Pages

Sunday 21 April 2013

RUSLI BABA BUKAN LAGI AHLI UMNO - RAJA NONG CHIK

Raja Nong Chik, yang juga calon Barisan Nasional bagi parlimen itu, akan menghadapi pertandingan tiga penjuru menentang Rusli dan penyandang, Nurul Izzah Anwar dari Parti Keadilan Rakyat.

Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Raja Nong Chik: Rusli Baba bukan lagi 
ahli Umno


KUALA LUMPUR - Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin hari ini menafikan bahawa calon Bebas Rusli Baba yang bertanding bagi kerusi Parlimen Lembah Pantai adalah anggota Umno.
   
"Dia tidak lagi ahli Umno kerana telah dipecat," katanya kepada Bernama menerusi khidmat pesanan ringkas di sini hari ini.
   
Raja Nong Chik, yang juga calon Barisan Nasional bagi parlimen itu, akan menghadapi pertandingan tiga penjuru menentang Rusli dan penyandang, Nurul Izzah Anwar dari Parti Keadilan Rakyat.
   
Ketika penamaan calon semalam, Rusli mendakwa yang beliau masih anggota Umno.
   
Sementara itu, Setiausaha Penyelaras BN Lembah Pantai Datuk Mohamad Sazali Kamilan berkata Rusli dipecat pada 6 April lepas kerana menyatakan hasratnya untuk bertanding di kerusi itu.   
   
"Dia (Rusli) telah menyatakan hasrat untuk bertanding melalui pelbagai saluran (termasuk melalui media sosial), jadi kami telah menghantar surat kepada Umno untuk dia dipecat bermula 6 April tahun ini. Dia bukanlah ahli parti yang aktif," kata Mohamad Sazali yang juga Ketua Pemuda Umno Lembah Pantai itu ketika dihubungi Bernama di sini.
   
Rusli, 54, telah menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas melalui akaun twitternya pada 2 Mac lalu.  - Bernama



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment