Pages

Tuesday 23 July 2013

FEAR FACTOR MALAYSIA BUKA PELUANG KEPADA ORANG AWAM BERGANDING DENGAN 16 SELEBRITI POPULAR

Peluang ini akan dibuka menerusi saringan pertama sesi uji bakat secara online bermula pada 22 Julai hingga 18 Ogos 2013 menerusi laman web, www.fearfactor.com.my.

Sesi Uji Bakat Online Fear Factor Pertama Mula Dibuka
FEAR FACTOR MALAYSIA BUKA PELUANG KEPADA ORANG AWAM BERGANDING DENGAN 16 SELEBRITI POPULAR
- Antara 16 selebriti yang bakal beraksi dalam Fear Factor Malaysia 


Sesi Uji Bakat Online Fear Factor Pertama Mula Dibuka


KUALA LUMPUR, 23 JULAI 2013: Buat julung kalinya pihak Fear Factor Malaysia akan membuka peluang kepada orang awam untuk berganding dengan 16 selebriti tempatan dalam program realiti yang penuh mendebarkan ini.

Peluang ini akan dibuka menerusi saringan pertama sesi uji bakat secara online bermula pada 22 Julai hingga 18 Ogos 2013 menerusi laman web, www.fearfactor.com.my.

Kesemua peserta yang terpilih akan bergandingan dengan 16 selebriti tanah air yang mana setiap kumpulan pasangan bakal berdepan dengan pelbagai ujian yang pastinya menguji tahap ketahanan serta keberanian masing-masing.

Bukan itu sahaja, mereka juga harus bersedia untuk melakukan pelbagai aksi-aksi lasak dan mencabar untuk memastikan mereka terus kekal dalam program ini.

Kesemua 16 selebriti yang bakal beraksi dalam Fear Factor Malaysia adalah Yana Shamsudin, Shuib Sepah, Dira Abu Zahar, Izzue Islam, Erin Malek, Norman Hakim, Thanuja, Zain Saidin, Sari Yanti, Azura Zainal, Bambang Soteto, Nas T, Ungku Ismail, Shah Iskandar, Syed Ali, dan Rizal Jaafar.
Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, kejayaan dan penerimaan positif program realiti Fear Factor Selebriti Malaysia yang ternyata berjaya mencetuskan fenomena baru dalam industri seni hiburan tanah air, pihak Astro Ria selaku Saluran Hiburan Melayu Utama meneruskan usaha dan komitmen dalam membekalkan kandungan program hiburan yang berkualiti dengan membawakan sebuah lagi program hebat di bawah payung penjenamaan yang sama iaitu Fear Factor Malaysia.

"Sejak mula lagi, matlamat kami ialah untuk menjadi pilihan utama setiap penonton. Justeru, Astro Ria tidak pernah jemu untuk terus memperkukuhkan strategi dan formula yang ada bagi menawan hati para pelanggan kami menerusi penawaran program-program hebat daripada genre yang berbeza di saluran kami.

Kami juga sentiasa berusaha untuk memberi kelainan dalam kandungan tempatan dan format program dan amat positif dalam usaha untuk terus menawarkan pelbagai kandungan yang diadaptasi daripada format program antarabangsa yang mana setiap perincian akan diambil kira untuk memastikan elemen tempatan dapat diterapkan sekaligus mengelakkan sebarang sensitiviti agar bersesuaian dengan masyarakat di negara ini yang berbilang kaum," jelas Raqim.

Tambah Raqim lagi, melihat kepada kejayaan dan sambutan menggalakkan ke atas program Fear Factor Selebriti Malaysia yang telahpun disiarkan tidak lama dahulu, kami bawakan pula sebuah lagi program baru di bawah payung penjenamaan yang sama iaitu Fear Factor Malaysia untuk memenuhi permintaan para penonton.

"Melihat kepada kekuatan dan tarikan yang ditawarkan, kami yakin Fear Factor Malaysia mampu memikat hati sekaligus mencipta fenomena tersendiri dalam industri seni tanah air

"Seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin membangun, kami akan membuka saringan pertama sesi ujibakat secara online yang mana orang ramai boleh menghantarkan video penyertaan ke laman sesawang rasmi untuk penilaian pihak kami. Berdasarkan video yang dihantar, kami akan menyenarai pendek calon peserta yang layak untuk memasuki peringkat saringan yang seterusnya," ujar Raqim.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia ataupun mereka yang mempunyai status penduduk tetap yang berumur 18 tahun ke atas dan boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan fasih. Selain harus mempunyai perwatakan yang menarik, calon peserta juga mestilah berada dalam keadaan kesihatan fizikal dan mental yang baik.

Bermula pada 22 Julai hingga 18 Ogos 2013, calon peserta dikehendaki untuk menghantarkan rakaman video penyertaan yang tidak melebihi tempoh masa dua minit atau melebihi saiz 30MB ke laman sesawang rasmi di www.fearfactor.com.my

Wajah calon peserta dan audio rakaman untuk setiap video penyertaan yang dihantar haruslah jelas. Calon peserta juga digalakkan untuk menyerlahkan personaliti sebenar mereka dengan cara paling menarik.

Kandungan video tersebut juga haruslah menjawab soalan-soalan seperti berikut:

1. Nyatakan nama penuh dan umur pada permulaan video penyertaan.
2. Mengapa anda mahu menyertai Fear Factor?
3. Namakan tiga peserta selebriti kegemaran anda dan nyatakan mengapa anda ingin berpasangan dengan mereka?
4. Apa yang akan anda lakukan dengan wang jika anda menang?

Program Fear Factor Malaysia bakal bersiaran di saluran rasmi; Astro RIA (saluran 104) kelak. Sebarang butiran lanjut yang lebih terperinci mengenai program ini akan diumumkan kelak.



Sumber

No comments:

Post a Comment