Pages

Thursday 18 July 2013

BONUS AIDILFITRI 2013: SELANGOR IKUT KERAJAAN PUSAT | GLC TERIMA 1 BULAN GAJI

“Untuk perkhidmatan awam, kita akan menunggu kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pengumuman bonus raya.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Bonus Aidilfitri: Selangor ikut kerajaan pusat


SHAH ALAM – Pemberian bonus raya bagi penjawat awam di Selangor bergantung kepada keputusan kerajaan pusat, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Untuk perkhidmatan awam, kita akan menunggu kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pengumuman bonus raya.

“Jika berlaku, kerajaan negeri akan bersama-sama memberikan bonus raya,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di sini semalam.

Menurutnya, kadar pemberian bonus tersebut sama ada sebulan gaji atau setengah bulan gaji juga bergantung kepada keputusan kerajaan pusat, namun kakitangan anak syarikat kerajaan negeri (GLC) Selangor bakal menerima sebulan gaji.

Dalam sidang media yang sama, Abdul Khalid turut menyatakan pendirian kerajaan negeri berhubung isu blogger seks Alvin dan Vivian yang menyentuh sensitiviti umat Islam  di laman sosialnya.

“Kerajaan negeri berpendapat, perkara berkenaan tidak boleh dilakukan kerana salah satu sifat terbaik dalam agama ialah menghormati agama sendiri dan agama penganut lain.

“Tingkah laku dan tindakan merendahkan (agama lain) itu tidak sepatutnya dilakukan,” katanya.



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment