Pages

Saturday 2 November 2013

SAMSUNG GALAXY S4 ZOOM MODEL TERBARU GALAXY S4!

Telefon pintar dengan kamera kompak tercanggih ini menawarkan fungsi hampir sama dengan model Samsung S4 yang terdahulu namun digabungkan dengan Optical Zoom 10X sensor CMOS 16 megapiksel, penstabil imej optik (OIS) dan Xenon Flash yang menggunakan teknologi GALAXY 4 terbaru. 

SAMSUNG GALAXY S4 ZOOM MODEL TERBARU GALAXY S4!


Samsung GALAXY S4 Zoom baru!


19 Ogos - Samsung kembali melancarkan model terbaru GALAXY S4 iaitu Samsung GALAXY S4 Zoom yang menggunakan prosesor 1.5 GHz Dual- Core dengan keupayaan fotografi yang terkini. 

Telefon pintar dengan kamera kompak tercanggih ini menawarkan fungsi hampir sama dengan model Samsung S4 yang terdahulu namun digabungkan dengan Optical Zoom 10X sensor CMOS 16 megapiksel, penstabil imej optik (OIS) dan Xenon Flash yang menggunakan teknologi GALAXY 4 terbaru. 

Dengan sistem operasi Android Jelly Bean 4.2, S4 zoom tampil dengan rekaan lebih menarik dan menonjol khususnya di bahagian belakang. Selain itu, ia mampu meningkatkan pelbagai fungsi dalam model S4 sebelum ini termasuk fungsi Touchwiz yang boleh mengubahsuai banyak aspek seperti paparan statik dan notifikasi bagi memberi pengalaman yang menakjubkan kepada pengguna. 

Antara fungsi tambahan lain ialah Samsung Link, Samsung CHatON, S Voice, S Translator, Share Music (MP3) dan Trip Advisor. 

Pengeluaran model S4 zoom ini sememangnya mampu memenuhi keperluan kerana pengguna dapat merakam imej seperti jurugambar profesional selain digunakan untuk membuat panggilan biasa, membalas pesanan, melayari Internet dan aktif di laman sosial. 

Peranti dengan memori dalaman 8GB datang dalam dua warna pilihan iaitu hitam dan putih dan sudah pun berada di pasaran dengan harga RM1699 seunit.


Yahoo

No comments:

Post a Comment