Pages

Friday 12 April 2013

PEMAIN BOLA SEPAK NEGARA MAHALI JASULI CINTA HATI TASHA SHILA?

Selepas cerita panas yang mengaitkan dirinya dengan seorang lelaki dengan gelaran Datuk J kian reda, kini Tasha sekali lagi mula mendapat perhatian umum setelah dia mula berhubung mesra bersama pemain bola sepak negara, Mahali Jasuli di laman sosial Twitter, baru-baru ini.


Pemain Bola Sepak Negara Mahali Jasuli Cinta Hati Tasha Shila?


Mahali Jasuli, jejaka misteri siapa 
pilihan Tasha?


SIAPA tidak kenal dengan pelakon cantik, Tasha Shila yang kini popularitinya sedang meningkat naik dalam industri hiburan tempatan.

Semakin namanya melonjak naik dalam industri, semakin banyak pula cerita-cerita kontroversi mengenainya dan tidak dinafikan itulah lumrah sebenar anak seni.

Selepas cerita panas yang mengaitkan dirinya dengan seorang lelaki dengan gelaran Datuk J kian reda, kini Tasha sekali lagi mula mendapat perhatian umum setelah dia mula berhubung mesra bersama pemain bola sepak negara, Mahali Jasuli di laman sosial Twitter, baru-baru ini.

Menjelaskan keadaan sebenar, Tasha bagaimanapun akui telah mengenali jejaka itu sejak lima bulan lalu dan kini sedang berada dalam proses mengenali diri masing-masing.

"Kalau boleh, saya tidak mahu menceritakan lebih lanjut mengenai dia kerana tidak mahu menjejaskan kariernya dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

"Kalau sesiapa yang mengikuti Twitter saya, mereka akan tahu saya sering menggunakan perkataan 'sayang' untuk berkomunikasi bersama peminat dan kawan-kawan saya.

"Tapi, saya mengaku sedang berkawan dengannya dan perkara yang menarik untuk saya berkawan dengannya kerana dia seorang yang jujur," jelasnya ketika ditemui di set penggambaran drama terbaru Epilog Cinta Khirana di Seksyen 7, Shah Alam, Rabu lalu.

Bercerita mengenai detik awal perkenalan mereka, Tasha memberitahu perkenalannya dengan pemain bola itu telah diaturkan kelab peminatnya.

"Sejujurnya, sebelum ini saya memang tidak kenal dia langsung sebab saya bukanlah peminat sukan bola sepak. Sehinggalah satu pertemuan dengannya telah diaturkan oleh peminat saya sebagai kejutan pada majlis ulang tahun saya, tahun lalu.

"Dari situlah saya mula tahu dia juga merupakan salah seorang peminat saya dan sejak itu, kami berkenalan dan berkawan," ujarnya yang turut mengakui pernah keluar berdua bersama Mahali, namun enggan mengulas lanjut mengenai hal itu.

Apabila ditanya status perhubungannya bersama lelaki yang dikenalinya sejak enam tahun lalu seperti kenyataannya pada media sebelum ini, Tasha memberitahu, hubungan persahabatan itu bukan penghalang untuk dirinya berkawan dengan orang lain.

"Saya masih berkawan dengannya. Selagi saya belum mengikat sebarang pertalian dengan mana-mana lelaki, selagi itulah saya ada hak untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.

"Best man winlah," katanya sambil tertawa.


Dua personaliti

Setelah lakonannya menerusi Rindu Bartamu Di Abu Dhabi yang ditayangkan di slot Akasia, TV3 berjaya memikat hati penonton, kini Tasha bakal tampil dengan lakonan terbarunya dalam drama berjudul Epilog Cinta Khirana yang bakal menemui penonton, Mei ini.

Apa yang menariknya mengenai lakonannya kali ini, Tasha berperanan membawa dua karakter berbeza dalam watak utama sebagai Khirana.

"Pada awalnya, Khirana adalah seorang perempuan yang jahat, namun setelah terlibat dalam kemalangan, karakternya mula berubah kepada kebaikan.

"Inilah kali pertama saya bawa watak jahat dan baik dalam satu watak. Saya akui drama ini agak berat buat saya namun apa yang mampu saya lakukan adalah buat yang terbaik," katanya.


Bakal mengacara

Dalam perkembangan lain, Tasha memberitahu, dia telah diberi kepercayaan oleh pihak Astro untuk menjadi hos bagi acara karpet merah sempena Majlis Anugerah Blockbuster yang bakal dijalankan, Jun depan.

"Ini kali pertama saya diberi tawaran menjadi hos dan sudah tentu saya teruja untuk lakukannya.

"Walaupun saya tidak ada pengalaman menggalas tanggungjawab seperti itu sebelum ini, tapi tidak salah rasanya saya mencuba," katanya.



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment