Pages

Wednesday 24 April 2013

CALON PKR DIDAKWA JUAL PIL KUDA | PEMUDA UMNO GESA PENDEDAHAN

Pemuda Umno Terengganu menggesa Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan calon PKR yang didakwa terlibat dalam pengedaran pil kuda ketika beliau berucap pada ceramah Pas di Kampung Tebakang Mukim Alor Limbat, Marang semalam.

logo Umno
Umno

Pemuda Umno gesa dedah calon PKR yang didakwa jual pil kuda


KUALA TERENGGANU - Pemuda Umno Terengganu menggesa Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan calon PKR yang didakwa terlibat dalam pengedaran pil kuda ketika beliau berucap pada ceramah Pas di Kampung Tebakang Mukim Alor Limbat, Marang semalam.

Ketua Pemuda Umno Negeri Saiful Bahri Baharudin berkata pemimpin Pas itu perlu mengemukakan bukti yang sahih berhubung dakwaan berkenaan.

"Jika benar terdapat calon PKR yang sebegitu, kita minta Presiden Pas kemukakan bukti yang sahih berdasarkan kenyataan yang dibuat itu, dan jangan biarkan rakyat tertunggu-tunggu dan tertanya berita itu.

"Jika dakwaan itu tidak berasas, ini menunjukkan pakatan pembangkang tidak bersatu dan mereka mempunyai masalah dalaman," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu berhubung kenyataan Abdul Hadi yang tersebar luas di akhbar hari ini.

Dalam ceramahnya, Abdul Hadi mendakwa pihaknya mendapat maklumat ada calon tertentu membuat kerja 'haram' dan mempunyai 'fahaman' yang bertentangan dengan pakatan pembangkang.

"Ada calon-calon yang kita khuatir, berdasarkan maklumat, adalah tukang jual pil kuda. Nak jadi calon macam mana? Malah ada calon yang menjulang gambar Lenin, Stalin dan Karl Marx letak di markas. Orang Pas tidak boleh kerja dengan calon macam ini," katanya. - Bernama


Sinar Harian

No comments:

Post a Comment