Pages

Saturday 20 April 2013

'POLITIK ITU CANDU MAK' - ALLAHYARHAMAH TAN SRI AISHAH GHANI

"Biarlah terpelihara keamanan, kalau tidak ia akan hilang selama-lamanya," demikian pesan Allahyarham.


Aishah Ghani
'POLITIK ITU CANDU MAK' - ALLAHYARHAMAH TAN SRI AISHAH GHANI

'Politik itu candu mak', kata veteran Umno Aishah Ghani


KUALA LUMPUR - "Politik itu candu mak," kata veteran Umno Tan Sri Aishah Ghani semasa hayatnya, yang melambangkan kesetiaan dan komitmennya dalam arena politik negara.
   
Perkara ini didedahkan oleh anak sulungnya, Shairudin Abd Aziz, 65, ketika ditemui pemberita di kediaman Allahyarham di Jalan Bukit Ledang di sini hari ini.
   
Aishah Ghani, 90, menghembuskan nafas terakhir pada 12.50 tengah hari tadi, kerana sakit tua dan dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara di sini.
   
Shairudin menyifatkan ibunya sebagai seorang yang tegas, hebat dari segi perwatakan dan mempunyai semangat waja bukan sahaja dalam mendidik anak-anaknya tetapi turut diketahui umum khususnya mereka yang terlibat dalam bidang politik.
   
"Mak berpesan supaya pandai-pandai menjaga diri dan terus memegang kuat nilai-nilai yang telah diajari.
   
"Kami akan terus menerapkan nilai-nilai murni ini kepada anak-anak kami dan berharap ia menjadi tradisi turun temurun," katanya.
  
Shairudin berkata walaupun terlantar sakit, Allahyarham masih mengambil berat tentang perkembangan terkini politik negara terutamanya menjelang pilihan raya ke-13.
    
"Kalau boleh, saya nak naik bas untuk mengundi," kata Allahyarham kepada anak-anak sambil mengimbau kenangan waktu dahulu ketika pergi mengundi.
   
Menurut Shairudin, Allahyarham juga berharap proses mengundi kali ini berjalan dengan baik seperti yang pernah dijalankan dulu, tanpa ada perkara-perkara yang tidak baik.
   
"Biarlah terpelihara keamanan, kalau tidak ia akan hilang selama-lamanya," demikian pesan Allahyarham.
    
Aishah meninggalkan empat anak, tiga lelaki dan seorang perempuan.  - Bernama



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment