Pages

Thursday, 28 November 2013

IBU & BAPA TUNGGAL DIBERI RM2,00 UNTUK KAHWIN LAGI

Lebih manis, pasangan ibu atau bapa tunggal yang mengambil keputusan untuk berkahwin sesama mereka, turut menerima insentif berbentuk tunai sebanyak RM2,000 setiap seorang.

RM2,000 untuk ibu dan bapa tunggal kahwin lagi
Antara pasangan yang berkahwin bergambar kenangan pada Penyampaian Insentif Perkahwinan Ibu/Bapa Tunggal Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak.

RM2,000 untuk ibu dan bapa tunggal kahwin lagi

GONG BADAK – Bergelar pengantin di kala usia lanjut, apatah lagi ada yang lebih dua kali diraikan sebagai raja sehari, mungkin pengalaman tidak dirasai semua orang.

Lebih manis, pasangan ibu atau bapa tunggal yang mengambil keputusan untuk berkahwin sesama mereka, turut menerima insentif berbentuk tunai sebanyak RM2,000 setiap seorang.

Cetusan atau idea untuk memperkenalkan program insentif perkahwinan dalam usaha untuk menggalakkan ibu atau bapa tunggal mencari pasangan baharu selepas gagal dalam perkahwinan terdahulu, datangnya daripada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga (YPKT) membelanjakan lebih RM1.2 juta bagi membiayai program itu yang diperkenalkan bermula tahun ini, di mana seramai 618 orang sudah mendapat imbuhan masing-masing.

Ahmad berkata, hasil usaha murni itu, seramai 173 ibu tunggal sudah berkahwin dengan duda, 174 ibu tunggal berkahwin dengan teruna dan 98 duda berkahwin dengan anak dara.

“Statistik menunjukkan Terengganu kini mempunyai seramai 24,318 orang berstatus ibu tunggal, manakala seramai 2,810 bapa tunggal atau duda.

“Sebahagian besar daripada mereka masih aktif dan produktif untuk berkeluarga, tetapi belum bertemu jodoh ataupun masih ragu-ragu untuk berkahwin semula,” katanya ketika menyempurnakan Penyampaian Insentif Perkahwinan Ibu/Bapa Tunggal Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak, di sini.

Ahmad juga berkata, kerajaan negeri sentiasa memberikan galakan di dalam proses perkahwinan semula bagi membantu ibu dan bapa tunggal agar mereka dapat membina kehidupan baharu.

Sementara itu, bagi pasangan Saibani Ithmin, 67 dan Rohazaiton Ibrahim, 48, mengakui bersyukur serta terharu dengan bantuan tersebut kerana sekurang-kurangnya mampu mengurangkan bebanan pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga.



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment