Pages

Showing posts with label Meninggal Dunia. Show all posts
Showing posts with label Meninggal Dunia. Show all posts

Tuesday, 30 April 2013

YAHYA JUSOH BEKAS PEMAIN BOLA SEPAK KEBANGSAAN MENINGGAL DUNIA

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah pada kira-kira 4.50 petang.

YAHYA JUSOH BEKAS PEMAIN BOLA SEPAK KEBANGSAAN MENINGGAL DUNIA
- Gambar Carian Google

Bekas pemain bola sepak kebangsaan Yahya Jusoh meninggal


KUALA TERENGGANU - Bekas pemain bola sepak kebangsaan Yahya Jusoh, 61, meninggal dunia di sini hari ini akibat kanser prostat.     
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah pada kira-kira 4.50 petang.

Anak Allahyarham, Hazim Yatimi berkata sebelum itu, bapanya mengadu sakit setelah demam beberapa hari lepas.

Beliau berkata selepas Subuh tadi, Allahyarham mengadu sesak nafas sehingga memaksanya memanggil doktor datang ke rumah mereka pada kira-kira 9 pagi.    

"Sejurus menerima rawatan, doktor menyarankan supaya saya bawa bapa ke hospital kerana keadaannya semakin teruk," katanya ketika ditemui di Taman Permint Jaya Chendering di sini.

Hazim Yatimi berkata meskipun sedih, mereka sekeluarga reda memandangkan Allahyarham sudah lama menghidap penyakit saraf, iaitu sejak 2009.

Yahya, yang merupakan pemain seangkatan dengan lagenda bola sepak negara Datuk Soh Chin Aun dan Allahyarham Mokhtar Dahari, meninggalkan seorang balu, Normah Alias, 60, tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki serta tiga cucu.

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin turut berkenan mencemar duli menziarahi jenazah Allahyarham di rumahnya.

Hadir sama Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu Datuk Che Mat Jusoh.

Sementara itu, Che Mat menganggap pemergian Yahya satu kehilangan besar dalam arena bola sepak negara.

"Allahyarham seorang yang baik, sama ada di dalam atau di luar padang. Saya dah kenal lama dia dan pernah melawatnya sewaktu dia sakit dahulu. Kehilangannya memang amat dirasakan," katanya.

Jenazah Yahya, yang juga bekas tonggak pertahanan Terengganu pada era 70-an dan 80-an, dijangka disemadi pukul 9 pagi esok di Tanah Perkuburan Islam Batu Burok di sini.- Bernama



Sinar Harian

Friday, 26 April 2013

DATUK SHAHARUDDIN IBRAHIM | TIMBALAN KETUA PENGARAH KASTAM DITEMBAK MATI


Beliau yang sedang dalam perjalanan ke pejabat di Putrajaya dipercayai mengalami kecederaan selepas terkena dua das tembakan di tengkuk dan pipi.
DATUK SHAHARUDDIN IBRAHIM | TIMBALAN KETUA PENGARAH KASTAM DITEMBAK MATI
- Gambar Carian Google

Timbalan Ketua Pengarah Kastam ditembak mati


KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim disahkan meninggal dunia selepas ditembak oleh penunggang motosikal di lampu isyarat Lebuh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya pagi tadi.
DATUK SHAHARUDDIN IBRAHIM | TIMBALAN KETUA PENGARAH KASTAM DITEMBAK MATI
- Gambar Carian Google

Beliau yang sedang dalam perjalanan ke pejabat di Putrajaya dipercayai mengalami kecederaan selepas terkena dua das tembakan di tengkuk dan pipi.
Shaharuddin dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia kira-kira 9.20 pagi ini. - KOSMO!



Tuesday, 2 April 2013

GEE ISTERI ABIL MENINGGAL DUNIA

Dia (Gee) meninggal jam 9.50 pagi tadi. Saat menghembuskan nafas yang terakhir, saya di sisinya.


Abil Fikri Ahmad
Gambar Fail: Abil mencium isterinya sebagai tanda kasih yang tidak berbelah bagi. 
Foto Sarinah Mat Kasim

Abil: 'Gee pergi dengan tenang'


SHAH ALAM – Pesakit saraf otak, Fauziah Muhamad, 39 atau Gee, yang kisahnya pernah dibawa Sinar Harian Online tahun lalu, menghembuskan nafas terakhir pagi tadi di rumahnya, Taman Seri Putih, Seremban.
Berita itu disahkan sendiri suaminya, Abil Fikri Ahmad, 44.


"Dia (Gee) meninggal jam 9.50 pagi tadi. Saat menghembuskan nafas yang terakhir, saya di sisinya.

"Dia pergi dengan tenang. Wajahnya tenang," kata Abil kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi sebentar tadi.

Menurut Abil, jenazah akan dikebumikan jam 4 petang ini.

Sebelum ini, kisah mereka mendapat perhatian umum setelah Abil sanggup berhenti kerja demi menjaga isterinya yang terlantar sejak tahun lalu.

Gee diserang asma sehingga menyebabkan dia mengalami kerosakan pada saraf otaknya sejak Jun 2011.

Orang ramai yang ingin menziarah boleh terus ke rumah Abil yang terletak di No 36, Taman Seri Putih, Seremban atau di Makam Tuan Haji Syed.


Sinar Harian

Saturday, 30 March 2013

DATUK ABDUL RAHIM BAKAR | BEKAS IMAM BESAR MASJID KEPALA BATAS MENINGGAL DUNIA

"Arwah bapa menjadi imam masjid itu sejak dari muda lagi dan meletak jawatan sekitar tahun 2005 selepas keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan," katanya.


Bekas imam besar Masjid Kepala Batas meninggal dunia
Abdullah antara mereka mengambil bahagian dalam solat jenazah di Masjid Al-Jamiul Badawi.

Bekas imam besar Masjid Kepala Batas meninggal dunia


KEPALA BATAS - Bekas Imam Masjid Al-Jamiul Badawi Kepala Batas, Datuk Abdul Rahim Bakar meninggal dunia di rumahnya di sini, malam tadi


Anak sulungnya, Roslan Abdul Rahim berkata, bapanya menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11.50 malam dan selamat dikebumikan di tanah perkuburan masjid berkenaan jam 11.30 pagi tadi.

Beliau berkata, Allahyarham terlantar di rumah sejak tiga tahun lalu selepas terkena serangan angin ahmar.

"Arwah bapa menjadi imam masjid itu sejak dari muda lagi dan meletak jawatan sekitar tahun 2005 selepas keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan," katanya.

Allahyarham yang berusia 87 tahun menjadi imam masjid berkenaan lebih 50 tahun dan adalah kenalan bapa bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Abdul Rahim meninggalkan seorang balu, Datin Aishah Bakar dan lima anak.


Abdullah turut memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarham dan menyertai solat jenazah bersama jemaah lain di masjid berkenaan.


Sinar Harian

Tuesday, 26 March 2013

Dr MUHAMMAD UTHMAN | TOKOH PEMIKIR ISLAM MENINGGAL DUNIA

"Allahyarham ketika itu sedang membaca buku dan mengadu kepada ibu saya yang beliau letih dan ingin tidur, sebelum ibu menyedari bapa saya telah meninggal dunia dalam tidur," katanya kepada pemberita.


Dr Muhammad Uthman El-Muhammady



Tokoh pemikir Islam Dr Muhammad Uthman meninggal dunia


KUALA LUMPUR - Tokoh Maal Hijrah 2005 Dr Muhammad Uthman El-Muhammady, 70, meninggal dunia di kediamannya di Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Ketamadunan (Istac) malam tadi akibat sakit jantung.
   
Dr Muhammad meninggal dunia pada kira-kira 7.30 malam.
   
Beliau meninggalkan seorang balu Mariam Hussain, 65, dan 11 anak iaitu tujuh perempuan dan empat lelaki, berumur antara 20-an dan 40-an serta lebih 40 cucu.
   
Anak lelaki Allahyarham, Ahmad, 35, berkata, bapanya tidak menunjukkan sebarang perubahan atau mengadu sakit namun kelihatan letih siang tadi.
   
"Allahyarham ketika itu sedang membaca buku dan mengadu kepada ibu saya yang beliau letih dan ingin tidur, sebelum ibu menyedari bapa saya telah meninggal dunia dalam tidur," katanya kepada pemberita.
   
Ahmad berkata bapanya juga sebelum ini tidak menunjukkan kelakuan pelik namun Allahyarham kelihatan begitu gembira pada Ahad lepas ketika berkumpul bersama anak serta cucunya.
    
Beliau berkata Allahyarham yang menghidap sakit jantung sejak setahun lepas juga sempat menterjemah dua buku agama.
   
Allahyarham akan dimandi dan disembahyang di Masjid Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak pada 9 pagi ini sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Islam UIA selepas solat Zohor.
   
Dr Muhammad, yang merupakan tokoh pemikir Islam tanah air, dilantik Felo Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia sejak 1995 hingga 2008, sebelum dilantik semula hingga 2010.
   
Allahyarham juga adalah Felo Amat Utama Akademik Istac UIA dan anggota lembaga pemegang amanah Yayasan Karyawan, juga pensyarah sambilan peringkat ijazah sarjana dalam perbandingan agama di Universiti Teknologi Mara (UiTM). - Bernama



Sinar Harian

Monday, 18 March 2013

TAN SRI ZUKI PENGERUSI PANEL RAYUAN UMNO MENINGGAL DUNIA

Zuki, berkelulusan ijazah undang-undang dari Lincoln's Inn London, pernah menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang pada 1986 dan pernah dilantik sebagai senator pada 1995.


Najib ziarah jenazah Allahyarham Tan Sri Zuki
Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada isteri Allahyarham, dan anaknya ketika mnziarahi jenazah Allahyarham Tan Sri Zuki Kamaludin di Bandar Kinrara hari ini. - Foto Bernama


Pengerusi panel rayuan Umno Tan Sri Zuki meninggal dunia



KUALA LUMPUR - Pengerusi Panel Rayuan Umno, Tan Sri Zuki Kamaludin meninggal dunia semalam.
   
Menurut Umno Online, Zuki, 77, meninggal dunia pada pukul 5.45 petang. Bagaimanapun, laman web itu tidak memaklumkan sebab kematian Allahyarham.
   
Jenazah Allahyarham kini berada di rumah anaknya Datuk Dr Zamin di No 177, Jalan BK5b/1, Bandar Kinrara, Puchong, dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Bohol, Puchong, pada pukul 10 pagi ini.
   
Zuki, berkelulusan ijazah undang-undang dari Lincoln's Inn London, pernah menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang pada 1986 dan pernah dilantik sebagai senator pada 1995.
   
Alllahyarham juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Benta Pahang selama empat penggal sejak pilihan raya umum 1978. - Bernama



Sinar Harian

Monday, 11 March 2013

DATUK IDDERIS KASSIM, ADUN LENDU MENINGGAL DUNIA


Idderis, 66, yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka menghembuskan nafas terakhir di hadapan seluruh ahli keluarganya.


DATUK IDDERIS KASSIM

ADUN Lendu, Idderis Kassim meninggal dunia


MELAKA 10 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, Datuk Idderis Kassim meninggal dunia di Hospital Pakar Putra di sini kira-kira pukul 6.40 petang ini akibat barah usus.

Idderis, 66, yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka menghembuskan nafas terakhir di hadapan seluruh ahli keluarganya.

Anak sulungnya, Zamran, 39, ketika ditemui berkata, bapanya yang mula menghidap penyakit itu sejak 2011 dimasukkan ke hospital berkenaan pada 19 Februari lalu setelah keadaan kesihatannya semakin merosot.

"Tekanan darahnya mula rendah sejak pukul 4.30 petang tadi dan arwah disahkan meninggal dunia oleh doktor kira-kira pada pukul 6.50 petang.

"Arwah pergi dengan senang dan kami sekeluarga redha dengan pemergiannya." katanya di sini hari ini.

Idderis turut meninggalkan isteri, Rohani Yunus, 61, serta seorang lagi anak lelaki, Zulkarnain, 36, dan empat orang cucu.

Menurut Zamran, jenazah bapanya kemudian dibawa pulang ke rumahnya di Batu 19 3/4 Air Limau, Masjid Tanah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Air Limau pagi esok.

Tambahnya, tugas terakhir bapanya sebelum terlantar sakit Februari lalu ialah menyampaikan sumbangan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di sebuah sekolah Cina di Parlimen Masjid Tanah. - UTUSAN