Pages

Monday 22 April 2013

JURURAWAT MAUT | DISAMUN, DITIKAM KETIKA BERJOGING

Akibat pergelutan itu, mangsa cedera parah di beberapa bahagian badan serta dada akibat ditikam dipercayai dengan senjata tajam.

Arjunaidi Mohamed
Arjunaidi Mohamed

Disamun, ditikam ketika berjoging


SHAH ALAM – Seorang jururawat maut selepas disamun ketika berjoging bersama anak perempuannya, di kawasan Bukit Gasing, Petaling Jaya, kelmarin.

Sebelum kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang itu, ketika mangsa, Ong Ai Sam, 52, melalui sebuah kuil di situ, dia tiba-tiba dihampiri dua lelaki yang menaiki motosikal.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, dua lelaki itu cuba menyamun mangsa.

Beliau berkata, mangsa cuba melawan sehingga berlaku pergelutan antara mereka.

"Akibat pergelutan itu, mangsa cedera parah di beberapa bahagian badan serta dada akibat ditikam dipercayai dengan senjata tajam.

"Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)," katanya ketika dihubungi, semalam.



Arjunaidi berkata, kedua-dua penjenayah itu kemudiannya melarikan diri selepas kejadian.

Menurutnya, anak perempuan mangsa dilaporkan selamat kerana ketika kejadian, dia berada agak jauh di belakang bapanya.

Katanya, polis sedang meneliti rakaman litar tertutup (CCTV) yang dipasang di beberapa kediaman berhampiran lokasi kejadian.

"Kita juga sedang giat memburu dua lelaki yang terlibat dalam kejadian itu. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan," katanya.



Beliau berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh.



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment