Pages

Friday 7 June 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT ZAHID AF & SARAH JULIFA

Zahid dan Sarah selamat dinikahkan oleh jurunikah Jaafar Puteh di Masjid Daerah Sultan Idris Shah II, Teluk Intan sekitar jam 3.30 petang, hari ini dengan mas kahwin berjumlah RM 101.

Zahid, Sarah
Pasangan pengantin baru Zahid, Sarah. - Foto Ihsan Era FM

Zahid, Sarah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz

PENYANYI dan penyampai radio, Zahid Baharudin atau nama sebenarnya Ahmad Zahid Baharuddin, 33 selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan hatinya, Sarah Julifa Yusof, 25 hanya dengan sekali lafaz, hari ini.
Zahid dan Sarah selamat dinikahkan oleh jurunikah Jaafar Puteh di Masjid Daerah Sultan Idris Shah II, Teluk Intan sekitar jam 3.30 petang, hari ini dengan mas kahwin berjumlah RM 101.


Lebih menarik, pasangan mempelai sempat ditunangkan beberapa minit sebelum dinikahkan.

Pasangan ini akan melangsungkan majlis resepsi pertama mereka esok manakala 15 Jun 2013 akan diadakan majlis sambut menantu di sebelah keluarga Zahid AF yang juga akan diadakan di Teluk Intan, Perak.

Zahid dalam kenyataan yang dipetik daripada mStar Online berkata, walaupun baru setahun mengenali Sarah, keputusan ini diambil kerana pasangan ini tidak mahu bercinta terlalu lama.

"Bercinta terlalu lama dan tidak mempunyai arah tujuan pun susah juga jadi lebih baik kahwin apabila telah berjumpa dengan pasangan yang sesuai," katanya.
Zahid juga mengakui tertarik hati dengan isterinya kerana ketegasan wanita itu dalam mendisiplinkan dirinya.
"Saya seorang yang ringkas dan tidak terlalu memandang serius pada sesetengah perkara.

Namun, kehadiran Sarah telah banyak mengubah diri saya supaya lebih berdisiplin terutama dalam soal masa dan pengurusan wang," jelasnya.


Sinar Harian

No comments:

Post a Comment