbincang dengan mana mana pihak tetapi tidak menolak sebarang tawaran tetapi masih mahukan majlis perkahwinan yang simple but elegant.

Seorang wartawan melontarkan soalan tentang apa sebenarnya yang Lisa Surihani lakukan sehingga boleh membuatkan Yusry KRU menjadi seorang lelaki yang sangat gembira.

Yusry KRU memberitahu yang mereka sebenarnya saling mencintai sepenuh jiwa antara satu sama lain dan sikap Lisa Surihani yang sentiasa menyokong kerjaya beliau.


Rotikaya