Kedua-dua model akan boleh mula didapati di semua pengedar sah BMW Motorrad seluruh negara bermula 22 Mac, pada harga atas jalan, tanpa insurans RM79,800 untuk BMW F 700 GS dan RM89,800 untuk BMW F 800 GS.
BMW F 800 GS dikombinasikan dengan kualiti lebih baik. |
BMW lancar motosikal F 700 GS dan F 800 GS
BMW Group Malaysia melancarkan motosikal baru BMW F 700 GS dan BMW F 800 GS yang ditambah baik oleh BMW Motorrad mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai syarikat automotif jualan premium di negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Dr Gerhard Pils berkata, tahun lalu, BMW Motorrad mencatatkan pertumbuhan 21 peratus dalam perniagaannya berbanding tahun sebelumnya, dengan jualan 362 motosikal.
“Ini merupakan sumbangan kukuh terhadap prestasi keseluruhan BMW Group Malaysia yang menyaksikan 2012 sebagai tahun prestasi paling baik, dengan jualan kenderaan keseluruhan 7,021 BMW, Mini dan Motorrad,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, BMW Group Malaysia, BMW F 700 GS direka bagi tunggangan lasak di luar jalan biasa serta memenuhi keupayaan semua keadaan bagi kegunaan setiap hari, manakala BMW F 800 GS dikombinasikan dengan kualiti lebih baik juga untukkegunaan di luar jalan biasa.
Kedua-dua model akan boleh mula didapati di semua pengedar sah BMW Motorrad seluruh negara bermula 22 Mac, pada harga atas jalan, tanpa insurans RM79,800 untuk BMW F 700 GS dan RM89,800 untuk BMW F 800 GS. - Bernama
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment