Pages

Sunday 14 July 2013

PELAKON GLEE, CORY MONTEITH DITEMUI MATI DALAM BILIK HOTEL

Mayatnya ditemui oleh pekerja hotel tersebut selepas Monteith terlewat untuk mendaftar keluar pada tengah hari, semalam.

Pelakon Glee, Cory Monteith meninggal
Monteith memegang watak sebagai Finn Hudson dalam Glee. Foto USA Today.

Pelakon Glee, Cory Monteith meninggal


PELAKON drama bersiri Glee yang memegang watak sebagai Finn Hudson, Cory Monteith ditemui mati di Pacific Rim Hotel, Vancouver, Kanada, semalam.

Dipetik BBC, punca kematian pelakon berusia 31 tahun itu masih belum diketahui.

Monteith pernah terlibat dalam masalah penagihan dadah dan menerima rawatan pada April lalu.

Mayatnya ditemui oleh pekerja hotel tersebut selepas Monteith terlewat untuk mendaftar keluar pada tengah hari, semalam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Vancouver, Doug Lepard, Monteith telah mati beberapa jam sebelum ditemui.

Pelakon itu dikatakan telah kembali ke bilik hotelnya seorang diri pada awal pagi Sabtu.

Ketika ditanya sama ada Monteith mati kerana pengambilan dadah berlebihan, beliau menjawab bahawa dia tidak dapat membincangkan apa-apa saja yang mungkin ditemui dalam bilik hotel itu, pada masa ini.

Koroner, Lisa Lapointe berkata, “kami tidak mempunyai maklumat tentang punca kematian.” Pembedahan dijangka dijalankan esok.



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment