Pages

Sunday, 24 November 2013

PELAKON AMYZA AZNAN KEGUGURAN KETIKA JALANI PENGGAMBARAN

Kejadian berlaku ketika Amyza sedang menjalani penggambaran di Johol, Negeri Sembilan.


Amyza Aznan
Amyza tidak dapat menjalani tempoh berpantang seperti orang lain kerana tuntutan kerja.

Amyza Aznan keguguran

PELAKON dan pelawak popular, Amyza Aznan mengalami keguguran ketika kandungannya memasuki usia dua bulan.

Kejadian berlaku ketika Amyza sedang menjalani penggambaran di Johol, Negeri Sembilan.
 
"Ketika menjalani penggambaran tanpa disangka saya mengalami pendarahan. Kru di lokasi bergegas menghantar saya ke Kuala Lumpur.
 
"Jujurnya ketika saya disahkan mengandung, suami dan anak adalah orang yang paling teruja. Tapi nak buat macam mana bukan rezeki saya. Malah saya sangat bersedih dan asyik menangis sejak semalam," kata Amyza ketika dihubungi Media Hiburan Online, Jumaat lalu
 
Namun, Amyza tidak dapat menjalani tempoh berpantang seperti orang lain kerana tuntutan kerja.
 
"Sepatutnya saya perlu menjalani tempoh berpantang seperti orang lain, tetapi memandangkan tuntutan kerja yang tinggal tiga hari lagi, jadi saya perlu ke lokasi pada hari Isnin ini (esok)."
 
Untuk rekod, Amyza dan suaminya telah memiliki tiga orang cahaya mata sebelum ini.



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment