Pages

Saturday 30 November 2013

SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH SKRIN 2013 (ASK2013)

Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah Skrin (ASK2013).

Anugerah Skrin
Anugerah Skrin 2013

Keputusan penuh ASK2013

DEBARAN Anugerah Skrin (ASK2013)berakhir malam tadi sebaik 30 pemenang diumum malam tadi.

Berikut adalah senarai penuh pemenang.

KATEGORI DRAMA

‪1. Drama Terbaik: Mawar Putih Tanda Perpisahan (Suhan Movies & Trading Sdn Bhd)‬

‪2. Pelakon Lelaki Terbaik: Wan Hanafi Su (Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman)‬

‪3. Pelakon Wanita Terbaik: Datin Paduka Umie Aida (Aku Bukan Malaikat)‬

‪4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Hasnol Rahmat (Tunggu Sekejap)‬

‪5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Izreen Azminda (Perempuan Itu Ibuku)‬

‪6. Pengarah Terbaik: Eirma Fatima (Aku Bukan Malaikat)‬

‪7. Videografi Terbaik: Mohd Faizal Mohd Ali (Mawar Putih Tanda Perpisahan)‬

‪8. Artis Harapan Pantene: Shasha Al Khred (Kawan)‬

‪9. Lakon TV Terbaik: Mazlan Manan (Mawar Putih Tanda Perpisahan)‬

‪10. Drama Rantaian Terbaik: Surat Dari Langit Biru (Rasbir Media Sdn Bhd)‬

‪11. Drama Komedi Terbaik: Mentua vs Mentua (Primeworks Studios)‬#SHHiburan


KATEGORI FILEM‬

‪12. Filem Terbaik: KIL (Grand Brilliance)‬

‪13. Lakon Layar Terbaik: Nik Amir Mustapha (KIL)‬

‪14. Pengarah Terbaik: Nik Amir Mustapha (KIL)‬

‪15. Pelakon Wanita Terbaik: Cristina Suzanne (KIL)‬

‪16. Pelakon Lelaki Terbaik: Shaheizy Sam (SAM)‬

‪17. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Miera Liyana (Pecah)‬

‪18. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Khir Rahman (Rock Oo)‬

KATEGORI PENERBITAN DALAMAN‬

‪19. Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik: Salam Muslim (Astro Oasis)‬

‪20. Rancangan Bual Bicara Terbaik: Bella (ntv7)‬

‪21. Rancangan Hiburan Terbaik: Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (TV3)‬

‪22. Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu 27 (TV3)‬

‪23. Rancangan Realiti Terbaik: Maharaja Lawak Mega (Astro Warna)‬

‪24. Laporan Khas/Berita Terbaik: Kanta K-Pop (Buletin Utama, TV3)‬

KATEGORI TEKNIKAL

‪25. Videografi Terbaik: Hip Hoppin Asia (8TV)‬

‪26. Suntingan Terbaik: Hip Hoppin Asia (8TV)‬

‪27. Penataan Cahaya Terbaik: Anugerah Blokbuster 2 (Astro Ria)‬

‪28. Penataan Bunyi Terbaik: Lama Terbaru (TV9)‬

‪29. Reka Bentuk Set Terbaik: Anugerah Juara Lagu 27 (TV3)‬

‪30. Montaj Terbaik: Anugerah Juara Lagu 27 (TV3)‬



Sinar Harian

Friday 29 November 2013

USTAZ MOHAMMAD KAZIM ELIAS DILANTIK SEBAGAI AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO

Pendakwah terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias adalah antara sembilan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dilantik, demikian diumumkan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ustaz Kazim Elias antara MT Umno yang dilantik

PUTRAJAYA - Pendakwah terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias adalah antara sembilan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dilantik, demikian diumumkan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.

Lapan lagi yang dilantik dalam MT ialah Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainudin, Exco Kerajaan Negeri Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsudin, Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Anggota Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani, bekas Naib Canselor UiTM Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohanizam Ibrahim.

Ketika mengumumkan lantikan sembilan anggota MT di pejabatnya di sini, Tengku Adnan berkata mereka melengkapkan jumlah 13 MT tambahan yang diputuskan oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengikut Fasa 9.2.8. Perlembagaan Umno.

"Pelantikan mereka adalah berdasarkan pengalaman mereka yang boleh memberi input yang baik kepada parti dan akan bergerak bersama 25 MT yang dipilih perwakilan pada pemilihan parti bulan lepas," katanya.   

Tengku Adnan berkata surat pelantikan akan diedarkan kepada mereka hari ini dan mereka dijangka mengangkat sumpah pada 4 Disember ini.

"Status mereka adalah sama dengan MT yang dipilih perwakilan. Mereka akan menghadiri mesyuarat khas Majlis Tertinggi selepas Persidangan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri pada malam 4 Disember ini," katanya.

Pada mesyuarat pertama MT minggu lepas, Najib mengumumkan pelantikan empat pemimpin sayap parti sebagai ahli tambahan kepada 25 MT yang menang dalam pemilihan iaitu Naib Ketua Wanita Datuk Azizah Mohd Dun; Penolong Setiausaha Wanita Datuk Rosni Sohar; Naib Ketua Pemuda Khairul Azwan Harun dan Naib Ketua Puteri Zahida Zarik Khan.

Selain itu, tujuh Menteri Besar yang tidak bertanding jawatan MT pada pemilihan Umno akan dijemput menghadiri mesyuarat MT tetapi tidak dilantik untuk jawatan berkenaan. - Bernama



Sinar Harian

GARA-GARA SEKOTAK ROKOK, PELAKON AZAD JASMIN TERIMA 13 JAHITAN DI KAKI

Jelas Azad, kejadian tersebut berlaku di depan sebuah kedai serba guna di Puchong selepas dia membeli sekotak rokok, minggu lalu.

 Azad Jasmin
Kecederaan yang dialami oleh Azad Jasmin.

Azad terima 13 jahitan di kaki

GARA-gara sekotak rokok, pelakon Azad Jasmin terpaksa menahan sakit dan menerima 13 jahitan di bahagian kaki setelah terjatuh ke dalam longkang.

Jelas Azad, kejadian tersebut berlaku di depan sebuah kedai serba guna di Puchong selepas dia membeli sekotak rokok, minggu lalu.


Azad Jasmin
Azad Jasmin


"Saya pun tak tahu macam mana perkara ini boleh jadi, sebab masa saya berjalan ke kereta selepas beli rokok, saya terjatuh dalam longkang.

"Nasib baik kejadian tersebut disedari sekumpulan orang awam, dan mereka terus datang membantu saya. Kebetulan ada klinik sebelah kedai tersebut dan mereka bawa saya ke situ," jelasnya sambil ketawa kerana terkenang kembali insiden tersebut.

Azad berkata, lebih malang lagi, ketika menerima rawatan, dia dimarahi pula oleh doktor di klinik terbabit.

"Dia tanya saya macam mana boleh jatuh dan bila dia tahu saya jatuh kerana beli rokok, dia terus marah saya.

"Malah dia turut jelaskan saya bahaya rokok dan ketika diberi jahitan, dia tidak bius saya. Tetapi bila dengar dia bercerita, saya terus lupa kesakitan dijahit itu," katanya.

SH : Bergaul dengan kaum India

Sementara itu, bercerita mengenai wataknya dalam filem Kolumpo, Azad berkata dia membawakan watak utama sebagai Rahul, pemuda dari Mumbai, India yang datang ke Malaysia kerana ditawarkan bekerja sebagai pereka grafik.

Ujar Azad, demi menghidupkan watak tersebut, dia secara sukarela tinggal dan bergaul dengan orang India selama sebulan.

“Ini kali pertama saya memegang watak utama dan memerlukan saya bertutur dalam bahasa Tamil. Selama sebulan saya tinggal dengan orang India, di Sungai Penchala.

"Ada di kalangan mereka memang berasal dari negara India. Sepanjang tempoh itu saya belajar cara bercakap, cara makan, pergerakan badan”, katanya.

Kolumpo diarahkan oleh Sheikh Munasar, Bront Palarae dan Rozi Izma. Filem yang bakal ditayangkan mulai 5 Disember ini, memaparkan tiga cerita berbeza dengan berlatar belakangkan kehidupan di Kuala Lumpur.

Selain Azad, filem berkenaan turut menampilkan barisan pelakon seperti Sharifah Amani, Ruminah Sidek, Nell Ng, Mano Maniam, Soffi Jikan, Sabri Yunus, Sherry Alhadad, Along Eyzandy, Radhi Khalid dan Emely Poon.



Sinar Harian

"KAHWIN KERANA TELAH DIPERKOSA", KATA BAPA REMAJA DICERAI TALAK 3

Menurut Saad, dia mengizinkan pernikahan anaknya dengan Mohd Fahmi kerana Nor Fazira telah diperkosa oleh Mohd Fahmi dan dua kawan lelakinya empat bulan sebelum perkahwinan itu dilangsungkan.

Usia kahwin tak cecah setahun, kini cerai talak 3
"KAHWIN KERANA TELAH DIPERKOSA", KATA BAPA REMAJA DICERAI TALAK 3



Kahwin kerana telah diperkosa, kata bapa remaja cerai talak tiga

KULIM: “Saya kahwinkan dia kerana dia telah diperkosa,”


Itu kata ayah kepada remaja perempuan Nor Fazira Saad, 13 yang diceraikan talak tiga oleh suaminya, Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20.

Ayah Nor Fazira, Saad Mustafa, 44, berkata demikian kepada akhbar The Star dalam satu laporan eksklusif ekoran kisah penceraian pasangan remaja terbabit yang tersebar luas di media.

Menurut Saad, dia mengizinkan pernikahan anaknya dengan Mohd Fahmi kerana Nor Fazira telah diperkosa oleh Mohd Fahmi dan dua kawan lelakinya empat bulan sebelum perkahwinan itu dilangsungkan.

Saad memberitahu The Star bahawa kes itu telah dilaporkan kepada polis pada 15 Julai 2012, namun dia didatangi ibu bapa Mohd Fahmi selama beberapa hari berturut-turut merayu agar laporan itu ditarik balik kerana tidak mahu Mohd Fahmi disabit kesalahan dan menerima hukuman penjara.

Ekoran rayuan itu, dia sebagai bapa memahami permohonan mereka dan bersetuju untuk menarik balik laporan polis yang dibuat serta menikahkan anaknya dengan Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 19 tahun pada 17 November 2012.

Nor Fazira turut memberitahunya pada Oktober 2013 bahawa dia tidak tahan dengan layanan keluarga mertuanya dan memutuskan untuk meminta cerai. Saad turut berkata bahawa keluarga Mohd Fahmi memang tidak menyukai anaknya dari mula perkahwinan dan Nor Fazira juga selalu didera secara fizikal serta tidak diberi makan oleh keluarga mertuanya.

Mohd Fahmi yang ditemui oleh The Star pula menafikan dakwaan Saad dan berkata dia hanya meniduri Nor Fazira setelah mereka sah diijabkabulkan.

Memetik Mohd Fahmi sebagai berkata kepada The Star, dia menceraikan Nor Fazira kerana bekas isterinya itu mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki dari Kuala Ketil.

Nor Fazira juga ujar Mohd Fahmi, biadab terhadap keluarganya dan tidak pernah memasak serta selalu keluar dari rumah sekiranya tidak puas hati.

Mohd Fahmi turut menafikan dakwaan bahawa Nor Fazira didera dan tidak diberi makan. Tambahnya lagi, keluarga mereka melayan Nor Fazira dengan baik walaupun perlakuan remaja wanita itu teruk.





Thursday 28 November 2013

SHILA AMZAH PASRAH JOHAN AS'ARI PILIH LANA NORDIN SEBAGAI ISTERI?

Ekoran berita yang amat mengejutkan itu, rata-rata pengikut laman sosial Shila telah memberi kata-kata positif buat penyanyi itu dan meminta agar dia tidak terus bersedih atas keputusan yang telah dibuat oleh Johan.

Shila Amzah
SHILA AMZAH PASRAH JOHAN AS'ARI PILIH LANA NORDIN SEBAGAI ISTERI?

Johan pilih Lana, Shila pasrah?

SETELAH pengakuan terbuka dilakukan oleh pelakon filem Juvana, Johan As’ari bahawa beliau akan menyunting Lana Nordin sebagai permaisuri hidupnya, ramai pihak terkejut khususnya peminat Shila Amzah memandangkan sebelum ini mereka digosipkan bercinta.

Ekoran berita yang amat mengejutkan itu, rata-rata pengikut laman sosial Shila telah memberi kata-kata positif buat penyanyi itu dan meminta agar dia tidak terus bersedih atas keputusan yang telah dibuat oleh Johan.

Shila yang gemar berkomunikasi dengan peminat menerusi Twitter mahupun instagramnya bagaimanapun memberitahu bahawa beliau menerima segala ketentuan takdir dan percaya pasti ada hikmah disebalik semua yang berlaku.

"Tak apa, jodoh ALLAH yang tentukan, Sha terima siapa pun jodoh Sha.

"Doakan yang terbaik lagipun ALLAH tahu dan ada hikmah semuanya," katanya yang menjawab segala respon diberikan oleh peminatnya di laman sosial Instagram.

Pada masa sama, Shila yang popular dengan lagu Patah Seribu itu turut menyatakan, dia tidak akan mengulangi lagi perbuatan yang mengaibkan dirinya dan keluarga seperti sebelum ini.

Bagi penyanyi itu, zaman telah berubah dan kini dirinya lebih matang untuk menghadapi segala rencah kehidupan.

"The silly side of me..well,parts and parcels of life..kita tetap kena jalan ke depan..tak kira seberapa berat pun kaki kita melangkah..well..as i said before..hidup kita ada banyak cabang pilihan..ada banyak perhentian sebelum sampai ke destinasi..so..why bother?cmon people..chin up..and let it be:)

"ALLAH itu berkuasa..Maha kuasa dari segalanya.. don’t worry guys..i ain’t that girl with white scarf and the guitar no more..so..l ets fill our life with love.. no hatred.. no regrets.. i love you guys..always..from the bottom of my heart..i can never thank you enough#Shayang#Shilalas forever:)," ujarnya.

Melalui perkongsian foto terbaru, Shila turut memberi kata-kata positif buat ibu Johan.

"Please be strong aunty sayang..we love you..no matter what:) ALLAH knows better..we are here for you.. balik nanti kita pergi jalan-jalan..i promise..:*@firdausari," jelas beliau.

Memetik laporan Berita harian hari ini, Johan membuat membuat pengakuan bahawa dirinya telah melamar pelakon seksi, Lana untuk dijadikan isteri berdasarkan ‘gerak hati’.

Johan juga percaya dan yakin Lana merupakan calon suri seperti yang didoakan di depan Kaabah ketika mengerjakan umrah, awal tahun ini.

Dengan pengakuan yang dibuat oleh Johan maka segala persoalan sejauhmana hubungan antara Johan dengan Shila sebelum ini terjawab apabila pelakon filem Paku itu menjelaskan bahawa keakraban mereka sebatas abang dan adik sahaja.

Kata Johan, hubungannya dengan Lana sudah dimaklumkan kepada ibu Shila dan mereka merestuinya.



Sinar Harian

TERSEREMPAK BUAYA BERHAMPIRAN PELABUHAN PULAU PINANG

Menurutnya, dia sendiri hairan bagaimana buaya sepanjang lebih tiga meter itu memasuki kawasan laut.

Terserempak buaya dalam laut
Buaya yang ditemui berhampiran Pelabuhan Pulau Pinang.

Terserempak buaya dalam laut

GEORGETOWN - Seorang kakitangan Pelabuhan Pulau Pinang di sini terserempak dengan seekor buaya berhampiran dengan pelabuhan berkenaan.

Mohd Asyraf berkata, kejadian terbabit disedari dua pemandu bot kira-kira jam 5 petang.

Menurutnya, dia sendiri hairan bagaimana buaya sepanjang lebih tiga meter itu memasuki kawasan laut.

"Saya dan rakan-rakan mengambil gambar buaya berkenaan, memang pada kami ini kejadian yang aneh kerana buaya di Pulau Pinang sukar untuk ditemui.

“Kalau di kawasan sungai pun sukar hendak jumpa buaya, apatah lagi di kawasan pantai, mungkin ia buaya sesat,” katanya.
 
Mohd Asyraf turut berkongsi gambar berkenaan di laman facebook Kelab Melayu Pulau Pinang dan mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Beliau turut menyangkal ia biawak besar kerana kejadian berkenaan disaksikan beberapa individu yang lain.



Sinar Harian

ANGELINA JOLIE HADIAHKAN BRAD PITT PULAU BENTUK HATI

Khabarnya, pelakon kelas A Hollywood, Angelina Jolie mahu membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah pulau kepada teman lelakinya, Brad Pitt yang menyambut ulang tahun kelahiran ke50, pada 18 Disember ini. 

Foto
ANGELINA JOLIE HADIAHKAN BRAD PITT PULAU BENTUK HATI


Angelina hadiahkan Brad pulau bentuk hati


Pernahkah anda terfikir, jika sudah bergelar jutawan, apakah hadiah yang akan diberi pada hari jadi insan tersayang?

Khabarnya, pelakon kelas A Hollywood, Angelina Jolie mahu membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah pulau kepada teman lelakinya, Brad Pitt yang menyambut ulang tahun kelahiran ke50, pada 18 Disember ini. 

Mengikut laporan tabloid, ibu kepada enam anak itu sedang meninjau sebuah pulau persendirian bernilai RM65 juta. 

Pulau itu berkeluasan 11 ekar yang terletak kirakira 60 kilometer dari New York.

Hadiah paling bermakna

Apa yang Istimewanya, selain berbentuk hati, dua kediaman yang dibina pada 2008 melengkapkan pulau itu.

Apatah lagi, ia mendapat sentuhan pereka kegemaran Brad iaitu Frank Lloyd Wright. Sudah tentu, ia menjadi hadiah paling bermakna buat insan tersayang dan bakal menjadi tempat percutian keluarga besar mereka. 

Dilaporkan, Angelina sepatutnya melawat pulau itu, minggu lalu. Bagaimanapun, anak pemilik pulau berkenaan, Domma Massaro menafikan Angelina sudah membeli hartanah terbabit. 

Malah, katanya, ia masih dibuka untuk jualan.

“Berita itu tidak benar. Kami mahu menunjukkan keseluruhan tempat ini kepada Angelina dan Brad andai mereka berminat. Tetapi mereka perlu makan tengah hari di kafe saya dulu,” katanya.


Sinar Harian

AKHIRNYA JOHAN AS'ARI PILIH LANA NORDIN SEBAGAI ISTERI

Ini bukan gimik filem atau skrip drama lakonan mereka bersama. Sekurang kurangnya itu’lah yang dilaporkan Berita Harian hari ini. Johan As’ari telah pun melamar pelakon seksi Lana Nordin untuk menjadi permaisuri hidupnya hanya selepas tiga hari berjumpa.

AKHIRNYA JOHAN AS'ARI PILIH LANA NORDIN SEBAGAI ISTERI


EKSKLUSIF: Lamar lepas 3 hari jumpa


Tatkala peminat memperkatakan kesahihan hubungannya dengan penyanyi, Shila Amzah, Johan As'ari akhirnya tampil membuat pengakuan. 


Rupa-rupanya dalam diam, pelakon ini meluahkan cintanya hanya untuk pelakon, Lana Nordin yang ingin dijadikan permaisuri hidup. 

Ini bukan gimik filem atau skrip drama lakonan mereka bersama. Sekurang kurangnya itu’lah yang dilaporkan Berita Harian hari ini. Johan As’ari telah pun melamar pelakon seksi Lana Nordin untuk menjadi permaisuri hidupnya hanya selepas tiga hari berjumpa.
Mereka bertemu buat pertama kali ketika menjayakan sebuah program pada 18 Oktober 2013 yang lalu dan tiga hari kemudian, Johan As’ari terus meluahkan isi hati dan hasrat beliau untuk memperisterikan Lana Nordin.
Johan As’ari juga percaya & yakin yang Lana Nordin merupakan calon suri seperti yang didoakan di depan Kaabah ketika mengerjakan umrah, awal tahun ini.
“Selepas bertukar nombor telefon, kami keluar makan tiga hari berturut turut sebelam saya tekad membuka mulut mahu menyuntingnya,” jelas Johan As’ari.
“Lana sangat menyenangkan. Dia nampak lincah tetapi punya kelembutan tersendiri. Memang dia sendiri terkejut dan bertanya semula. Mungkin tiga hari terlampau awal untuk menyelami hati seseorang. Saya yakin cinta kami akan terus bersemi selepas kahwin”
Lana Nordin hadir menemani Johan As’ari ke Balai Berita NSTP untuk promosi filem Paku namun mereka berdua nampak manja selain memanggil diri masing masing dengan gelaran baby & sayang tidak mampu menutup status mereka yang sedang hangat bercinta.
“Kalau ikutkan, kami tidka mahu menangguhkan perkara baik — cuma tempohnya terlalu dekat, mungkin lebih sesuai awal tahun depan supaya persiapan dapat dilakukan tanpa tergesa gesa,” tambah Johan As’ari yang tidak mahu dedahkan tarikh pernikahan.
Keberanian & Keikhlasan Johan As’ari Buka Hati Lana Nordin
Lana Nordin pula berkata yang beliau memang mencari teman hidup yang boleh membimbing dirinya selain hati beliau terpikat dengan keberanian Johan As’ari dan juga keikhlasan untuk menjadikan dirinya sebagai permaisuri hidupnya.
“Saya nampak ketulusan hatinya. Walaupun terkejut, saya sebak apabila dia menyatakan alasan mahu menjadikan saya isteri. Sebagai wanita, saya memang mencari pembimbing yang boleh membimbing. Doa saya dimakbulkan apabila dipertemukan dengan Johan”
“Ketika dia meluahkan perasaan, saya hanya memintanya bertemu terus dengan keluarga andai benar benar serius. Dia bukan main main. Sebagai wanita, lebih manis kalau johan saja berbicara soal tunang dan berkahwin,” jelas Lana Nordin. (rtky/m)

Roti Kaya

IBU & BAPA TUNGGAL DIBERI RM2,00 UNTUK KAHWIN LAGI

Lebih manis, pasangan ibu atau bapa tunggal yang mengambil keputusan untuk berkahwin sesama mereka, turut menerima insentif berbentuk tunai sebanyak RM2,000 setiap seorang.

RM2,000 untuk ibu dan bapa tunggal kahwin lagi
Antara pasangan yang berkahwin bergambar kenangan pada Penyampaian Insentif Perkahwinan Ibu/Bapa Tunggal Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak.

RM2,000 untuk ibu dan bapa tunggal kahwin lagi

GONG BADAK – Bergelar pengantin di kala usia lanjut, apatah lagi ada yang lebih dua kali diraikan sebagai raja sehari, mungkin pengalaman tidak dirasai semua orang.

Lebih manis, pasangan ibu atau bapa tunggal yang mengambil keputusan untuk berkahwin sesama mereka, turut menerima insentif berbentuk tunai sebanyak RM2,000 setiap seorang.

Cetusan atau idea untuk memperkenalkan program insentif perkahwinan dalam usaha untuk menggalakkan ibu atau bapa tunggal mencari pasangan baharu selepas gagal dalam perkahwinan terdahulu, datangnya daripada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga (YPKT) membelanjakan lebih RM1.2 juta bagi membiayai program itu yang diperkenalkan bermula tahun ini, di mana seramai 618 orang sudah mendapat imbuhan masing-masing.

Ahmad berkata, hasil usaha murni itu, seramai 173 ibu tunggal sudah berkahwin dengan duda, 174 ibu tunggal berkahwin dengan teruna dan 98 duda berkahwin dengan anak dara.

“Statistik menunjukkan Terengganu kini mempunyai seramai 24,318 orang berstatus ibu tunggal, manakala seramai 2,810 bapa tunggal atau duda.

“Sebahagian besar daripada mereka masih aktif dan produktif untuk berkeluarga, tetapi belum bertemu jodoh ataupun masih ragu-ragu untuk berkahwin semula,” katanya ketika menyempurnakan Penyampaian Insentif Perkahwinan Ibu/Bapa Tunggal Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak, di sini.

Ahmad juga berkata, kerajaan negeri sentiasa memberikan galakan di dalam proses perkahwinan semula bagi membantu ibu dan bapa tunggal agar mereka dapat membina kehidupan baharu.

Sementara itu, bagi pasangan Saibani Ithmin, 67 dan Rohazaiton Ibrahim, 48, mengakui bersyukur serta terharu dengan bantuan tersebut kerana sekurang-kurangnya mampu mengurangkan bebanan pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga.



Sinar Harian

Wednesday 27 November 2013

ISTERI USIA 13 TAHUN DICERAI TALAK 3, KAHWIN TAK SAMPAI SETAHUN

Nor Fazira berusia 12 tahun ketika dinikahkan dengan pasangannya, Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 20 tahun.


Usia kahwin tak cecah setahun, kini cerai talak 3
ISTERI USIA 13 TAHUN DICERAI TALAK 3, KAHWIN TAK SAMPAI SETAHUN

Usia kahwin tak cecah setahun, kini cerai talak 3

SHAH ALAM - Kurang seminggu sebelum sempat menyambut ulangtahun pertama perkahwinan, pasangan muda Nor Fazira Saad, 13 dan Mohd Fahmi Alias, 20, disahkan bercerai dengan talak tiga pada 11 November lalu di Mahkamah Syariah Kulim.

Nor Fazira berusia 12 tahun ketika dinikahkan dengan pasangannya, Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 20 tahun.

Memetik laporan Harian Metro, bapa Nor Fazira, Saad Mustafa, 43, berkata, beliau menerima kenyataan berkenaan walaupun pahit dan menganggap bukan jodoh anaknya untuk kekal di alam perkahwinan.

Saad turut memberitahu bahawa dia tidak mengetahui punca sebenar keretakan rumah tangga anaknya itu kerana Nor Fazira tidak banyak bercakap mengenai nasib yang menimpa dirinya.

Buat masa ini, Nor Fazira tinggal bersama bapa saudaranya di Padang Serai untuk menenangkan fikiran.

Harian Metro turut melaporkan kegagalan untuk menghubungi keluarga Mohd Fahmi untuk mendapatkan maklum balas.

Nor Fazira mendirikan rumah tangga dengan pasangannya pada usia 12 tahun selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1) (a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008.

Majlis pernikahan pasangan itu dilangsungkan di Masjid Kampung Padang Cina dengan mas kahwin RM1,500 serta wang hantaran RM4,552 pada 17 November 2012 selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November 2012.

Berdasarkan statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), terdapat kira-kira 1,165 permohonan untuk berkahwin pada 2012 dan Mahkamah Syariah telah meluluskan 1,022 daripada permohonan terbabit.

Ia merupakan peningkatan berbanding rekod 2011, iaitu kira-kira 900 perkahwinan.

Sehingga Mei tahun ini, JKSM menerima 600 permohonan perkahwinan, di mana 446 telah diluluskan.

Di Malaysia, undang-undang umur minimum perkahwinan adalah 18 tahun, tetapi 16 tahun untuk anak gadis Muslim dan mereka yang berusia di bawah 16 tahun boleh berkahwin dengan keizinan Mahkamah Syariah.



Sinar Harian

PENGACARA JIMMY SHANLEY KAHWIN DI SIAM?

"Tunggulah bila masanya nanti saya akan beritahu. Yang penting, saya tak kahwin kat Siam," ujarnya kepda sebuah portal hiburan tempatan.

Jimmy Shanley: Yang penting saya tak kahwin kat Siam
Jimmy Shanley: Yang penting saya tak kahwin kat Siam


Jimmy Shanley: Yang penting saya tak kahwin kat Siam


Pengacara kontroversi, Jimmy Shanley masih bermain teka-teki mengenai status dirinya yang apabila masih belum berterus-terang mengenai status dirinya kini sama ada dia bergelar suami orang atau bukan.
"Doa-doakan, InsyaAllah. Hidup saya sekarang lebih teratur. Cerita saya sudah berkahwin seperti yang dilaporakan, bukanlah datang dari mulut saya.
"Tunggulah bila masanya nanti saya akan beritahu. Yang penting, saya tak kahwin kat Siam," ujarnya kepda sebuah portal hiburan tempatan.
Menurut Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norhajan, dia bakal mengadakan satu sidang media dalam masa terdekat ini bagi menjelaskan segala spekulasi yang timbul.
Sementara itu, Jimmy, 33, berkata, dia perlu menjalani semula proses mahkamah pada 12 Disember ini ekoran tuntutan bekas isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, yang mahukan hak penjagaan sepenuhnya ke atas anak mereka.

Yahoo

Tuesday 26 November 2013

DEMI KELUARGA, SHARNAAZ AHMAD TINGGALKAN DUNIA HIBURAN

Reda kisah cintanya dengan Shila, Sharnaaz kemudian dikaitkan pula bercinta dengan tunang orang, Uqasha Senrose sehingga menyebabkan aktress itu putus tunang.

Sharnaaz Ahmad
Sharnaaz Ahmad

Sharnaaz tinggalkan dunia hiburan demi keluarga

BEBERAPA bulan yang lalu namanya hangat diperkatakan di media-media massa dan sosial.

Kelibat dan setiap butir bicara pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad menarik perhatian media ekoran kisah cintanya dengan penyanyi tersohor Shila Amzah yang putus di tengah jalan.

Reda kisah cintanya dengan Shila, Sharnaaz kemudian dikaitkan pula bercinta dengan tunang orang, Uqasha Senrose sehingga menyebabkan aktress itu putus tunang.

Tunangan Uqasha, Pekin Ibrahim pada awalnya berang kerana menyangka kekasih hatinya itu berlaku curang di belakangnya.

Namun semua itu hanya salah faham dan hubungan mereka berdua kembali pulih selepas mengetahui Uqasha dan Sharnaaz rapat kerana mahu membuat kejutan di hari jadinya.

Setelah melalui pelbagai liku yang sememangnya lumrah sebagai anak seni, pelakon Sharnaaz Ahmad bagaimanapun baru-baru ini mengumumkan untuk bersara daripada dunia hiburan tanah air.

Keputusan mengejut itu diambil oleh Sharnaaz ekoran terlalu banyak gosip, kontroversi dan fitnah yang melanda dirinya sepanjang menceburi industri itu.

Dengan persaraan ini, Sharnaaz berharap agar hati ibu bapa dan adik beradiknya tidak lagi dilukai.

Berikut kata-kata Sharnaaz yang dipetik daripada sebuah laman web popular:-

"Saya bukan kecewa, tetapi dengan apa yang berlaku, satu persatu gosip dan kontroversi melanda diri, saya fikir biarlah saya berundur diri. Saya tidak mahu mengguris hati dan perasaan sesiapa lagi. Paling penting, saya tidak terus melukakan hati ibu bapa dan adik beradik, mereka adalah insan yang sentiasa berada di belakang saya ketika susah dan senang.

Saya akan menyambung semula kerja di bidang hartanah atau industri minyak dan gas yang pernah dilakukan. Saya lakukan ini demi keluarga saya. Hati ibu bapa dan keluarga saya sudah kerap kali terguris dengan cerita yang bukan-bukan, saya tidak mahu terus melukakan hati mereka. Cukuplah…

Saya tidak berdendam dengan sesiapa. Saya tidak pernah membenci mereka, buatlah apa sahaja, terserah! Saya terima dengan hati terbuka. Mungkin pengunduran saya membuatkan mereka lebih senang hati. Saya keluar industri hiburan dengan hati yang rela. Asalkan saya melihat satu wajah gebira. Mungkin setakat ini saja perjuangan saya dalam dunia seni. ALLAH SWT Maha Kuasa."

Drama “Bukan Kerana Aku Tak Cinta” adalah drama terakhir lakonan Sharnaaz Ahmad.



Sinar Harian

USTAZAH ZAWIYAH TEGUR KOS KAHWIN ZAIN SAIDIN & ROZITA CHE WAN

“Di mana keberkatannya sesebuah perkahwinan itu kalau sebelum kahwin, kita sudah membuat perkara yang dilarang ALLAH termasuk dalam hal membabitkan pembaziran dan bermegah-megah ketika mengadakan majlis," ujar Ustazah Zawiyah Hassan.

Rozita Che Wan
USTAZAH ZAWIYAH TEGUR KOS KAHWIN ZAIN SAIDIN & ROZITA CHE WAN

Ustazah Zawiyah tegur kos kahwin Zain, Che Ta

KETIKA negara heboh memperkatakan tentang "Wedding of The Year" pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan yang menerima tajaan keseluruhan berjumlah RM13 juta, seorang pendakwah bebas memberikan peringatan ini.

“Di mana keberkatannya sesebuah perkahwinan itu kalau sebelum kahwin, kita sudah membuat perkara yang dilarang ALLAH termasuk dalam hal membabitkan pembaziran dan bermegah-megah ketika mengadakan majlis," ujar Ustazah Zawiyah Hassan.

Nasihat itu dilontarkan Ustazah Zawiyah menerusi Harian Metro.

“Itu belum lagi dalam perkara yang seolah-olah menjadi trend sekarang bagi pasangan sebelum berkahwin untuk kononnya bergambar pra-perkahwinan sambil berpelukan dan berpegangan tangan,” katanya lagi.

Tegasnya, perkahwinan merupakan suatu ibadat, namun jika majlis meraikannya dibuat secara besar-besaran sehingga berlaku pembaziran, bagaimana hendak mendapatkan keberkatan ALLAH.

“Kalau nak kata buat majlis besar sebab kepuasan diri, memang manusia ini selalunya tidak pernah puas, cuma kalau boleh dielak, elaklah. Kita berkahwin sebab nak dapat reda ALLAH, bukan pandangan orang sekeliling terhadap majlis yang akan dilaksanakan,” katanya.

Jelas Ustazah Zawiyah, hukum sebenar kenduri kahwin hanya sunat sebagaimana sabda Rasulullah iaitu mengadakan kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing.

Namun apa yang membimbangkan kini katanya, majlis perkahwinan secara besar-besaran sehingga berlaku pembaziran seolah-oleh sudah menjadi trend walaupun pada masa yang sama terdapat ramai orang memerlukan.

Zawiyah yang juga bekas Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, sebaik-baik perkahwinan itu sederhana belanjanya supaya mendapat rahmat dan keberkatan.

Rozita atau lebih mesra dipanggil Che Ta pada hari bahagianya akan menggayakan set barangan kemas tajaan Habib Jewel bernilai RM10 juta.

Pada majlis pernikahan yang akan berlangsung di Gazebo Pusat Konvensyen Bandar Setia, Setia Alam, itu nanti, Che Ta bakal menerima wang hantaran RM23,200, mas kahwin bernilai RM9,300 serta sebentuk cincin perkahwinan dianggarkan berharga RM93,000.

Majlis berinai Che Ta akan diadakan pada 10 Disember ini dan seterusnya, majlis resepsi pasangan pengantin berlangsung pada 13 Disember 2013 di Grand Ballroom, Pusat Konvensyen Bandar Setia, Setia Alam, jam 8.30 malam.



Sinar Harian

PENDUDUK TERSEREMPAK LANGSUIR TERBANG SAMBIL MENGILAI

Pegawai Agama Jajahan, Ahmad Talhah Ab Rahman berkata, beliau tidak jelas mengenai perkara itu kerana hanya mengetahui cerita mengenai langsuir itu melalui Facebook.


Langsuir ganggu penduduk
Orang ramai meninjau kawasan yang dikatakan penduduk terserempak dengan langsuir.

Langsuir ganggu penduduk

PASIR PUTEH - Cerita langsuir mengganggu penduduk yang sebelum ini hanya diketahui penduduk di beberapa kampung di sini dan Jerteh, Terengganu akhir-akhir ini menjadi perbualan hangat apabila isu itu tersebar melalui laman sosial.

Cerita itu menarik perhatian penduduk dari luar kawasan yang memasuki kampung terlibat seperti Kampung Gong Tinggi, Gong Pasir, Kampung Tasek, Gong Lapang (Pasir Puteh) dan Kampung Penaga Putar (Jerteh) secara berkumpulan.


Langsuir ganggu penduduk
Penduduk menunjukkan lokasi seorang penduduk mendakwa melihat lembaga berterbangan berhampiran Kampung Tasek.


Tinjauan Sinar Harian mendapati ada penduduk mengakui terserempak dengan lembaga berambut panjang yang berterbangan sambil mengilai dengan suara mengerikan tapi ada sesetengah penduduk menafikannya.


Rujuk mereka yang layak 

Pegawai Agama Jajahan, Ahmad Talhah Ab Rahman berkata, beliau tidak jelas mengenai perkara itu kerana hanya mengetahui cerita mengenai langsuir itu melalui Facebook.


Langsuir ganggu penduduk
Tinjauan Sinar Harian menemukan sekumpulan anak muda yang berminat dengan aktiviti paranormal di Gong Lapang.


“Susah nak cakap sebenarnya. Tak nak percaya tak boleh juga kerana kita kena ingat Islam juga mengajar umatnya mempercayai perkara ghaib seperti wujudnya jin dan syaitan.

“Cuma jangan kita panik dan terlalu takut kerana ia boleh menjejaskan iman. Kena sama-sama jaga akidah dengan sentiasa merujuk kepada pakar atau orang yang layak membicarakannya,” katanya.


Langsuir ganggu penduduk
Kumpulan penduduk yang berminat merungkai misteri langsuir meninjau kawasan berhampiran Gong Tinggi.


Beliau tidak menafikan ada mendengar cerita mengenai bomoh yang berjaya ‘menangkap hantu’ namun katanya, perlu berhati-hati kerana jin juga mungkin menipu dengan berpura- pura terperangkap.

Ahmad Talhah berkata, sekali pun langsuir didakwa penduduk itu betul, makhluk itu tidak memudaratkan kerana ia mungkin jin yang mahu mengganggu manusia.


Suara mengerikan

Penduduk Kampung Penaga Putar, Tuan Muda Tuan Mat, 48, berkata, dia melihat kelibat lembaga yang berterbangan sambil mengilai panjang ketika pulang ke rumah dengan menunggang motosikal jam 12 tengah malam, minggu lalu.

Katanya, walaupun tidak nampak dengan jelas ketika dia memberhentikan motosikal, suara lembaga itu menyebabkan bulu romanya meremang dan memaksanya bergegas pulang.

Perasaan takut datang lagi ketika saya tersedar dari tidur pada malam itu. Sebelum ini saya ada dengar orang kampung cerita pasal langsuir tetapi saya tidak percaya sehinggalah saya berdepan dengannya.

"Saya pernah beberapa kali terserempak dengan hantu. Suara langsuir menyeramkan tapi saya tak endahkan,’ katanya.


Sudah dipasung

Seorang bomoh dari Kampung Gong Manak, Ramli Yusof, 41, ketika ditemui mendakwa telah menangkap kesemua empat langsuir yang mengganggu penduduk iaitu dua di Gong Pasir, satu di Gong Tinggi dan satu di Gong Lapang.

Katanya, lembaga dengan ketinggian paras pinggangnya itu ditangkap dengan bantuan seorang rakan tidak sampai 10 minit dengan menggunakan ayat al-Quran.

“Saya ‘memasungkannya’ di satu tempat khusus dan akan ‘menghantarnya balik ke tempat asal’ selepas 40 hari ditangkap. Saya tidak tahu dari mana ia datang kerana inilah kali pertama saya menangkap langsuir.

“Sebelum menangkap, saya membaca jampi di rumah dan ketika itu, penduduk memberitahu terdengar langsuir berteriak seperti kesakitan, bukan lagi mengilai,” katanya yang terlibat dengan aktiviti seperti itu sejak empat tahun lalu.



Sinar Harian