Pages

Sunday 21 April 2013

RAJA LAWAK 7: DUA PENYINGKIRAN DI MINGGU KE 2 | EMY & ALI TERSINGKIR


Beraksi di minggu kedua Gelanggang Raja Lawak 7, penyingkiran Emy dan Ali itu diumumkan salah seorang juri tetap RL7 iaitu Dato` AC Mizal, menjadikan mereka dua peserta pertama yang tersingkir untuk musim ini.


Dua Penyingkiran di Minggu Kedua RL7

Dua Penyingkiran di Minggu Kedua RL7




KUALA LUMPUR, 20 APRIL 2013: Dua minggu beraksi di pentas Raja Lawak 7 (RL7) mungkin tidak cukup tetapi itulah yang terpaksa ditempuh oleh 2 peserta iaitu Emy dan Ali apabila mereka berdua diumumkan sebagai peserta yang tersingkir sebentar tadi.

Beraksi di minggu kedua Gelanggang Raja Lawak 7, penyingkiran Emy dan Ali itu diumumkan salah seorang juri tetap RL7 iaitu Dato` AC Mizal, menjadikan mereka dua peserta pertama yang tersingkir untuk musim ini.

Gelanggang RL7 minggu kedua telah bersiaran dari Studio Finas, Hulu Klang dan pada malam ini, kesemua peserta diminta membuat persembahan bertemakan `Cerita Kedai Kopi`.

Penyingkiran Emy dan Ali bagaimanapun boleh dijangka kerana mereka berdua telah pun berada dikedudukan tiga terbawah sejak minggu lepas. Satu lagi peserta yang berada dikedudukan terbawah iaitu kumpulan Ganu bagaimanapun terselamat.

Raja Lawak 7 terus dihoskan oleh pasangan Jozan manakala juri tetap untuk musim ini ialah Dato` AC Mizal, Saiful Apek dan Isma Alif. Program ini telah bersiaran di Astro Prima (saluran 105) dan Astro Mustika HD (saluran 134).

Dengan penyingkiran Emy dan Ali, tinggal 12 lagi peserta untuk merebut gelaran Raja Lawak 7.


No comments:

Post a Comment