Pages

Monday 22 April 2013

BOB DIKURNIAKAN PINGAT AHLI BINTANG SARAWAK

“Alhamdulillah, saya amat gembira dan terharu dengan pengiktirafan ini dan selepas ini saya akan lakukan yang terbaik ,”katanya yang bakal tampil dengan album terbarunya, tahun ini.


bob af
BOB DIKURNIAKAN PINGAT AHLI BINTANG SARAWAK

Bob terima pingat


HASIL usaha keras yang dilakukan bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim kedua, Bob seakan berhasil apabila dia dikurniakan pingat Ahli Bintang Sarawak, baru-baru ini.
Bob atau nama sebenarnya Yusrizan Usop, 32, berkata, dia bersyukur kerana terpilih untuk dikurniakan pingat itu dan akui ianya sebagai satu penghargaan yang bernilai buat dirinya.

“Secara jujurnya, saya menyertai bidang ini atas dasar minat dan tidak pernah terfikir untuk menerima pingat seperti ini.

“Alhamdulillah, saya amat gembira dan terharu dengan pengiktirafan ini dan selepas ini saya akan lakukan yang terbaik ,”katanya yang bakal tampil dengan album terbarunya, tahun ini.



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment