Pages

Showing posts with label Johan As'ari Terkini. Show all posts
Showing posts with label Johan As'ari Terkini. Show all posts

Sunday, 22 December 2013

JOHAN AS'ARI MASIH TETAP TUNGGU SHILA AMZAH!

Malah pelantun Patah Seribu itu pernah membuat kenyataan tidak akan menerima Johan dan hubungan mereka tidak akan sama seperti dulu lagi.

Shila Amzah, Johan,
JOHAN AS'ARI MASIH TETAP TUNGGU SHILA AMZAH!


Johan tetap tunggu Shila!

SEBELUM ini, umum tahu tentang keakraban pelakon Juvana, iaitu Johan As’ari bersama penyanyi, Shila Amzah. Namun, selepas pelakon itu membuat pengakuan untuk melamar Lana Nordin, hubungannya dengan Shila Amzah agak dingin.

Malah pelantun Patah Seribu itu pernah membuat kenyataan tidak akan menerima Johan dan hubungan mereka tidak akan sama seperti dulu lagi.

Bagaimanapun, berbeza pula dengan pendirian pelakon Juvana ini. Menyedari Shila menukar nombor telefon dan menyekat laman sosialnya, Johan berkata, hatinya tetap terbuka untuk Shila dan menyifatkan hubungan mereka tetap seperti biasa.

“Saya masih menganggapnya sebagai teman saya. Sekiranya Shila mahu meminta sokongan daripada saya, saya tetap akan menyokongnya, dan berkawan semula dengannya seperti biasa.

“Kerana hubungan yang terbina adalah berteraskan perasaan kasih sayang yang lahir antara makhluk. Jika dia mahu, dia boleh menghubungi saya bila-bila masa saja. Saya tetap menerimanya dan menganggap sebahagian daripada saya,” katanya.

Menurut Johan, dia tidak rasa hubungan persahabatan yang dibina bersama Shila akan terputus begitu sahaja, memandangkan hubungan kekeluargaan mereka sangat rapat.

“Hubungan keluarga antara kami sangat rapat. Malah, Shila tetap menghubungi ibu saya, dan saya percaya hubungan mereka akan kekal baik selamanya,” katanya yang menganggap hubungan yang terjalin adalah kasih sayang yang diberikan oleh ALLAH SWT kepada semua makhluknya.

Namun, apabila ditebak mengenai Shila yang dikatakan tidak mahu menerima Johan atas alasan sendiri, Johan agak terkejut.

“Apa pun, saya tetap akan bersahabat dengan Shila selamanya.

Hubungan ini tidak akan putus. Saya masih dan tetap menyayangi Shila selamanya.

“Sebagai seorang sahabat, seperti yang selalu saya katakan, saya akan tetap mendoakan kebahagiaannya sampai bila-bila. Dan berharap dia berjaya dan gembira,” katanya yang menganggap penyanyi itu sebagai adiknya sejak awal perkenalan lagi.

Belum bawa Lana jumpa ibu

Meskipun dalam fasa perkenalan dengan cinta barunya itu, Lana Nordin, Johan bagaimanapun mengakui masih belum membawa kekasih hatinya itu untuk berjumpa keluarganya.

Jelas Johan, dia akan membawanya untuk berjumpa keluarganya pada masa yang betul-betul sesuai.

“Saya masih belum bawa Lana jumpa keluarga. Nanti ada masa yang betul-betul sesuai saya akan membawanya,” katanya yang mengakui keduanya sibuk dengan karier masing-masing.


Sinar Harian

Thursday, 12 December 2013

PELAKON JOHAN AS'ARI KEMALANGAN | ADA HIKMAH DI SEBALIK KEJADIAN

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Johan menerusi akaun Instagram miliknya dengan memuat naik gambar keretanya yang rosak akibat kemalangan tersebut.


Johan As'ari terlibat kemalangan
Keadaan kereta Johan seperti yang dikongsikannya menerusi laman Instagram miliknya. - Foto ihsan Johan As'ari

Johan As'ari terlibat kemalangan

PELAKON popular, Johan As'ari sekali lagi mengalami kemalangan jalan raya pada pagi 10 Disember lalu.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Johan menerusi akaun Instagram miliknya dengan memuat naik gambar keretanya yang rosak akibat kemalangan tersebut.
 
Berdasarkan status yang dikongsi Johan, kemalangan itu berlaku ketika dia dalam perjalanan menuju ke lokasi penggambaran.  

Namun, tidak ada sebarang kecederaan yang dilaporkan.
 
Johan turut memberitahu kemalangan yang berlaku bukanlah di atas kecuaiannya, sebaliknya percaya ada hikmah di sebalik kejadian tersebut.
 
Untuk rekod, sebelum ini Johan juga pernah mengalami kemalangan dengan kereta yang sama pada tahun lalu.



Sinar Harian

Thursday, 28 November 2013

SHILA AMZAH PASRAH JOHAN AS'ARI PILIH LANA NORDIN SEBAGAI ISTERI?

Ekoran berita yang amat mengejutkan itu, rata-rata pengikut laman sosial Shila telah memberi kata-kata positif buat penyanyi itu dan meminta agar dia tidak terus bersedih atas keputusan yang telah dibuat oleh Johan.

Shila Amzah
SHILA AMZAH PASRAH JOHAN AS'ARI PILIH LANA NORDIN SEBAGAI ISTERI?

Johan pilih Lana, Shila pasrah?

SETELAH pengakuan terbuka dilakukan oleh pelakon filem Juvana, Johan As’ari bahawa beliau akan menyunting Lana Nordin sebagai permaisuri hidupnya, ramai pihak terkejut khususnya peminat Shila Amzah memandangkan sebelum ini mereka digosipkan bercinta.

Ekoran berita yang amat mengejutkan itu, rata-rata pengikut laman sosial Shila telah memberi kata-kata positif buat penyanyi itu dan meminta agar dia tidak terus bersedih atas keputusan yang telah dibuat oleh Johan.

Shila yang gemar berkomunikasi dengan peminat menerusi Twitter mahupun instagramnya bagaimanapun memberitahu bahawa beliau menerima segala ketentuan takdir dan percaya pasti ada hikmah disebalik semua yang berlaku.

"Tak apa, jodoh ALLAH yang tentukan, Sha terima siapa pun jodoh Sha.

"Doakan yang terbaik lagipun ALLAH tahu dan ada hikmah semuanya," katanya yang menjawab segala respon diberikan oleh peminatnya di laman sosial Instagram.

Pada masa sama, Shila yang popular dengan lagu Patah Seribu itu turut menyatakan, dia tidak akan mengulangi lagi perbuatan yang mengaibkan dirinya dan keluarga seperti sebelum ini.

Bagi penyanyi itu, zaman telah berubah dan kini dirinya lebih matang untuk menghadapi segala rencah kehidupan.

"The silly side of me..well,parts and parcels of life..kita tetap kena jalan ke depan..tak kira seberapa berat pun kaki kita melangkah..well..as i said before..hidup kita ada banyak cabang pilihan..ada banyak perhentian sebelum sampai ke destinasi..so..why bother?cmon people..chin up..and let it be:)

"ALLAH itu berkuasa..Maha kuasa dari segalanya.. don’t worry guys..i ain’t that girl with white scarf and the guitar no more..so..l ets fill our life with love.. no hatred.. no regrets.. i love you guys..always..from the bottom of my heart..i can never thank you enough#Shayang#Shilalas forever:)," ujarnya.

Melalui perkongsian foto terbaru, Shila turut memberi kata-kata positif buat ibu Johan.

"Please be strong aunty sayang..we love you..no matter what:) ALLAH knows better..we are here for you.. balik nanti kita pergi jalan-jalan..i promise..:*@firdausari," jelas beliau.

Memetik laporan Berita harian hari ini, Johan membuat membuat pengakuan bahawa dirinya telah melamar pelakon seksi, Lana untuk dijadikan isteri berdasarkan ‘gerak hati’.

Johan juga percaya dan yakin Lana merupakan calon suri seperti yang didoakan di depan Kaabah ketika mengerjakan umrah, awal tahun ini.

Dengan pengakuan yang dibuat oleh Johan maka segala persoalan sejauhmana hubungan antara Johan dengan Shila sebelum ini terjawab apabila pelakon filem Paku itu menjelaskan bahawa keakraban mereka sebatas abang dan adik sahaja.

Kata Johan, hubungannya dengan Lana sudah dimaklumkan kepada ibu Shila dan mereka merestuinya.



Sinar Harian

AKHIRNYA JOHAN AS'ARI PILIH LANA NORDIN SEBAGAI ISTERI

Ini bukan gimik filem atau skrip drama lakonan mereka bersama. Sekurang kurangnya itu’lah yang dilaporkan Berita Harian hari ini. Johan As’ari telah pun melamar pelakon seksi Lana Nordin untuk menjadi permaisuri hidupnya hanya selepas tiga hari berjumpa.

AKHIRNYA JOHAN AS'ARI PILIH LANA NORDIN SEBAGAI ISTERI


EKSKLUSIF: Lamar lepas 3 hari jumpa


Tatkala peminat memperkatakan kesahihan hubungannya dengan penyanyi, Shila Amzah, Johan As'ari akhirnya tampil membuat pengakuan. 


Rupa-rupanya dalam diam, pelakon ini meluahkan cintanya hanya untuk pelakon, Lana Nordin yang ingin dijadikan permaisuri hidup. 

Ini bukan gimik filem atau skrip drama lakonan mereka bersama. Sekurang kurangnya itu’lah yang dilaporkan Berita Harian hari ini. Johan As’ari telah pun melamar pelakon seksi Lana Nordin untuk menjadi permaisuri hidupnya hanya selepas tiga hari berjumpa.
Mereka bertemu buat pertama kali ketika menjayakan sebuah program pada 18 Oktober 2013 yang lalu dan tiga hari kemudian, Johan As’ari terus meluahkan isi hati dan hasrat beliau untuk memperisterikan Lana Nordin.
Johan As’ari juga percaya & yakin yang Lana Nordin merupakan calon suri seperti yang didoakan di depan Kaabah ketika mengerjakan umrah, awal tahun ini.
“Selepas bertukar nombor telefon, kami keluar makan tiga hari berturut turut sebelam saya tekad membuka mulut mahu menyuntingnya,” jelas Johan As’ari.
“Lana sangat menyenangkan. Dia nampak lincah tetapi punya kelembutan tersendiri. Memang dia sendiri terkejut dan bertanya semula. Mungkin tiga hari terlampau awal untuk menyelami hati seseorang. Saya yakin cinta kami akan terus bersemi selepas kahwin”
Lana Nordin hadir menemani Johan As’ari ke Balai Berita NSTP untuk promosi filem Paku namun mereka berdua nampak manja selain memanggil diri masing masing dengan gelaran baby & sayang tidak mampu menutup status mereka yang sedang hangat bercinta.
“Kalau ikutkan, kami tidka mahu menangguhkan perkara baik — cuma tempohnya terlalu dekat, mungkin lebih sesuai awal tahun depan supaya persiapan dapat dilakukan tanpa tergesa gesa,” tambah Johan As’ari yang tidak mahu dedahkan tarikh pernikahan.
Keberanian & Keikhlasan Johan As’ari Buka Hati Lana Nordin
Lana Nordin pula berkata yang beliau memang mencari teman hidup yang boleh membimbing dirinya selain hati beliau terpikat dengan keberanian Johan As’ari dan juga keikhlasan untuk menjadikan dirinya sebagai permaisuri hidupnya.
“Saya nampak ketulusan hatinya. Walaupun terkejut, saya sebak apabila dia menyatakan alasan mahu menjadikan saya isteri. Sebagai wanita, saya memang mencari pembimbing yang boleh membimbing. Doa saya dimakbulkan apabila dipertemukan dengan Johan”
“Ketika dia meluahkan perasaan, saya hanya memintanya bertemu terus dengan keluarga andai benar benar serius. Dia bukan main main. Sebagai wanita, lebih manis kalau johan saja berbicara soal tunang dan berkahwin,” jelas Lana Nordin. (rtky/m)

Roti Kaya

Friday, 6 September 2013

IBU & AYAH MAHU MERISIK SHILA AMZAH - JOHAN AS'ARI

Tetapi, percintaan mereka tidak boleh hanya diungkapkan melalui gambar. Mungkin gambar itu hanya sebagai cebisan bukti yang mereka sedang dilamun cinta.
IBU & AYAH MAHU MERISIK SHILA AMZAH - JOHAN AS'ARI

Dapat restu keluarga


GAMBAR mesra pelakon, Johan As'ari dengan penyanyi hebat, Shila Amzah yang dimuat naik oleh Shila di laman sosial menyebabkan ramai membuat andaian bahawa kedua-duanya sedang hangat bercinta. Wow, mungkin boleh dikatakan ya memandangkan Johan dan Shila kini bukan milik siapa-siapa.

Tetapi, percintaan mereka tidak boleh hanya diungkapkan melalui gambar. Mungkin gambar itu hanya sebagai cebisan bukti yang mereka sedang dilamun cinta.

Nasib Hits sungguh baik apabila bertandang ke rumah terbuka Wirefame Entertainment Sdn. Bhd., milik Zizan Razak di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini. Kemeriahan sambutan Syawal itu memang terasa. Hits berusaha mencari Johan untuk 'membongkar' gosip sehangat api itu.

Sungguh bertuah! Selepas sejam berada di situ, Johan yang dilihat khusyuk melayan tetamu didatangi oleh 'kekasih hati', Shila Amzah.

Mungkin kedatangan Shila menguatkan lagi bukti mereka sedang bercinta. Tetapi masing-masing, baik Johan mahupun Shila sudahpun menafikan mereka sedang bercinta.

Sebenarnya mereka ini pasangan serasi. Jadi, jurugambar terus memotret gambar mereka berdua. Tanpa berlengah, Hits terus mendapatkan Johan untuk penjelasan lanjut mengenai sejauh manakah cinta mereka.

Pelakon yang popular dengan panggilan Botak ini memberitahu hubungannya dengan penyanyi Shila Amzah hanyalah sekadar kawan tetapi mendapat restu daripada keluarganya.

Malah mengakui kedua ibu bapanya pernah meluahkan hasrat untuk merisik Shila bagi pihaknya.

"Ibu dan ayah pernah bertanya kepada saya, jika saya berkenan dengan Shila, mereka mahu merisik dia.

"Mereka memang suka sangat apabila tengok saya rapat dengan Shila. Mereka lihat Shila seorang wanita yang baik lebih-lebih lagi dengan penampilannya yang bertudung," katanya.

Ulas Johan, orang tuanya memang nampak ciri-ciri wanita muslimah yang ada pada diri Shila malah ke mana sahaja Shila sentiasa bersama orang tuanya.

"Secara jujur, Shila memang sudah menepati pilihan hati orang tua saya. Namun apa-apa pun, saya anggap soal merisik itu sekadar usikan antara ibu bapa dan anak sahaja," ujar Johan lagi.


Tidak letak sebagai calon

Mengulas lanjut, Johan memberitahu, dia tidak meletakkan Shila sebagai calon jodohnya, namun tidak menolak dengan siapa sahaja jodoh yang datang kepada dirinya.

"Siapalah saya ini jika mahu dibandingkan dia yang berjaya mencipta nama dan mengorak kerjayanya ke peringkat antarabangsa.

"Dia merupakan ikon Malaysia dan berjaya bawa Malaysia di mata dunia.

"Dan saya tidak akan terkejut jika Shila disunting oleh anak raja sekalipun," ungkap Johan.

Kata Johan, apa yang datang pada dirinya, dia akan jaga dengan elok.

"Saya dengan Shila memang berkawan baik. Hubungan kami berlaku secara automatik dan saya hargai pertemuan ini," katanya sambil memberitahu Shila memiliki ciri-ciri wanita yang dicarinya.

Berpegang teguh kepada ajaran agama, Johan berkata, dalam Islam jika hendak mencari calon isteri, kita kena lihat pada empat perkara iaitu paras rupa cantik, keturunan yang baik, harta dan juga agama.

"Bagi saya, Shila ada keempat-empat kriteria tersebut," ujarnya.


Akan bertunang

Timbul lagi gosip mengatakan bahawa Johan akan bertunang pada penghujung tahun ini, tetapi sejauh mana kebenaran itu.

Rungkai Johan, dia masih solo dan tidak mempunyai kekasih tetapi masih berharap dapat merealisasikan hasratnya untuk bertunang pada Disember ini.

"Usia saya semakin meningkat. Jadi saya fikir memang patut untuk saya berkahwin dalam usia 27 tahun ini.
"Tetapi siapakah gerangannya, saya sendiri pun tidak tahu.

"Saya masih samar-samar lagi berkenaan siapa wanita yang menjadi bakal tunang saya. Dia (bakal tunang) masih tiada lagi," katanya yang akan menyambut ulang tahun kelahiran pada 3 Disember ini.

Tambah pelakon berasal dari Pulau Pinang itu, ia hanyalah sekadar perancangannya untuk bertunang pada usianya mencecah 27 tahun itu.

Ketika ditanya mengenai Shila yang dikatakan perampas, Johan menjelaskan supaya semua orang tidak menyalahkan Shila.

"Shila bukan perampas walaupun saya akui dia wanita yang mempunyai semuanya.

"Saya juga punyai seorang kawan yang hanya rakan biasa yang sentiasa menghubungi dan mengingatkan saya tentang solat," jelasnya yang ingin fokus kepada kerjaya.


Utusan