"Kami dimaklumkan penarikan diri Remy kerana pihak pengurusannya tidak bersetuju dengan kandungan M. Butterfly yang mempunyai elemen seksual dan politik," kata kenyataan tersebut.
Remy Ishak |
Remy Ishak tarik diri teater M. Butterfly,
Benjy ganti
PELAKON terkenal, Remy Ishak menarik diri daripada pementasan teater M. Butterfly yang dijadualkan ke pentas Blackbox, Publika Solaris Dutamas, Kuala Lumpur mulai 11 hingga 14 April ini.
Wataknya diambil alih oleh pelakon, Benjy.
Menurut kenyataan dikeluarkan produksi teater itu, Remy menarik diri ekoran pihak pengurusannya tidak bersetuju dengan kandungan teater.
"Kami dimaklumkan penarikan diri Remy kerana pihak pengurusannya tidak bersetuju dengan kandungan M. Butterfly yang mempunyai elemen seksual dan politik," kata kenyataan tersebut.
Pementasan karya asal David Henry Hwang ini akan diarahkan oleh Mislina Mustaffa.
Drama yang diinspirasikan oleh opera Madama Butterfly Giacomo Puccini memaparkan watak utama, Rene Gallimard, yang merupakan seorang kakitangan awam dihantar untuk bekerja di kedutaan Perancis di China.
Gallimard jatuh cinta dengan diva opera China, Song Liling, yang sebenarnya seorang lelaki menyamar sebagai seorang wanita.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment