Pages

Sunday 7 July 2013

TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI DIRAWAT DI INSTITUT JANTUNG NEGARA

Memetik laporan MStar Online, pegawai khas beliau, Teoh Ai Hua, Abdullah berada dalam keadaan stabil dan dimasukkan ke IJN sejak Isnin bagi merawat cellulitis, keradangan yang berkaitan dengan tisu penghubung.

Abdullah
Tun Abdullah Ahmad Badawi

Radang kaki: Pak Lah dirawat di IJN


SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi,74, dilaporkan telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk mendapatkan rawatan kerana radang di bahagian kaki yang dialaminya.

Memetik laporan MStar Online, pegawai khas beliau, Teoh Ai Hua, Abdullah berada dalam keadaan stabil dan dimasukkan ke IJN sejak Isnin bagi merawat cellulitis, keradangan yang berkaitan dengan tisu penghubung.

"Selepas menjalani pemeriksaan kesihatan oleh doktor, beliau telah dinasihatkan untuk menjalani rawatan dan kini beliau sedang berehat," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ai Hua turut mengesahkan bahawa Abdullah dirawat di IJN bukan disebabkan oleh penyakit lain.

Menurut Ai Hua lagi, dalam istilah kesihatan, beliau kini sedang pulih dengan baik.



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment