Pages

Wednesday 24 July 2013

PEKIN AKUI SUDAH BERTUNANG DENGAN UQASHA SENROSE | NAFI PUTUS CINTA

Menafikan gosip putus cinta itu, Pekin sebaliknya menegaskan bahawa hubungan yang terjalin antara mereka cinta masih berjalan seperti biasa dan tiada sebarang masalah.

Pekin Ibrahim
Pekin Ibrahim... 'lakonan skrin atau lakonan teater sama saja'. - Foto ihsan Iskandar Ibrahim

Pekin nafi putus cinta


SAYA sudah bertunang dengan dia (Uqasha Sensrose), jadi macam mana timbul isu putus,” demikian reaksi pelakon Bunohan, Pekin Ibrahim ketika ditanya mengenai gosip hubungannya dengan Uqasha sudah menemui titik noktah.

Menafikan gosip putus cinta itu, Pekin sebaliknya menegaskan bahawa hubungan yang terjalin antara mereka cinta masih berjalan seperti biasa dan tiada sebarang masalah.

"Saya terkejut dan tidak tahu bagaimana gosip ini boleh disebarkan, sedangkan hubungan saya dan Uqasha baik sahaja. Malah saya mengambilnya di lokasi pengambaran untuk keluar makan bersama.

“Lagipun, kami baru sahaja mengikat ikatan pertunangan pada 6 Julai lalu dan keluarga kedua-dua belah pihak sudah bersetuju untuk menyatukan kami dalam tempoh setahun lagi iaitu dijangkan tahun hadapan.

“Jadi, bagaimana timbul isu putus cinta. Setakat ini hubungan kami masih baik dan masih bersama,” kata Pekin ketika dipetik menerusi Murai.com.

Semalam, dalam portal hiburan mendakwa hubungan cinta antara Pekin dan Uqasha sudah berakhir apabila pelakon Anchoritu memuat naik status di Instagram yang mana mengundang tanda tanya di kalangan para peminat.

Menerusi laman sosialnya itu, Uqasha berkongsi sekeping puisi dengan tajuk Letting Him Go dan ini membuatkan para peminat berspekulasi mengatakan mereka sudah putus cinta.

Mengulas lanjut mengenai puisi itu, Pekin berkata: “Memang kebelakangan ini status dia nampak sedih sebab dia mengadu terlalu penat shooting disebabkan jadual pengambaran yang padat.

"Sebenarnya puisi tu tak bermaksud apa-apa pun. Mungkin juga untuk Ashraf Muslim. Iyalah sebab seperti mana kita semua maklum nama Ashraf panas dengan isunya baru-baru ini, jadi dia (Uqasha) saja letak sajak itu.

“Orang mungkin dah tersalah anggap dan mereka berfikir kami sudah berpisah. Padahal hubungan kami baik-baik saja,” jelas Pekin yang enggan bercerita lanjut mengenai pertunangannya itu.



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment