Pages

Thursday 4 July 2013

PAKATAN RAKYAT KUTUK TINDAKAN TENTERA MESIR GULING MORSI

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Morsi telah dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi secara adil dan telus namun kemenangan beliau dirampas secara zalim.

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim

PR kutuk tindakan guling Morsi


KUALA LUMPUR- Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengutuk tindakan rampasan kuasa (kudeta) oleh tentera Mesir yang menyaksikan penyingkiran Mohamed Morsi sebagai presiden negara itu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Morsi telah dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi secara adil dan telus namun kemenangan beliau dirampas secara zalim.

"Dari segi prinsipnya, kita tidak mendokong kudeta, kerana ia adalah pentadbiran tentera.

"Walaupun tentera Mesir sekarang meletakkan seseorang dari mahkamah Perlembagaan untuk menjadi presiden sementara, namun ia tidak melalui proses demokrasi," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Tambah Anwar lagi, sekiranya timbul bantahan terhadap presiden yang dilantik, proses rundingan yang telus perlu dilaksanakan secara baik, bukannya rampasan kuasa.

"Kalau mahu diadakan pilihan raya dengan segera, ia mesti mengikut kaedah demokrasi.

"Pada pilihan raya lalu, keadaan itu tidak seperti di Malaysia, pilihan raya dianggap bebas dan diiktiraf, sebab majoriti memilih Morsi," tegasnya.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar turut turut menyatakan bantahan terhadap tindakan yang dikenakan ke atas Morsi.

"Proses pilihan raya  telah dibuat secara demokratik, kenapa tiba-tiba tentera boleh melakukan rampasan kuasa," katanya.

"Kami desak  masyarakat dunia mengutuk rampasan tersebut dan kerajaan Malaysia perlu memberi kenyataan berkenaan isu ini," tambahnya lagi.

Morsi kini dikenakan tahanan rumah selepas digulingkan oleh pihak tentera.

Ketua Mahkamah Agung Perlembagaan Negara, Adly Mansour bakal menggantikan presiden kerajaan interim negara itu.



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment