Pages

Tuesday 23 April 2013

PENYANYI ADIRA 'PLAYGIRL'?

Pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta sejenis sehingga menyebabkan pergaduhan antara kekasihnya, Hafiz dan sekali gus meranapkan hubungan cintanya, Adira kemudiannya dikatakan bercinta dengan AG Coco dan terbaru, penyanyi Aliff Aziz.

Adira AF
PENYANYI ADIRA 'PLAYGIRL'?

Dicop 'playgirl'


NAMA Adira atau Siti Adira Suhaimi, 21, barangkali tidak asing lagi dalam industri nyanyian di Malaysia.

Sejak memenangi naib juara Akademi Fantasia musim kelapan, nama Adira terus menyinar sebagai penyanyi yang cukup berbakat.

Namun, jika diselak diari seni gadis yang berasal dari Ranau, Sabah ini, lebih banyak kisah peribadinya yang menjadi tatapan berbanding karier nyanyiannya.

Pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta sejenis sehingga menyebabkan pergaduhan antara kekasihnya, Hafiz dan sekali gus meranapkan hubungan cintanya, Adira kemudiannya dikatakan bercinta dengan AG Coco dan terbaru, penyanyi Aliff Aziz.

Namun, semua hubungan cintanya gagal bertahan lama dan kini Adira sudah kembali sendiri.

Tidak melatah dengan segala cerita yang timbul, Adira mengakui kadangkala merasa sedikit ralat kerana lebih banyak kisah cinta dari kariernya bermain di dada media.

Namun, dia melihat dari sudut positif dan menganggap masih ada pihak yang mengambil tahu akan dirinya biarpun hanya melalui kisah cinta.

"Bukan semuanya saya kongsi dengan peminat dan masyarakat. Ada yang saya simpan sendiri kerana terlalu peribadi untuk dikongsi.

"Saya sebenarnya tidak selesa bila kontroversi dan hal peribadi diberi perhatian berbanding karier. Tapi saya faham, orang tidak akan berhenti bercakap.

"Asalkan tidak keterlaluan, saya tidak kisah. Paling penting, peminat dan keluarga setia berdiri di belakang saya sejak dahulu lagi," jelasnya kepada Zass.

Menjawab persepsi masyarakat yang mengatakan dia seorang 'playgirl' apabila kerap bertukar pasangan, Adira berkata, dia hanya manusia biasa dan masih muda dalam menelusuri alam percintaan.

"Di luar sana, ada juga orang yang seperti itu (bertukar pasangan), bezanya dia tidak dikenali.

"Sejujurnya, saya bukannya tidak serius dalam perhubungan, cuma saya masih muda dan kadangkala dalam perhubungan ini banyak dugaannya.

"Ada kalanya berlaku sesuatu yang orang lain tidak tahu dan hanya lelaki dan perempuan yang menjalinkan hubungan sahaja yang tahu apa yang berlaku dan ia sukar diterangkan dan dikongsi," ujarnya yang berharap akan menemui cinta sejati suatu hari nanti.

Tak musuhi Aliff

Menyentuh mengenai kekecewaan Aliff terhadap dirinya baru-baru ini, Adira berkata, dia masih berkawan baik dengan Aliff dan mereka masih berkawan rapat.

"Jika orang mempersoalkan mengenai 'couple ring', bagi saya, ia sekadar cincin. Lagipun saya tak mahu komen lebih-lebih. Apa yang berlalu biarlah berlalu dan saya tidak pernah memusuhi Aliff," katanya.

Ditanya soal lelaki idamannya, Adira berkata, dia tidak meletakkan sebarang kriteria kepada lelaki yang ingin menjadi pasangannya.

"Saya tidak pernah letak impian seorang itu mesti ada rupa paras yang kacak, atau poket yang tebal. Cukuplah dia menerima, menyayangi dan menghormati saya dan keluarga seadanya," katanya.

Tumpu album

Sementara itu, berkongsi perkembangan karier seninya, Adira berkata, dia bersama pihak pengurusan  Astro, kini sedang dalam proses perbincangan mengenai album barunya.

Katanya, mereka kini sedang mengumpul material dan ada beberapa nama komposer terkenal akan terlibat dengan albumnya kali ini.

"Insya-ALLAH, buat masa ini, single baru saya akan dilancarkan bulan depan dan dalam pada yang sama, pembikinan album juga akan bermula.

"Namun, buat masa ini, saya lebih selesa memberi tumpuan terhadap karier nyanyian berbanding lakonan. Malah saya juga amat mengagumi pelakon di Malaysia kerana komitmen lakonan sebenarnya lebih tinggi berbanding komitmen nyanyian.

"Mungkin apabila karier nyanyian saya berada dalam keadaan stabil atau saya benar-benar ada masa terluang untuk berlakon baru saya buat," ujarnya yang kini sedang bercuti di kampung halaman.



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment