Pages

Sunday 14 April 2013

BALAI RAYA TAMAN DAMAI / TAMAN JAYA GEMAS JADI MANGSA KHIANAT

“Malah, kesemua gambar yang digantung termasuk gambar Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut diturunkan. Manakala, terdapat beberapa buah kerusi dibakar dan cawan plastik dirosakkan.


Keadaan balai raya Taman Damai/ Taman Jaya Gemas yang menjadi mangsa khianat perbuatan individu tidak bertanggungjawab yang disedari penduduk pada pagi 11 April lalu.

Balai raya jadi mangsa khianat


GEMAS – Seorang penduduk terkejut apabila mendapati Balai Raya Taman Damai/Taman Jaya Gemas, dekat sini menjadi mangsa khianat perbuatan tidak bertanggungjawab.

Dalam kejadian 11 April lalu, wakil Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang kebetulan melewati lokasi berkenaan kira-kira jam 9 pagi berasa tidak hati apabila melihat pintu balai raya terbuka.

Jurucakap polis berkata, individu berkenaan kemudiannya memaklumkan kepada pihak lain dan mereka kemudiannya masuk ke dalam sebelum terkejut melihat balai raya berselerak.

“Malah, kesemua gambar yang digantung termasuk gambar Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut diturunkan. Manakala, terdapat beberapa buah kerusi dibakar dan cawan plastik dirosakkan.

“Selain itu, terdapat tiga nama di dinding balai raya yang ditulis dipercayai menggunakan arang di mana dua daripadanya merupakan nama lelaki dan satu nama perempuan,” katanya, dekat sini, semalam.

Laporan polis dibuat pada hari sama bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung insiden berkenaan.



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment