Pages

Friday, 5 April 2013

PRU13 : SUDAH UMUM 5 NAMA, NAMUN KERUSI ANWAR DI PERAK MASIH TANDA TANYA

Dalam ucapannya sempena kunjungan ke Program Jelajah Merdeka Rakyat, Gerik, lewat malam tadi, beliau memohon agar pengundinya di Permatang Pauh tidak berkecil hati sekiranya membuat keputusan bertanding di Perak.

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

Umum 5 nama, kerusi Anwar di Perak 
masih misteri


GERIK - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta diberi tempoh 24 jam untuk berbincang dengan penyokongnya di Permatang Pauh sebelum memutuskan kerusi yang akan ditandingi di Perak.


Dalam ucapannya sempena kunjungan ke Program Jelajah Merdeka Rakyat, Gerik, lewat malam tadi, beliau memohon agar pengundinya di Permatang Pauh tidak berkecil hati sekiranya membuat keputusan bertanding di Perak.

"Saya dah sembilan tahun di Perak, tujuh tahun (di Kolej Melayu Kuala Kangsar) dan dua tahun di Kamunting (Pusat tahanan ISA).

"Takkanlah saya tak boleh bertanding di Perak," kata Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Beliau yang dijadualkan membuat pengumuman senarai penuh calon parti itu di negeri ini, bagaimanapun hanya mengumumkan lima calon kerusi Parlimen.

Beliau yang tiba tepat jam 11.20 malam mengumumkan calon bagi kerusi Bagan Serai, Gopeng, Pasir Salak, Padang Rengas dan Lumut.

- Padang Rengas: Dr Meor Ahmad Isharra Ishak (Ketua AMK negeri)

- Bagan Serai: Dr Muhamad Nur Manuty (Pengerusi PKR negeri)

- Lumut: Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid

- Gopeng: Dr Lee Boon Chye (Timbalan Pengerusi PKR negeri)

- Pasir Salak: Mustafa Kamil Ayub (Pengarah Biro Latihan PKR pusat)

Anwar yang sebelum ini disebut-sebut bakal bertanding di Lumut berkata, pemilihan Imran bertanding di Lumut adalah tepat atas latar belakangnya dalam TLDM sejak tahun 90-an.



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment