Pages

Saturday 20 April 2013

PRU13: JANGAN TERPEDAYA IKLAN JAWATAN KOSONG SPR

"E-mel itu menggunakan alamat electionofficers@transgroup.com dan menggunakan nama pegawai perhubungan awam serta menggunakan logo SPR. Gaji yang ditawarkan bagi jawatan Election Inspectors ialah RM5,000 dan RM3,000 untuk Returning Officer.

SPR
SPR : JANGAN TERPEDAYA IKLAN JAWATAN KOSONG


SPR nasihat orang ramai tidak terpedaya iklan jawatan kosong


KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihati orang ramai terutama pengguna Internet agar tidak terpedaya dengan e-emel yang mengiklan jawatan kosong di suruhanjaya itu untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
   
Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima aduan daripada orang ramai berhubung e-mel yang mengiklankan jawatan 'Election Supervisor/Inspectors dan 'Election Returning Officer' di SPR.
   
"E-mel itu menggunakan alamat electionofficers@transgroup.com dan menggunakan nama pegawai perhubungan awam serta menggunakan logo SPR. Gaji yang ditawarkan bagi jawatan Election Inspectors ialah RM5,000 dan RM3,000 untuk Returning Officer.
   
"Sesiapa yang berminat pula perlu membayar RM550 dan RM450 untuk menghadiri kursus yang akan dianjurkan," katanya.
   
Beliau memaklumkan bahawa SPR telah mula melatih serta memberikan pelbagai taklimat kepada pelbagai kategori petugas untuk PRU13 sejak 2011 lagi dan kebanyakan petugas yang diambil terdiri daripada penjawat awam.
   
Untuk rekod, bagi PRU13 ini seramai 234,905 petugas pilihan raya telah dilantik dan bersedia menajalankan tugas.
   
Sehubungan itu, beliau berkata satu laporan polis telah dibuat SPR bagi membolehkan pihak berwajib mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang sengaja hendak memburukkan nama dan imej SPR serta pegawainya. - Bernama



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment