Pages

Sunday 21 April 2013

PANAS!! PELOBI ZIONIS BIAYA PRU13 - DATUK DR AWANG ADEK HUSSIN

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Bachok itu mendakwa sebelum menyerahkan wang, pengundi yang ditemui dalam lawatan rumah ke rumah itu diminta di hadapan surah Yasin supaya mengundi calon tertentu.


Datuk Dr Awang Adek Hussin
Datuk Dr Awang Adek Hussin

Awang Adek: Pelobi Zionis biaya PRU13


BACHOK - Kementerian Kewangan menerima laporan yang boleh dipercayai mengenai terdapat dana asing daripada pelobi Zionis yang cuba mencampuri hal ehwal politik negara ini, yang disalur kepada pihak tertentu untuk membiayai pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
   
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, Bank Negara sedang memantau kegiatan itu dan berharap pihak berkuasa berkaitan turut menyiasat perkara tersebut.
   
"Ini mungkin disebabkan negara ini memberi sokongan kuat terhadap perjuangan rakyat Palestin yang tidak menyenangkan mereka," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan elaun sara hidup nelayan secara tunai kepada 566 nelayan di sini, hari ini.
   
Awang Adek, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, turut berkata pihaknya menerima aduan cubaan menyogok pengundi antara RM200 dan RM300 di Kampung Sungai dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perupok di sini, melibatkan beberapa individu.
   
Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Bachok itu mendakwa sebelum menyerahkan wang, pengundi yang ditemui dalam lawatan rumah ke rumah itu diminta di hadapan surah Yasin supaya mengundi calon tertentu.
 
Menurut Awang Adek, tindakan serupa dilakukan di Dun Tawang dan tidak menolak kemungkinan ia berlaku di kawasan lain di Kelantan.
   
Beliau menggesa kegiatan itu dihentikan segera.
   
Turut hadir calon Dun Jelawat Datuk Dr Ilias Hussin, Dun Perupuk Datuk Zaidi Sidek dan Dun Tawang, Mohd Zain Yassin. - Bernama



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment