Pages

Monday 29 July 2013

MISTERI WANG DIJUMPAI WARGA EMAS TERJAWAB | PENIAGA TUNTUT RM8,072 TERCICIR

Peniaga terbabit yang enggan dikenali berkata, wang itu tercicir ketika dia dalam perjalanan keluar untuk urusan perniagaan dan disebabkan keadaan kelam kabut, dia meletakkan wang niaganya di atas bumbung kereta.

Peniaga tuntut RM8,072 tercicir
Laporan Sinar Harian 26 Julai lalu.

Terdahulu di Jz Online News :

Peniaga tuntut RM8,072 tercicir

TEMERLOH – Misteri penemuan seikat wang oleh seorang penoreh getah di sini empat hari lalu terjawab apabila seorang peniaga tampil menuntut wang tersebut.

Peniaga terbabit yang enggan dikenali berkata, wang itu tercicir ketika dia dalam perjalanan keluar untuk urusan perniagaan dan disebabkan keadaan kelam kabut, dia meletakkan wang niaganya di atas bumbung kereta.

Menurutnya, dia hanya menyedari kehilangan wang tersebut apabila tiba di tempat perniagaan kira-kira 10 kilometer dari rumahnya.

“Saya anggap duit ini sudah lesap, tetapi nasib baik ditemui seorang hamba ALLAH yang jujur dan pulangkan semula kepada saya,” katanya.

Peniaga tersebut berkata, dia berjaya menjawab dengan tepat jumlah sebenar wang dalam ikatan dan bungkusan plastik merah itu iaitu RM8,072 apabila disoal penoreh getah terbabit.

“Saya juga menjawab dengan tepat beberapa soalan dikemukakan penoreh getah terbabit dalam usahanya memastikan wang itu adalah benar-benar milik saya,” katanya.

Peniaga terbabit berkata, dia mengetahui mengenai penemuan wang tersebut setelah membaca Sinar  Harian selepas berbuka puasa kelmarin.

“Saya hanya baca surat khabar lepas buka puasa, sebaik baca cerita pasal penemuan wang ini, saya terus hubungi Ketua Balai Polis Temerloh dan dibawa bertemu penoreh getah ini,” katanya.



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment