Pages

Showing posts with label Sesiapa ada kehilangan wang?. Show all posts
Showing posts with label Sesiapa ada kehilangan wang?. Show all posts

Monday, 29 July 2013

MISTERI WANG DIJUMPAI WARGA EMAS TERJAWAB | PENIAGA TUNTUT RM8,072 TERCICIR

Peniaga terbabit yang enggan dikenali berkata, wang itu tercicir ketika dia dalam perjalanan keluar untuk urusan perniagaan dan disebabkan keadaan kelam kabut, dia meletakkan wang niaganya di atas bumbung kereta.

Peniaga tuntut RM8,072 tercicir
Laporan Sinar Harian 26 Julai lalu.

Terdahulu di Jz Online News :

Peniaga tuntut RM8,072 tercicir

TEMERLOH – Misteri penemuan seikat wang oleh seorang penoreh getah di sini empat hari lalu terjawab apabila seorang peniaga tampil menuntut wang tersebut.

Peniaga terbabit yang enggan dikenali berkata, wang itu tercicir ketika dia dalam perjalanan keluar untuk urusan perniagaan dan disebabkan keadaan kelam kabut, dia meletakkan wang niaganya di atas bumbung kereta.

Menurutnya, dia hanya menyedari kehilangan wang tersebut apabila tiba di tempat perniagaan kira-kira 10 kilometer dari rumahnya.

“Saya anggap duit ini sudah lesap, tetapi nasib baik ditemui seorang hamba ALLAH yang jujur dan pulangkan semula kepada saya,” katanya.

Peniaga tersebut berkata, dia berjaya menjawab dengan tepat jumlah sebenar wang dalam ikatan dan bungkusan plastik merah itu iaitu RM8,072 apabila disoal penoreh getah terbabit.

“Saya juga menjawab dengan tepat beberapa soalan dikemukakan penoreh getah terbabit dalam usahanya memastikan wang itu adalah benar-benar milik saya,” katanya.

Peniaga terbabit berkata, dia mengetahui mengenai penemuan wang tersebut setelah membaca Sinar  Harian selepas berbuka puasa kelmarin.

“Saya hanya baca surat khabar lepas buka puasa, sebaik baca cerita pasal penemuan wang ini, saya terus hubungi Ketua Balai Polis Temerloh dan dibawa bertemu penoreh getah ini,” katanya.



Sinar Harian

Saturday, 27 July 2013

WARGA EMAS INGIN PULANGKAN RIBUAN RINGGIT YANG DIJUMPAI

Sehubungan itu, orang ramai yang kehilangan sejumlah besar wang dalam tempoh seminggu ini  supaya menghubungi Ketua Balai Polis Temerloh, Inspektor Irwan Sapawi untuk dibawa berjumpa lelaki yang menemui wang tersebut.

Warga emas terkejut jumpa seikat wang
Sejumlah duit yang ditemui seorang penoreh getah di tepi jalan utama dekat Kampung Padang Tenggala, Seberang Temerloh.

Warga emas terkejut jumpa seikat wang


TEMERLOH - Seorang penoreh getah terkejut apabila menemui seikat wang kertas bernilai ribuan ringgit di tepi jalan utama ke bandar Temerloh dekat Kampung Padang Tenggala, di sini, tiga hari lalu.


Lelaki warga emas itu yang enggan dikenali berkata, dia menemui wang terbabit ketika menunggang motosikal melalui jalan berkenaan.

Menurutnya, pada awalnya, dia terpandang satu bungkusan kertas di tepi jalan, namun tidak menghiraukannya.

“Ketika dalam perjalanan pulang, saya melalui jalan yang sama dan masa itu terdetik rasa hati untuk memberhentikan motosikal.

“Saya terkejut apabila melihat sejumlah besar duit bersama beberapa nota yang saya percaya ia adalah rekod urus niaga pemiliknya, saya terus mengambilnya dan berbincang dengan rakan,” katanya.

Menurutnya, dia mengambil keputusan menyimpan wang berkenaan dan menyerahkan kepada Sinar Harian untuk menghebahkan perkara itu kepada umum.

Katanya, pihak yang mahu menuntut mesti menyatakan dengan tepat jumlah wang itu sebelum berjumpanya di Kampung Bangau Parit.

Sehubungan itu, orang ramai yang kehilangan sejumlah besar wang dalam tempoh seminggu ini  supaya menghubungi Ketua Balai Polis Temerloh, Inspektor Irwan Sapawi untuk dibawa berjumpa lelaki yang menemui wang tersebut.



Sinar Harian

Thursday, 6 June 2013

HAIRUDDIN JUMPA WANG BERSELERAK | INGIN KEMBALIKAN WANG KEPADA PEMILIK

Hairuddin berkata, memandangkan jumlah wang tersebut agak banyak dia tidak menyerahkan wang itu kepada pihak masjid dan berhasrat untuk mengembalikan semula kepada pemiliknya.

Terkejut jumpa wang berselerak
Hairuddin A.Rahman

Terkejut jumpa wang berselerak

KUANTAN – Seorang lelaki, Hairuddin A.Rahman, 53 terkejut apabila terjumpa sejumlah wang yang banyak berselerak di atas jalan di tempat meletak kereta ketika singgah di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh pada 25 Mei lalu.

Dia mengesyaki pemilik wang berkenaan tercicir dan tidak menyedari duitnya itu terjatuh ketika keluar dari kenderaan.

Hairuddin berkata, memandangkan jumlah wang tersebut agak banyak dia tidak menyerahkan wang itu kepada pihak masjid dan berhasrat untuk mengembalikan semula kepada pemiliknya.

“Saya dalam perjalanan dari Raub ke Kuantan dan singgah di R&R Temerloh untuk berehat seketika.

“Ketika tiba di kawasan tempat meletak kereta saya terjumpa sejumlah wang yang berselerak di atas jalan sebelum mengutipnya.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk mengembalikan semula wang berkenaan kepada pemiliknya dan berharap wang dapat dituntut segera oleh pemiliknya.

“Kepada pemilik wang berkenaan, dia boleh menghubungi saya di talian 016-98664495 dan jika tiada penuntutnya saya akan menyerahkannya kepada pihak masjid,” katanya kepada Sinar Harian.


Sinar Harian