Pages

Friday 12 April 2013

DATIN ALISAH MENINGGAL SELEPAS 2 BULAN PEMERGIAN SUAMI ALLAHYARHAM YAHYA SULONG

Isteri kepada pelakon dan pelawak Allahyarham Datuk Yahya Sulong, Datin Alisah Ali, 64, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur di sini hari ini akibat kanser paru-paru.



DATIN ALISAH MENINGGAL SELEPAS 2 BULAN PEMERGIAN SUAMI
ALLAHYARHAM YAHYA SULONG
- Gambar Carian Google


Isteri Yahya Sulong meninggal dunia


KUALA LUMPUR - Isteri kepada pelakon dan pelawak Allahyarham Datuk Yahya Sulong, Datin Alisah Ali, 64, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur di sini hari ini akibat kanser paru-paru.
    
Jenazahnya dibawa pulang ke kediamannya di Bandar Baru Sentul sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Batu Muda, Batu Caves, Gombak selepas solat Jumaat.
    
Perkara itu disahkan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi ketika dihubungi Bernama.
    
Alisah meninggal kira-kira dua bulan selepas pemergian arwah suaminya.
    
Menurut Zed Zaidi, beberapa hari sebelum Allahyarham meninggal dunia, ada permintaan supaya persatuan itu membantu memindahkan Alisah ke wad yang lebih baik, namun ia tidak sempat ditunaikan. - Bernama



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment