Pages

Monday 29 July 2013

KETUA POLIS NEGARA JAMIN SIASAT TERPERINCI KES PENGERUSI MYWATCH DITEMBAK

Memetik kenyataan Khalid menerusi Twitter miliknya, beliau memberi jaminan kepada keluarga mangsa serta orang ramai bahawa siasatan yang dijalankan akan dilakukan secara telus menjurus pelbagai aspek, termasuk pendedahan yang dibuat mangsa baru-baru ini.

Khalid jamin siasat secara telus
Komen Khalid berkaitan kes tembak Sanjeevan menerusi Twitter miliknya, semalam.

Khalid jamin siasat secara telus

SHAH ALAM - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi jaminan akan menyiasat secara terperinci kes Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan, 29, yang cedera parah akibat ditembak oleh pembonceng motosikal di simpang jalan Taman Cempaka, Bahau, Negeri Sembilan, kelmarin.

Memetik kenyataan Khalid menerusi Twitter miliknya, beliau memberi jaminan kepada keluarga mangsa serta orang ramai bahawa siasatan yang dijalankan akan dilakukan secara telus menjurus pelbagai aspek, termasuk pendedahan yang dibuat mangsa baru-baru ini.

"Kita akan pantau dari semasa ke semasa dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah, akan mengendalikan sendiri siasatan kes itu.

"Biar kita siasat perkara ini dengan teliti termasuk membuat tangkapan bagi membantu siasatan," katanya.

Menerusi laman Twitter yang sama, Khalid berkata, beliau berharap Sri Sanjeevan akan segera pulih dan dapat membantu siasatan.

Kelmarin, mangsa cedera di bahagian rusuk kanan selepas terkena satu das tembakan yang dilepaskan oleh dua lelaki yang menaiki satu motosikal jenis Yamaha LC merah.

Sebelum itu, mangsa dikatakan baru sahaja menjemput rakannya untuk keluar minum di pekan Bahau.

Mangsa yang cedera sempat memecut kereta kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian, sebelum rakannya mengambil alih kereta dan membawanya ke hospital.

Mangsa yang dilaporkan kritikal kelmarin, disahkan stabil selepas dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Sementara itu, Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menerusi Twitter berkata, beliau tidak menolak kemungkinan kejadian yang berlaku ada kaitan dengan pendedahan yang pernah dibuat mangsa iaitu berkaitan penglibatan polis dengan aktiviti jenayah.

"Saya harap polis akan menjalankan siasatan secara teliti untuk mengesan suspek yang terlibat memandangkan mangsa pernah menerima beberapa ugutan sebelum ini," katanya.



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment