Pages

Showing posts with label Pertembungan Calon PAS dan PKR di PRU13. Show all posts
Showing posts with label Pertembungan Calon PAS dan PKR di PRU13. Show all posts

Monday, 22 April 2013

PKR KHIANAT LETAK CALON DI KAWASAN PAS

Razali berkata, pertembungan antara Pas dan PKR di Panti, Kota Tinggi - satu daripada tujuh kawasan yang menyaksikan pertembungan dua parti gabungan pakatan - menjadi bukti pembohongan terang-terangan tentang kesepakatan mereka.  


Razali Ibrahim
Datuk Razali Ibrahim - PKR KHIANAT HANTAR CALON DI KAWASAN PAS

Razali Ibrahim: PKR khianat hantar calon di kawasan Pas


MUAR - Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak calon menentang Pas di beberapa kawasan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah satu perbuatan khianat, kata Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim.
 
Tindakan itu jelas membayangkan pakatan pembangkang gagal berpegang teguh kepada konsep kerjasama seperti yang mereka laung-laungkan, katanya.
  
Razali berkata, pertembungan antara Pas dan PKR di Panti, Kota Tinggi - satu daripada tujuh kawasan yang menyaksikan pertembungan dua parti gabungan pakatan - menjadi bukti pembohongan terang-terangan tentang kesepakatan mereka.  
    
Sehubungan itu, katanya penyokong Pas perlu sedar, mereka sedang diperalat PKR semata-mata untuk meraih undi di kawasan yang tidak ditandingi PAS, walhal mereka akan bertanding sesama sendiri di satu kerusi Parlimen dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam PRU13.  
  
"Di tempat lain dia (PKR) boleh laungkan undilah Pas...tetapi cuba pergi ke Panti, dia nak cakap apa? Pas pula, pergilah ke Panti, adakah dia berkempen untuk undi PKR?.
 
"Sehubungan itu saya nasihatkan orang Pas, tak patut undi PKR sebab mereka dikhianati secara terang-terangan di tempat sendiri," katanya.
    
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama masyarakat India di sini, yang turut dihadiri calon BN kerusi Dun Maharani, Datuk Zulkhairi Ahmad.
  
PKR meletakkan Ketua Perhubungan PKR Negeri Johor Mohd Annuar Mohd Salleh, manakala Pas diwakili Azlisham Azahar untuk menentang calon Barisan Nasional (BN) Datuk Baderi Dasuki di DunPanti.
  
Dalam pada itu, Razali mengajak kesemua 715 pengundi dari masyarakat India di Parlimen Muar untuk hadir mengundi pada 5 Mei ini dan memberi sokongan kepada BN dan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk kembali mentadbir negara.  - Bernama



Sinar Harian

Sunday, 21 April 2013

PERTEMBUNGAN PEMBANGKANG DI 7 KERUSI TUNJUK KELEMAHAN MEREKA

Beliau khuatir sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandat pada PRU13 ini, hal yang sama akan berlaku dalam pemilihan jawatan menteri kabinet mahupun Perdana Menteri.

Hasan Ali
Dr Hasan Mohamed Ali

Jati: Pertembungan pembangkang di 7 kerusi tunjuk kelemahan mereka


KUALA LUMPUR - Pertembungan calon Pas dan PKR di satu kerusi Parlimen dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menunjukkan kelemahan mereka dalam menyelesaikan masalah, kata Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali.
Menurutnya jika dibandingkan dengan pemilihan Perdana Menteri dan Menteri Kabinet, pemilihan calon adalah isu kecil dan patut diselesaikan lebih mudah.
"Bagi saya ini gambaran crack, 'eminent crack' (retak nyata)... dan saya nampak bukan sahaja crack, saya nampak kalau pimpinan pun tak dapat resolve (selesai), maknanya dalam pakatan siapa lagi yang dapat resolve hal-hal begini," katanya.
Beliau khuatir sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandat pada PRU13 ini, hal yang sama akan berlaku dalam pemilihan jawatan menteri kabinet mahupun Perdana Menteri.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan jentera Jati bagi membantu kempen Barisan Nasional pada PRU13 di sini, hari ini.
Penamaan calon semalam menyaksikan Pas dan PKR bertembung di kerusi Parlimen Labuan dan enam kerusi Dun iaitu Sungai Acheh (Pulau Pinang), Kota Damansara (Selangor), Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir (Terengganu) dan Panti (Johor).
Mengenai jentera Jati, Hasan berkata pihaknya akan membantu kempen BN dengan mengadakan siri ceramah di 49 kawasan Parlimen yang telah dikenalpasti sepanjang

15 hari tempoh berkempen.

"Ini termasuk 27 kawasan yang ditandingi pimpinan tertinggi pakatan pembangkang dan 22 yang ditandingi pimpinan Umno dan BN, melibatkan dua sesi, petang dan malam," katanya.
Setakat ini, beliau berkata jentera Jati yang bertujuan menyuntik keyakinan pengundi terhadap BN, telah membariskan kira-kira 20 penceramah, terdiri daripada pimpinan Jati, badan-badan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik dan golongan artis.
Tambah beliau, Jati juga mempelawa pimpinan daripada NGO yang ingin turut serta berkempen di bawah platform Jati untuk menghubungi pihaknya dengan mengakses laman webwww.JatiMalaysia.org. - Bernama


Sinar Harian