Pages

Wednesday 24 July 2013

IBU PELAKON NOOR KUMALASARI, SENIWATI UMI KALTHUM MENINGGAL DUNIA

Umi Kalsom, ataupun nama sebenarnya Patimah Bahaudin, merupakan heroin filem Melayu klasik yang terkenal sebagai Putih dalam filem Bawang Putih Bawang Merah (1959).

Seniwati Umi Kalthum
Seniwati Umi Kalthum

Seniwati Umi Kalthum meninggal dunia


SENIWATI veteran Datin Umi Kalthum  meninggal dunia awal pagi tadi.

Ia disahkan oleh Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Menurut Zed Zaidi, arwah meninggal dunia di rumahnya di Taman Ukay Perdana Saujana Melawati.

“Arwah meninggal dunia pada jam 4.30 pagi.

“Jenazah dijadualkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Klang Gate, Hulu Klang, sebelum solat Zuhur, “ katanya.

Umi Kalsom, ataupun nama sebenarnya Patimah Bahaudin, merupakan heroin filem Melayu klasik yang terkenal sebagai Putih dalam filem Bawang Putih Bawang Merah (1959).

Allahyarham Umi, yang berasal dari Lenggeng Negeri Sembilan, pernah digelar sebuah majalah antarabangsa sebagai “Wanita Melayu Paling Jelita” di seluruh Singapura dan Malaya.

Beliau juga pernah dipilih sebagai Wanita Melayu Paling Jelita di Asia pada zaman kegemilangannya oleh sebuah majalah di Australia.

Umi Kalthum juga merupakan ibu kepada pelakon Noor Kumalasari dan ibu tiri kepada Anita Sarawak.

Sementara itu, dipetik menerusi Mstar Online, anak Allahyarham, pelakon Noorkumalasari berkata, ketika kakak sulungnya hendak mengejutkan Allahyarham untuk bersahur kira-kira pukul 4 pagi, Umi Kalthum sudah tidak bergerak.

"Ketika kakak saya bersiap untuk bersahur, kakak pergi kejutkan ibu di dalam bilik dan mendapati dia sudah meninggal dunia,” katanya.

Noorkumalasari berkata, Allahyarham tidak menghidap apa-apa penyakit kritikal dan beliau masih cergas walaupun sudah mencecah usia 81 tahun.



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment