Pages

Sunday 7 July 2013

PAS PILIH CALON POPULAR TANDING PILIHAN RAYA KECIL KUALA BESUT

Dalam perkembangan berkaitan, Sinar Harian Online difahamkan, Pas akan meletakkan calon yang popular bagi merebut tempat yang digalas Adun BN sebelum ini.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

PRK K.Besut: Pas pilih calon popular


SHAH ALAM – Bahang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut semakin dirasai terutamanya ketika beberapa nama turut disebut akan dipilih parti masing-masing.

Dalam perkembangan berkaitan, Sinar Harian Online difahamkan, Pas akan meletakkan calon yang popular bagi merebut tempat yang digalas Adun BN sebelum ini.
 
Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, seramai tiga calon Pas sudah disenaraipendek untuk bertanding pada PRK Kuala Besut, 24 Julai depan.

Mengulas mengenai ciri-ciri calon, selain daripada anak tempatan, Pas turut mengutamakan calon yang popular di kawasan Dun berkenaan.

"Pas juga pastikan calon yang diletakkan pada PRK ini merupakan calon boleh menang untuk memastikan kerusi Dun Kuala Besut kembali dimenangi parti itu seperti tahun 1999.

“Keutamaan kita memang calon tempatan, tapi kita nak kali ini ia dikenali di pulau dan darat.

“...dan sudah semestinya kita akan meletakkan calon boleh menang di situ dan membawa isu tanah dan pentadbiran kawasan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Sebelum ini, Pas dan Umno dilaporkan akan mengumumkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, Selasa ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali turut mengesahkan, senarai nama tiga calon itu akan dibincangkan dalam mesyuarat khas Pas Pusat pada  Isnin bagi memilih calon yang layak.

“Kita akan buat pemilihan terakhir pada mesyuarat Isnin ini, Insya-ALLAH pada malam Isnin.

“Calon itu kita pilih semua orang muda, namun ada wakil daripada Pemuda Pas atau tidak, saya tidak boleh beritahu,” katanya.



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment