Pages

Friday 12 April 2013

KEHILANGAN MUHAMMAD YUNUS YAZALJALA | BAPA RAYU SALUR MAKLUMAT

Seorang bapa merayu orang ramai supaya menyalurkan maklumat berhubung anak lelakinya, Muhammad Yunus Yazaljala, 9, yang gagal dikesan sejak Rabu lepas.

KEHILANGAN MUHAMMAD YUNUS YAZALJALA |
BAPA RAYU SALUR MAKLUMAT 
- Gambar Carian Google



Bapa rayu salur maklumat kehilangan anak lelaki


KUALA LUMPUR - Seorang bapa merayu orang ramai supaya menyalurkan maklumat berhubung anak lelakinya, Muhammad Yunus Yazaljala, 9, yang gagal dikesan sejak Rabu lepas.
Yazaljala Muhamad Noor, 53, berkata anaknya yang keluar bermain bersama adik lelakinya, Muhammad Yaakub, 5, berhampiran kawasan perumahannya di Bandar Tasik Puteri Rawang, menghilangkan diri sejak pukul 5.30 petang, dua hari lepas.
“Pada hari kejadian, adiknya pulang ke rumah seorang diri dan memberitahu isteri saya bahawa Yunus menaiki sebuah kereta.
Yazaljala berkata dakwaan anak bongsunya dikukuhkan lagi apabila keesokannya kakaknya yang pulang dari sekolah berkata rakan Yunus ternampak dia menaiki sebuah kereta yang dipandu orang tidak dikenali di kawasan perumahan itu.
“Yunus anak keempat daripada lima beradik itu mempunyai ramai kawan, dan mula-mula kami sangka dia akan pulang ke rumah, namun tidak balik dan tidak menghubungi kami sampai sekarang,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Difahamkan, Yunus berpakaian kemeja T berwarna hitam dan seluar jeans berwarna biru pada hari tersebut.
Berikutan itu, beliau telah membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Tasik Puteri Rawang, pada kira-kira 3.30 petang Khamis mengenai kehilangan anaknya itu.
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau berjumpa Yunus boleh menghubungi talian 019-6053591 atau menghubungi balai polis berhampiran. - Bernama


Sinar Harian

No comments:

Post a Comment